Bila masuk musim durian, masing-masing sibuk mencari dan membeli durian. Ada yang sanggup balik ke kampung untuk mendapatkan durian dan ada yang beli terus di tepi jalan, dan pastinya kita membawa durian masuk ke dalam kereta untuk dibawa pulang. Raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang ditinggalkan boleh memeningkan kepala. Cuba bayangkan kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, mungkin berhari-hari baunya nak hilang. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan bau durian yang ‘menusuk’ dalam kereta. 

 

1. MENGGUNAKAN TANGKAI DURIAN 

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Petua ni merupakan perkongsian oleh Puan Ikha Febrian‎ di laman Facebook yang diperolehi daripada penjual durian sendiri dimana ia juga telah mendapat perhatian orang ramai atau viral sejak kebelakangan iniCaranya, patahkan tangkai durian, kemudian belah hujungnya,dan letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar. 

2. KOPI 

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Aroma kopi juga mampu menyerap serta menyingkirkan bau durian dari kereta anda. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Kemudian tinggalkan semalaman dalam kereta. Malah, serbuk kopi di dalam uncang juga boleh digunakan untuk lebih mudah. 

3.CUKA

IKLAN

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Letakkan semangkuk cuka (sebarang jenama) di dalam bonet kereta dan tutup untuk beberapa jam. Sifat asid yang ada pada cuka boleh menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta anda. 

4.ROTI 

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Petua yang seterusnya ialah dengan menggunakan roti. Caranya dengan meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta dan biarkan semalaman sehingga ia mengeras. In Sha Allah, bau durian yang kuat di dalam kereta anda akan hilang. 

5. ARANG 

IKLAN

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Selain itu, bau durian serta bau kepam kereta juga boleh diserap oleh arang. Caranya dengan meletakkan beberapa ketul arang di dalam kereta dan membiarkannya selama mungkin beberapa hari. Pasti bau-bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta hilang. Cubalah!  

6. DAUN PANDAN

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Aroma daun pandan mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. Anda cuma perlu meletakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta dan pasti bau itu akan hilang sedikit demi sedikit. Mudah kan? 

7. SERBUK PENAIK/BAKING SODA

IKLAN

7 Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Akhir sekali, anda boleh menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta dengan hanya meletakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) dan bau tersebut akan hilang.

Semuanya mudah kan? Lepas ini tak perlu lah risau bau durian dalam kereta. Sebenarnya petua-petua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di rumah dan di mana-mana sahaja. Selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI