Tanam sendiri pucuk manis, atau pokok cekur manis di rumah kalau suka makan sayur ini. Pucuk manis ini buat masak lemak putih memang sedap. Memang menambah nasi apa lagi kalau dihidang dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Cara menanam pucuk manis ini juga mudah dan tak perlu laman luas, tanam dalam pasu pun boleh. Kalau ada dua tiga pokok memang dah cukup untuk makan sayur ini selalu.
Pokok sayur ini biasanya ditanam melalui biji benih dan keratan batang. Akan tetapi ia lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang. Selain itu tanam pucuk manis dengan kaedah ini juga hasilnya lebih bermutu.
Cara tanam pokok sayur pucuk manis
-Kerat batang pucuk manis, pilih batang yang sihat.
-Buang daun-daun yang ada pada keratan dan rendam dalam air beberapa hari.
Ads
-Bila dah nampak sedikit akar bolehlah terus tanam dalam polibeg atau pasu.
-Dalam satu pasu, semai dalam 2-3 keratan batang. Jangan banyak kerana pucuk atau daun yang terhasil nanti kecil.
-Siram setiap hari, biar tanam lembap. Untuk pembajaan boleh guna tinja ayam. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali jika tanam dalam pasu. Letak baja di hujung pasu, elak terkena pangkal kerana baja sifatnya panas. Jika tanam di atas batas lakukan pembajaan sebulan sekali.
Ads
-Pokok pucuk manis ini boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup.
-Ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat.
Di negara ini roti adalah salah sumber makanan yang murah dan sajian kegemaran rakyat Malaysia.. Roti gebu dan lembut, mahupun yang keras dan garing jadi sebahagian dari rutin makanan kita.
Bawalah duit RM 2.50 –RM3 pergilah ke mana kedai pasti ada dijual.T etapi jangan terkejut ya, ada roti di dunia yang dijual dengan harga mencecah lebih RM500 sebuku.
Jom semak perkongsian ilmu dari penulis Kay Suhaimi dari laman iluminasi.com tentang 5 roti paling mahal di dunia.
5. Roti Miche – RM84 sebuku
Miche adalah sejenis roti yang boleh didapati di New York dan ini adalah roti paling mahal dihasilkan di Amerika Syarikat.Istimewanya mengenai roti ini adalah ia bukannya jenis roti yang boleh dihasilkan dalam tempoh beberapa jam.
Ia diperbuat daripada tepung ternakan organik dan roti ini mempunyai rasa yang sangat diperkaya bersama tekstur rumit yang sukar untuk dijelaskan.
Tepung yang digunakan mesti menjalani proses penapaian yang lama yang memberikan rasa unik dan sehingga kini, teknik ini masih belum dapat ditiru. Jika anda melawat ke New York dan ingin rasa keenakan roti ini, ia boleh didapat di Amy’s Bread dan sangat sesuai disajikan dengan mentega berkualiti tinggi.
4. Roti Shepherd – RM88 sebuku
Jenis roti keempat paling mahal di dunia adalah roti Shepherd’s dengan harga RM88 sebuku. Roti yang menakjubkan ini adalah produk dari Great Britain hasil ciptaan Tom Herbert, tukang roti tempatan yang membangunkannya ketika dia berusia 33 tahun.Resipi itu dihasilkan 55 tahun yang lalu dan disediakan dengan teliti melalui proses peningkatan ganda yang dilaksanakan sebelum dibakar.
Sesetengah ramuan yang menarik digunakan dalam resipi roti ini adalah garam laut Cornish, air spring Cotswolds dan tepung Somerset organik.
Pasaraya Harrods di London adalah antara yang termewah di dunia, menawarkan roti paling mahal di seluruh Great Britain dan ketiga termahal di dunia.Roti Roquefort dan Almond Sourdough yang terkenal ini boleh didapati dengan harga $ 24.50 setiap satu. Sebab kepada harga yang sangat mahal ini adalah penggunaan bahan-bahan terbaik yang boleh diperolehi.
Jenis roti ini adalah hasil ciptaan Paul Hollywood, pakar roti yang telah menggelarnya roti ini sebagai “Rolls-Royce” dalam dunia bakeri. Roti ini langsung tidak mempunyai sebarang perisa tiruan atau bahan tambahan dan ia dibuat hanya menggunakan tepung gred A yang diperolehi dari pengilang pakar.
Keju Roquefort yang digunakan dalam roti adalah kualiti terbaik yang boleh didapati dari Perancis. Roti ini sangat laris ketika cuti musim panas dan sangat sukar untuk mendapatkannya. National Association of Master Bakers di Great Britain telah menamakan roti ini sebagai jenis roti paling mahal di seluruh negara itu.
2. Roti Royal Bloomer – RM407 sebuku
Jenis roti kedua paling mahal di dunia adalah roti Royal Bloomer. Roti Royal Bloomer dihasilkan di Orchard Pigs Bakery milik Roberet Didie yang terletak di Wrexham di Wales Utara.Roti ini menawarkan rasa yang menarik dengan membuat sedikit perubahan dalam penghasilannya dengan menggantikan air dengan champagne.
Lebih mengagumkan Roberet Didier juga menggunakan emas 23 karat dalam resipi Royal Bloomer. Dia menambah emas merah 23 karat sebagai hiasan untuk memberikannya warna merah terang pada permukaan roti ini.
1. Roti Gold Leaf – ROTI PALING MAHAL ,RM554 sebuku
Jenis roti yang paling mahal di dunia dikenali sebagai Gold Leaf Bread atau Roti Daun Emas. Ia sangat menakjubkan seperti namanya.Resipi ini berasal dari pakar bakeri Moreno, yang merupakan pemilik Pan Pina Bakery warisan keluarga yang terletak di Andalusia, Sepanyol.
Perniagaan bakeri keluarga Moreno telah bermula sejak 70 tahun yang lalu dan telah menghasilkan 50 jenis roti.Apa yang menakjubkan roti seberat 400 gram ini istimewa adalah Moreno menggunakan debu emas sebanyak 250 mg dalam resipi untuk menghasilkan sebuku roti.
Anda tak perlu untuk ke Sepanyol bagi merasai kenak roti emas ini kerana ia dieskport ke seluruh dunia dan popular terutamanya di wilayah Costa del Sol, Rusia dan negara-negara Timur Tengah.
Debu emas yang digunakan dalam setiap buku roti ini bernilai RM416. Walaupun diakui oleh Moreno sendiri bahawa debu mewah itu tidak menambah apa-apa rasa, tetapi ia memberikan pelanggannya rasa eksklusif dan glamor.
“Bahan-bahan yang lain adalah organik dan sangat sihat. Orang ramai percaya bahawa sejumlah emas baik untuk pencernaan. Kami menerima ramai pelawat dari Rusia dan China yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kayanya mereka,”kata Juan Manuel Moreno yang kini mewarisi perniagaan keluarga ini.
Siapa sangka ya,rupa-rupanya roti yang mahal ini jadi ‘kegilaan’ di kalangan orang-orang kaya menjadi alat bagi menayangkan status dan kekayaan mereka . Mereka bersedia membeli dan menikmatinya berbanding dengan orang lain yang tidak akan mengeluarkan wang sebegitu rupa hanya untuk memakan sebuku roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dapur ibarat ‘pejabat’ bagi kalangan ibu-ibu. Disini, banyak masa dihabiskan bagi menyediakan hidangan enak buat keluarga. Namun, dari aktiviti memasak ini, adakalanya meninggalkan bau yang kurang enak kesan daripada bau tumisan dan sebagainya.
Pelbagai alat serta cara digunakan bagi memberikan rasa selesa di dapur seperti penggunaan kebuk asap dan sebagainya. Namun bagi yang tiada kemudahan ini, ada cara semulajadi yang boleh dicuba untuk memulihkan masalah ini.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan buah lemon segar. Rebus lemon dengan air secukupnya kemudian biarkan air rebusan terdedah supaya kesemua aroma meresap masuk ke segenap ruang dapur. Aroma segar yang dikeluarkan ini akan membuat dapur menjadi segar. Malah kosnya juga jauh lebih murah. Cara ini juga berkesan dan sesuai digunakan di ruang-ruang lain seperti di ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik air.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Goreng Pandan dengan kuning keemasan pasti membuatkan kita berselera hendak makan. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan Ayam Goreng Pandan yang cantik begini. Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng Ayam Goreng Pandan yang betul supaya apabila sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH AYAM GORENG PANDAN:
1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).
2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.
3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).
4. Sentiasa balik-balikkan ayam.
5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:
*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit. *Ayam timbul di permukaan minyak.
6. Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.