Ads

Sekaya Labu Lemak Manis, Makan Sejuk-Sejuk Nikmat Tak Terkata

Sekaya labu ini makan sejuk-sejuk memang nikmat. Kuih yang berasal dari Thai ini kaya dengan rasa lemak manis yang enak sekali.

Ditambah pula tekstur dengan hirisan labu yang jelas kelihatan memang jarang yang menolak pencuci mulut ini. Boleh cuba buat untuk hidangan petang.

Resipi Sekaya Labu Lemak Manis

resipi sekaya labu, pencuci mulut Thai

Bahan-Bahan

8 biji telur (boleh campur telur ayam & itik)
200g gula kabung (kurangkan jika tak suka manis)
250ml santan (santan segar atau kotak)
½ sudu teh garam
Labu kuning – hiris nipis ikut citarasa
10 helai daun pandan – disiat untuk hilangkan bau hanyir

resipi sekaya labu yang lemak manis

Cara Penyediaan

1. Dalam bekas besar, campurkan telur, garam, gula dan daun pandan. Ramas-ramas daun pandan bersama bahan lain untuk keluarkan aroma dan hilangkan bau hanyir telur.

Ads

2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan hingga gula larut sepenuhnya.

3. Tapiskan adunan untuk dapatkan tekstur licin dan bebas dari serat daun pandan atau ketulan telur.

4. Panaskan loyang kukusan terlebih dahulu.

Ads

resipi sekaya labu, nikmat makan sejuk sejuk

5. Susun hirisan labu kuning dalam loyang yang telah dipanaskan. Kemudian tuang adunan telur dan santan tadi perlahan-lahan.

6. Kukus selama lebih kurang 30 minit atas api sederhana kecil. Elak guna api besar kerana ia boleh menyebabkan permukaan kuih pecah.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

7. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.

Tip RASA

  • Guna gula kabung asli untuk rasa lebih wangi dan warna kuih yang lebih cantik.
  • Untuk aroma lebih kuat, boleh tambahkan sedikit esen vanila atau serbuk kayu manis.
  • Kuih ini lebih sedap dinikmati sejuk — simpan dalam peti sejuk dan hidang selepas 2–3 jam.

Kredit resipi & foto: Bibi Ongcinda

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh Paling Sedap, Mudah & Berkuah Pekat

Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh yang mudah, berkuah pekat dan sangat sedap. Ikuti resipi lengkap bersama tip memasak untuk hasil yang lebih berlemak dan menyelerakan.