Rindu nak makan paprik ayam di kedai Thai? Kini anda boleh je masak sendiri di rumah. Masak guna resipi ni silap haribulan, masakan anda jadi lebih sedap dari yang dijual di kedai Thai. Ha..Anak-anak pun puji tau. Jangan was-was lagi, anda boleh cuba resipi ini. Nak buatnya pun tidaklah susah. Selamat mencuba!
RESIPI PAPRIK AYAM THAI PALING SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ayam bahagian dada
Sedikit serbuk kunyit
MAGGI® CukupRasa
Kacang panjang
Bawang besar
Cili besar
BAHAN-BAHAN SOS:
Ads
3 biji bawang merah – ditumbuk
5 biji bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
MAGGI® Sambal Tumis 30gm
1 batang serai
Daun limau purut
MAGGI® Sos Tiram
MAGGI® Sos Cili
Kicap manis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan kunyit dan MAGGI® CukupRasa.
Kemudian, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
Tumiskan bahan yang ditumbuk, MAGGI® Sambal Tumis 30gm, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga garing.
Kemudian, masukkan air dan tambah MAGGI® Sos Cili, MAGGI® Sos Tiram dan kicap.
Tambah MAGGI® CukupRasa untuk melengkapkan rasa.
Apabila sudah pecah minyak sempurna, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar dan cili besar.
Gaul hingga sebati. Siap!
Ads
PETUA: Selain ayam, anda juga boleh memasak Paprik yang enak dengan menggunakan aneka makanan laut dan juga daging. Bahan dan cara memasaknya sama sahaja. Memang enak & dijamin berselera.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi pelajar yang meminati bidang kulinari, rebutlah peluang menyambung pengajian di Kolej Yayasan Felda Pahang. Tak mampu, usah risau kemudahan penginapan dan makan minum disediakan.
Yayasan Felda ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada tahun 1998. Objektifnya adalah menjadi pemancu pembangunan generasi yang progresif dan menambah nilai untuk kepentingan warganegara Malaysia.
Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara.
Yayasan Felda secara terus terlibat dalam melakksana dan menggalakkan kerja-kerja amal, kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan dan latihan, kesihatan serta kebajikan.
Kolej Yayasan Felda (KFY) diwujudkan bagi menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada kepada generasi Felda dan warga Malaysia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan industri. Ia terletak di dua lokasi.
Kolej Yayasan Felda Pahang tertumpu kepada bidang Hospitaliti manakala Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan pula memfokuskan kepada bidang Pentabiran Fesyen, Jahitan, Dialisis dan Pengurusan Pejabat bermula dari tahap satu (1) hingga ke diploma.
Konsep latihan yang dijalankan di kedua – dua kolej adalah secara bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak . Komponen latihan yang dilaksanakan secara latihan Kemahiran teori dan praktikal, kepimpinan dan ketatanegaraan, keagamaan serta kerohanian.
Latihan Kemahiran ini berorientasikan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda akan diberikan kemudahan penginapan dan makan minum secara percuma.
Kolej Yayasan Felda Pahang dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe dan Pusat Sumber. KYF Pahang juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di restoran atau dipelbagai rangkaian hotel terkemuka diseluruh negara. .
Di antara kursus-kursus yang berkaitan dunia kulinari ialah Diploma Penyediaan Dan Pembuatan Makanan, Diploma Pengurusan Bahagian Makanan Dan Minuman, Sijil Pembuatan Pastri, Sijil Operasi Servis Makanan Dan Minuman serta Sijil Koordinasi Pengurusan Acara.
Pelajar yang menuntut disini mempunyai peluang dan masa hadapan mereka yang luas kerana mereka menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik.Kerjasama dengan pelbagai industri melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang dibuat oleh Yayasan Felda memudahkan pelajar menjalani latihan industri sekaligus menempatkan diri untuk membina kerjaya masa hadapan.
.
Bidang TVET ini mempunyai kelebihan tersendiri ia menjanjikan masa depan dan peluang yang cerah. Jika pelajar tidak mendapat tempat dalam akademik masih banyak peluang terbuka buat pelajar dalam bidang-bidang lain terutama bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Kolej Yayasan Felda.
.
Hasrat dan iltizam tinggi kolej ini adalah untuk menjadikannya sebagai institut seni kulinari dikenali di Malaysia. Felda dan FGV merupakan tunggak utama memberi dana bagi kelangsungan operasi Kolej Yayasan Felda.
INFO INSTITUSI: Nama institusi : Kolej Yayasan Felda Pahang Alamat : feldajaya Timur Mempaga,28600 Karak Pahang Maklumat lanjut : http://www.yayasanfelda.org Facebook: YayasanFeldaOfficial
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERKINI, JIMAT ELEKTRIK DAN GERENTI MAKANAN KEKAL SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.
Sesungguhnya hati rasa puas bila dapat menghidangkan masakan kegemaran buat keluarga setiap hari. Namun kekangan masa juga membuatkan ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli makanan dari memasaknya sendiri. Rugi nikmat jika tidak memasak dari air tangan sendiri. Usahlah beralasan lagi untuk tidak memasak,usahakan diri jadi lebih rajin dan kreatif mencipta pelbagai menu masakan. Menyedari akan keperluan masyarakat yang tidak ingin berlama di dapur, Philips, syarikat peralatan elektrik berteknologi terbesar di dunia memberi penyelesaian memasak dengan mudah dan menjimatkan masa.
Memang hebat peralatan memasak serba canggih All-In-One Cooker dan Airfryer XXL dengan fungsi produk yang praktikal. Item ini menggabungkan teknologi untuk keperluan pengguna serta memenuhi perubahan gaya hidup yang lebih sempurna. Mereka yang mementingkan gaya hidup yang sihat memang sesuai memilikinya. Jangan ragu buat yang tidak tahu memasak,peralatan ini sangat membantu untuk hasilkan hidangan yang diinginkan. Lantas terus rajin memasak bila mempunyai peralatan sebegini.Tekan fungsi yang dikehendaki, tunggu beberapa minit dah siap menu.
All-In-One Cooker memasak hidangan dengan sempurna 6 kali lebih cepat dari produk terdahulu. Memang jimat masa dan tenaga, tak perlu berada lama di dapur. Fungsinya yang pelbagai membolehkan hidangan sup, nasi, stew, kek dan ayam masak ros dan yogurt disediakan dengan sempurna. Mereka yang mempunyai anak kecil usah bimbang kerana dilengkapi fungsi keselamatan childlock.
Masalah ketiadaan oven jangan lagi dipertikaikan kerana All-In-One Cooker mampu menghasilkan kek yang sempurna. Memasak dalam kuantiti yang banyak juga tidak memberi masalah dengan muatan kapasiti hingga 6 liter. Jadi sesuailah buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar untuk memasak hidangan Hari Raya nanti.
All-In-One Cooker dilengkapi cawan sukatan, senduk , inner pot yang tebal dan non-stick juga buku resipi. Buku resipi ini terbahagi kepada kategori makanan yang anda inginkan. Sesungguhnya ia sangat membantu buat mereka yang buntu nak masak apa.
Satu lagi produk hebat yang dirasakan perlu dimiliki semua ialah Airfryer XXL. Ia sempurna buat yang mementingkan kesihatan kerana menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak. Teknologi Twin Turbostar menjadikan makanan goreng jadi lazat dengan lemak yang minimum. Selain menggoreng, ia juga boleh membakar dan memanggang. Memang praktikal dan jimat masa.
Produk ini dilengkapi kit pembakar dan kit penggril juga buku resipi untuk memudahkan kerja memasak. Memang berbaloi mempunyai produk ini kerana beberapa faktor:
Kesihatan Airfryer XXL memastikan 90% kurang kandungan lemak dengan rasa yang maksimum.
Penjimatan masa All-In-One Cooker memastikan hidangan dimasak dengan sempurna 6 kali lebih pantas. Airfryer XXL memasak 1.5 kali lebih cepat daripada menggunakan oven.
Mudah diselenggara
Airfryer XXL rekabentuk yang kompak mudah dibersihkan ( selamat untuk mesin pencuci pinggan mangkuk) sempurna untuk goreng dan memasak. All-In-One Cooker menjadi peralatan memasak yang versatil dengan pilihan memasak yang pelbagai.
Keselamatan All-In-One Cooker menawarkan 18x ciri keselamatan dengan bantuan valve keselamatan, valve tekanan dan valve floating.
Rasa Airfryer XXL dilengkapi teknologi Twin Turbo Star bagi memastikan makanan menjadi rangup. All-In-One Cooker dilengkapi fungsi kawalan suhu dual, fungsi sauce thickening (pekat kuah) dan fungsi tambahan bahan bagi membolehkan kita mendapatkan rasa yang diingini. Airfryer XXL dilengkapi saiz raga sebesar 1.4kg membolehkan kita memasak dalam kuantiti yang banyak.
Sempena Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba serta PKP yang masih diteruskan, mood memasak tentunya terus berkobar. Pastinya sekeluarga menantikan menu istimewa untuk dihidangkan.
Dengan itu Majalah RASA menganjurkan Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips yang menampilkan tiga KOL, dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy yang hebat memasak. Diharapkan video memasak yang dikongsikan mereka dapat memberikan idea buat semua untuk memasak cara mudah menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL.
Memang buat kita terliur dengan masakan yang dikongsi oleh ashhryyyyy . Rendang Daging yang dimasak menggunakan All-In-One Cooker lebih mudah disediakan dengan fungsi pressure cooker hanya mengambil masa 30 minit. Menurut ashhryyyyy daging jadi lembut dan teksturnya sungguh enak. Tambah ashhryyyyy, fungsi untuk sauce thickening (pekat kuah) menjadikan rendang tidak lari dari rasa asli. Bila ditabur dengan daun kunyit lagi memberi aroma pada rendang yang dimasak ini. Memang tak sabar nak makan.
Tambah menyelerakan bila arianna.kitchen berkongsi menu Ayam Panggang Rose menggunakan Airfryer XXL. Nampak sedap dan tak sabar nak cuba. “Segalanya mudah hanya 12 minit, Ayam Panggang Ros dapat disiapkan. Tidak perlu memenatkan diri menunggu lama untuk menyiapkan hidangan. Memang berbaloi memilikinya,” jelas arianna.kitchen.
Tambahnya lagi menggoreng kentang hanya selama 13 minit dan tidak berminyak. Airfryer XXL boleh memasak pelbagai jenis masakan seperti kek cawan , piza dan churros.
Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI®️ kembali lagi buat ulang tahun ke 25. Bertemakan ANDA & MAGGI®️ Sajikan Kelainan untuk Inspirasi Harian. Cabaran program tahun ini akan diadakan secara maya seiring dengan norma baharu kehidupan.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Seramai lima pemenang dipilih bagi pertandingan ini. Kelima mereka sangat kreatif dalam mencipta makanan. Tahniah diucapkan buat semua pemenang.
Rafidah Fitri Hamidzol
15 tahun, SMK Syed Alwi, Perlis (Pemenang Hadiah Utama)
Rafidah suka mencipta resipi baharu dan meneroka bahan-bahan unik di dalam masakannya. Kemahiran memasak saya bertambah baik berkat bimbingan ibu saya. Resipi Nasi Ulam dan Sate Lilit Ikan Tilapia ini hasil inspirasi masakan nenek saya dan bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya diperoleh dari tanaman yang saya usahakan di sekitar rumah. Saya berharap resipi yang kreatif ini dapat memperkenalkan kembali masakan tradisional yang senang disediakan serta membawa khasiat terutamanya kepada golongan muda di Malaysia.
Muhammad Faaris Salihin Mohd Firdaus
13 tahun, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Selepas ketiadaan ibu, sayalah yang bertanggungjawab untuk menyediakan masakan untuk ayah dan adik-adik di rumah. Hasrat saya adalah untuk mengukir lebih banyak senyuman dengan air tangan saya sendiri. Kemahiran memasak Faaris dipelajari sendiri dan dia suka mencipta resipinya sendiri. Resipi Udang Sos Padang ini diinspirasikan oleh masakan Padang yang lazat dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi untuk pemakanan keluarga yang seimbang.Antara bahan yang digunakan ialah Lada Benggala, Tomato serta udang. Sos Tiram MAGGI®️ dan MAGGI®️ CukupRasa adalah dua produk wajib yang digunakan di dalam hidangan ini. Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurutera IT dan ingin membangunkan aplikasi yang memfokuskan kepada resipi sihat dan seimbang yang mampu memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan generasi muda.
Nursyafiqah Mohd Azmi
14 tahun, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan
Nursyafiqah berkongsi bahawa ibunya adalah suri teladan (role model) yang memberi inspirasi dalam masakannya. Malah, ibunyalah yang mencetuskan idea untuk resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) yang kemudiannya menjadi hidangan kemenangannya dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ 2021. Di dalamnya mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI®️ CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.
Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Saya harap saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk membuka sebuah bakeri. Sepanjang tempoh pertandingan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga saya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan!
Yap Mei Wei
13 tahun, SMJK Katholik, Selangor
Yap Mei Wei pada mulanya sangat bimbang untuk belajar memasak. Ketakutannya bermula selepas beberapa kali mengalami kemalangan ketika memasak di rumah seperti kecederaan akibat minyak panas dan air panas. Sejak itu, dia telah berhenti memasak selama beberapa tahun.
Apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia tahun lepas, ketika penutupan dan sekatan (lockdown) Mei Wei mula meneroka resipi-resipi baharu di Internet dan itu memberinya dorongan untuk memasak semula,
Saya memilih Nasi Goreng Rainbow kerana saya ingin menghidangkan kepada keluarga saya masakan yang boleh memberi kita harapan, terutamanya dalam menghadapi pandemik ini. Kepada saya, pelangi melambangkan harapan, kegembiraan dan kejayaan! Masakan saya mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni untuk pemakanan yang seimbang. Saya menggunakan MAGGI®️ CukupRasa dalam hidangan kerana ia meningkatkan rasa hidangan.
Jaymee Ong Miin Li
15 tahun, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
Masakan ibu menjadi inspirasi utama dan pencetus minat saya dalam bidang masakan. Melalui pertandingan ini, saya banyak mempelajari tentang pemakanan sihat yang boleh saya amalkan di dalam masakan saya.
Resipi Sarang Burung melambangkan sebuah ikatan antara keluarga dan saya percaya melalui pemakanan yang seimbang, kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam kebanyakan hidangan saya menggunakan produk MAGGI®️ seperti Kiub Stok Ayam dan Sos Tiram MAGGI®️ kerana ia menyedapkan rasa masakan.
Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.