Anda sedang dalam proses menurunkan berat badan? Menu-menu yang RASA kongsikan ni pastinya boleh dicuba. Ia bukan sahaja enak malah bahan-bahan yang digunakan juga sihat dan rendah lemak. Sebagai contoh, penggunaan susu dan yogurt bagi menggantikan santan. Kedua-dua bahan ni sememangnya terkenal sebagai makanan yang ringkas tetapi kaya dengan kalsium dan vitamin. Rasa masakan pasti sedikit berbeza tetapi baik untuk kesihatan!
1. KARI IKAN ALA UTARA
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan senangin
400ml susu isian sejat
200ml air
8 batang kacang bendi
2 biji tomato|belah empat
2 biji cili hijau|dibelah dua
8 ulas bawang merah|dimayang halus
4 ulas bawang putih|dimayang halus
30gm rempah kari
15ml air asam jawa
½ sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan mayang hingga perang.
Masukkan halba campur dan daun kari.
Tuang bancuhan rempah kari bersama air ke dalam periuk. Tambah air asam jawa. Tumis hingga rempah masak (pecah minyak).
Masukkan susu isian sejat dan ikan. Didihkan dengan api yang sederhana hingga ikan masak. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tambah kacang bendi, tomato dan cili hijau.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 ekor ikan(120g) =170 kalori
2. KUPANG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
6 keping kupang
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup |ditumbuk lumat
1 biji bawang besar |ditumbuk lumat
1 helai daun kunyit |diracik halus
25ml susu cair
½ liter air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
Kacau sehingga ia naik baunya sebelum memasukkan susu cair.
Biarkan sehingga kuah mendidih dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan kupang yang telah dibersihkan terlebih dahulu ke dalam kuah dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang telah diracik halus sebelum dihidangkan.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 senduk (60g) =130 kalori
Ads
3. UDANG MASAK GULAI KERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm udang segar bersaiz sederhana
30gm nanas mengkal separuh masak | dipotong kecil
1 biji bawang besar | dihiris kasar
4 ulas bawang ros | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
8 ulas cili padi | ditumbuk
2 biji cili masak | ditumbuk
2 cm halia | ditumbuk
250ml susu cair
150ml air
1 sudu teh serbuk kunyit
50gm kerisik
Sehelai daun kunyit disiat kasar
Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk kunyit, daun kunyit, separuh daripada susu dan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
Kemudian tuangkan baki susu dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga kuah mendidih.
Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
Kecilkan api dan renihkan seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 senduk (50g) =120 kalori
4. SUP BROKOLI BERSAMA TELUR
Ads
BAHAN-BAHAN:
100gm brokoli |dipotong kecil
50gm isi ayam
1 biji telur
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
30ml susu UHT
1/4 sudu teh serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang besar dan putih sehingga wangi,
Kemudian masukka air dan masukkan ayam. Biarkan ia mendidih seketika. Apabila ayam sudah masak, masukkan brokoli dan batangnya yang telah dibuang kulit dan potong kecil.
Apabila brokoli menjadi lembut tutup api dan biarkan ia seketika.
Sementara itu, rebuskan sebiji telur sehingga ia masak. Asingkan.
Kisar sup brokoli di dalam pengisar. Tambahkan air jika anda mahukan sup yang lebih pekat.
Panaskan periuk dan masukkan sup yang telah dikisar tadi. Tambahkan garam, serbuk buah pala dan lada sulah secukupnya.
Tambahkan susu dan kacau supaya ia tidak berketul. Biarkan ia menggelegak seketika. Hiaskan dengan sebiji telur yang telah direbus.
Jumlah kalori dalam hidangan: 105kcal
5. AYAM PANGGANG PEDAS BERHALIA
BAHAN-BAHAN A:
200gm yogurt
2 ulas bawang putih |dicincang halus
5gm halia |dicincang halus
1/2 biji jus lemon
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh lada hitam |dikisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak
Sedikit serbuk roti
500gm ayam |dibuang kulit
CARA MEMASAK:
Ads
Bersihkan ayam dan buang kulitnya. Kemudian hiris bawang putih dan halia.
Masukkan bahan-bahan seperti yogurt, bawang putih, halia dan jus lemon ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan pula serbuk cili, lada hitam dan sedikit garam serta serbuk perasa. Masukkan ayam ke dalam adunan tadi dan perapkan ia selama 1 hingga 4 jam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar ayam yang telah disalut dengan sedikit serbuk roti selama 10 hingga 15 minit sehingga ia menjadi kekuningan. Hidangkan ketika masih panas.
Jumlah kalori dalam hidangan: 1 ketul ayam =130kcal
6. BENDI MASALA
BAHAN-BAHAN:
300gm bendi |dipotong 3cm
15ml minyak masak
1 biji bawang |dihiris
1 biji tomato |dihiris
5gm serbuk cili
10gm yogurt
1 tangkai daun ketumbar |dihiris
1 biji cili hijau |dihiris
5gm serbuk perisa
CARA MEMASAK:
Goreng bendi selama dua minit dan keluarkan dari kuali. Asingkan seketika.
Tumiskan bawang bersama tomato sehingga ia menjadi wangi.
Tambahkan serbuk cili, yogurt, hirisan cili dan penambah rasa.
Kemudian masukkan semula bendi yang telah digoreng terlebih dahulu dan kacau sehingga ia sebati sebelum dihidangkan.
Jumlah kalori dalam satu hidangan: 1/6 dari jumlah hidangan = 24kcal
Nak lebih sihat, cergas & dapat lebih banyak pengetahuan mengenai kecergasan? Jom beramai-ramai ke MISFIT 2018: Malaysia International Sports & Fitness Fair pada 3-5 Ogos ( PWTC) & 5-7 Oktober ( Persada, Johor). Banyak aktiviti menarik dan bermanfaat yang ada disediakan untuk anda. Jadi datang beramai-ramai!
Masih belum ada idea nak masak hidangan apa untuk tengahari ni? Pelbagai resipi lauk pauk yang menyelerakan ini boleh membantu kamu menyediakan hidangan tengahari dengan mudah! Rasai kelazatan air tangan En. Megat dari HS Nada yang berkongsi menu sedap yang boleh kamu cuba!
DAGING LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika daging empuk, anda tidak perlu rebus daging.
……………
KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
2 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
4 batang serai |dihiris nipis
10 tangkai cili api | dihiris nipis
1 batang timun | buang biji dan potong dadu
3 biji limau kasturi
Garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
CARA MEMASAK:
Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain.
Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambah hirisan bunga kantan, daum kesum dan serai.
……….
SAMBAL KICAP HATI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu| cuci bersih dan rebus
1 biji bawang besar |hiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
Kacau rata dan masukkan kicap cair dan kicap pekat.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sambal hati sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh campurkan kentang dalam sambal hati ini.
……………..
AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Daging juga sesuai dimasak dengan menu ini.
………….
GULAI KETING
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
Biarkan mereneh hingga keting empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin cepat masak, boleh rebus dahulu keting, sehari sebelum masak.
…………..
BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kisar
50gm tepung jagung
1 /2 sudu the mixed spices
Secubit serbuk kayu manis
Secubit serbuk lada hitam
Secubit serbuk lada sulah
Sedikit garam
1 biji telur | saiz C
BAHAN GORENG:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk, uli sebati.
Bentukkan bulat-bulat.
Panaskan air dalam periuk, masukkan bebola yang telah siap tadi.
Setelah timbul, angkat dan toskan.
Gaulkan rata semua bahan gorengan. Kemudian gaulkan bebola di dalamnya.
Panaskan minyak, goreng bebola tadi hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidangkan bebola daging dengan sos cili.
INFO CHEF: Anda boleh tukar daging kisar dengan isi ayam kisar.
RESIPI OLEH:MEGAT HAMIZAN BIN MEGAT SHARUL AMIR.HS NADA SDN BHD, NO 2, WISMA NADA, JALAN 11, SELAYANG, 68100, BARU CAVES, SELANGOR, JALAN 11B, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus, senang dan sedap. Tak payah dan kupas kulit, nak celur dan silap-silap masam rasanya. Jagi guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentik kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.
Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya:-
AYAM NANAS MERAH MADU
BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam | hiris nipis
1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
3 sudu makana madu
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.
DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
5cm halia muda | hiris halus memanjang
1/2 bawnag Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan daun bawang
3-4 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
100gm labu | dipotong dadu
2 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 biji cili padi
1 liter air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 hiris halia
Garam secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris
4 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | direndam air
15gm suhun | direndam
1 biji cili merah | dihiris
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih
Segengam udang basah
1 biji cili merah | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
2 batang serai | dititik
4 biji cili padi | dipecah sedikit
2 ulas bawang merah | dihiris
1 liter air
Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau
1 sudu makan ikan bilis
2 biji bawang merah | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
Sedikit suhun
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!