Ads

Roti Arab Gebu & Sedap, Resipi Mudah 6 Bahan Memang Puas Hati!

Lain rasanya kalau makan Roti Arab panas-panas yang baru keluar dari oven ni tau. Baunya pun dah cukup menggoda, apatah lagi bila dapat makan waktu roti masih lembut dan gebu.

Ni dia resipi Roti Arab yang mudah dibuat. Bahan ramuannya pun cuma enam bahan aje, tak termasuk air dan garam. Memang sesuai sangat kalau nak cuba buat sendiri di rumah sebab bahan-bahannya mudah didapati dan cara membuatnya pun tak rumit.

Jom tengok resipi daripada perkongsian Chef Ninja di laman FBnya dan juga di Rasa Share Resipi.

Kata Chef Ninja, Roti Arab ni memang sedap kalau dinikmati bersama gulai daging. Kalau min suka makan dengan kari ayam aje…pergghh. Cicah roti yang masih panas dengan kuah kari memang cukup menyelerakan.

Kalau selama ni selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri. Lagi puas hati sebab boleh nikmati terus selepas keluar dari oven. Dengan sukatan ini, adunan boleh dibahagikan kepada 10 bahagian, jadi memang cukup untuk dinikmati bersama keluarga.

Resipi Roti Arab Gebu dan Mudah

roti arab

Untuk membuatnya, sediakan bahan-bahan di bawah. Pastikan adunan diuli sehingga elastik dan diberi masa yang cukup untuk mengembang supaya hasil roti lebih cantik dan gebu.

Ads

Bahan-Bahan Roti Arab

  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telor
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Roti Arab

  1. Satukan semua bahan dan uli sehingga elastik.
  2. Biarkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda.
  3. Tumbuk-tumbuk adunan untuk buang angin dalam tepung dan bentukkan bulat-bulat, ikut besar mana kita nak.
  4. Bahagikan kepada 10 bahagian.Roti Arab Gebu & Sedap, Resipi Mudah 6 Bahan Memang Puas Hati!
  5. Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat. Dulang pula sapu sikit butter atau minyak.Roti Arab Gebu & Sedap, Resipi Mudah 6 Bahan Memang Puas Hati!
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit.Roti Arab Gebu & Sedap, Resipi Mudah 6 Bahan Memang Puas Hati!

Roti Arab Lagi Sedap Dimakan Panas-Panas

Bila dah siap dibakar, bolehlah terus hidangkan sementara masih panas. Waktu ni teksturnya masih lembut dan memang sedap bila dikoyakkan lalu dicicah dengan kuah kegemaran.

Roti Arab Gebu & Sedap, Resipi Mudah 6 Bahan Memang Puas Hati!

Kalau ikut perkongsian Chef Ninja, gulai daging memang pasangan yang sedap untuk roti ni. Tapi kalau di rumah ada kari ayam, kari daging atau kuah lain yang pekat, boleh juga makan bersama. Ikut selera masing-masing.

Satu lagi perkara penting ialah beri masa kepada adunan untuk mengembang sehingga dua kali ganda seperti dalam resipi asal. Selepas dibentuk dan dicanai, rehatkan pula selama 10 minit sebelum masuk ke dalam oven. Proses ringkas ni membantu mendapatkan hasil roti yang lebih elok.

Ads

Suhu dan tempoh pembakaran pula boleh diperhatikan mengikut keadaan oven masing-masing kerana tahap kepanasan oven mungkin berbeza. Resipi asal menggunakan suhu 150°C selama kira-kira 20 minit.

Resipi Roti Arab Sesuai Dicuba Di Rumah

Dengan bahan yang ringkas macam ni, memang tak susah nak cuba. Kebanyakan bahannya pun mungkin dah ada di dapur. Cuma perlu sediakan tepung gandum, yis, susu tepung, mentega, gula dan telor sebagai bahan utamanya.

Yang paling best tentulah bila satu rumah mula berbau harum masa roti sedang dibakar. Bila dah masak, hidangkan terus dengan gulai daging atau kari ayam. Dapat pula kuah yang pekat dan cukup rasa, memang susah nak berhenti mencicah.

Jadi kalau teringin nak makan roti panas-panas dari oven, bolehlah cuba resipi mudah ni. Tak perlu bahan yang terlalu banyak dan hasilnya boleh dikongsi ramai-ramai. Buat untuk sarapan boleh, minum petang pun sedap, malah nak makan bersama lauk berkuah pun sesuai.

Ads

SELAMAT MENCUBA SEMUA!

Anda mungkin berminat dengan

Kredit foto & resipi: FB Chef Ninja

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Teringin Nasi Arab? Jom Cuba Resipi Nasi Mandy Ayam Sedap Ni

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Buat Sendiri Chee Cheong Fan Udang Sedap, Meleleh Dalam Mulut!

Chee Cheong Fan Udang sedap dan lembut boleh dibuat sendiri di rumah. Cuba resipi mudah ini lengkap dengan udang, kuah kicap dan tip mengukus.