Anda nak beli batang saderi satu atau dua pelepah je. Namun masalahnya di kebanyakan pasar dan pasaraya menjualnya satu pokok dalam satu bungkusan.
Sudahnya lebihan batang saderi terbiar begitu sahaja. Ehh jangan buang atau biarkan begitu saja, ada baiknya anda simpan batang saderi.
Jika ia disimpan dengan cara yang betul, batang saderi boleh tahan hingga dua minggu. Tak percaya ikut tip ini.
BELI BATANG SADERI YANG SEGAR
Ads
Batang saderi yang segar akan tahan lebih lama bila disimpan. Batang saderi yang segar berwarna hijau, mudah dipatahkan dan sifatnya rangup. Jika liat dan batang berwarna hijau pudar, itu tanda tidak segar lagi.
BALUT PANGKAL BATANG SADERI DENGAN ALUMINIUM FOIL
Kesegaran pangkal batang saderi sangat mempengaruhi kesegaran pucuk. Oleh itu, potong sedikit pangkalnya kemudian balut dengan aluminium foil dengan kemas. Cara ini mengelak pangkal batang saderi menjadi kering bila kering batang akan cepat layu dan tidak tahan lama.
Seperti sayur lain, simpan batang saderi dalam peti sejuk adalah cara paling selamat untuk memastikan ia tahan lebih lama. Masukkan dalam plastik dan buat lubang pada plastik untuk ruang udara supaya tahan lama. Tetapi ingat! Jangan cuci batang saderi jika ingin disimpan ye, kerana ia akan menjadikannya lebih cepat layu.
Sama seperti pokok lain, batang saderi akan tahan lebih lama bila diletakkan dalam bekas berisi air dan tutup bahagian dengan plastik. Dengan cara ini batang saderi anda akan kekal segar, rangup dan tahan lebih lama.
SIMPAN DALAM FREEZER
Selain menyimpannya dalam peti sejuk, simpan dalam freezer menjadikan ia tahan lebih lama, kerana dalam keadaan beku aroma saderi akan tersimpan dengan baik, warna daunnya juga tidak akan berubah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.
Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.
Pilih tembikai susu ikut 6 tip ini
Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;
1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang manis.
2. Pilih kulit tembikai yang berwarna kuning berbanding putih.
3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut ‘juicy’, banyak air.
4. Cuba goncang buah, jika dengar bunyi biji jatuh atau berlaga itu maknanya buah sudah cukup masak.
5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang sudah kering. Itu tanda buah masak ranum.
6. Paling senang, hidu. Kalau masak baunya memang manis berbanding buah yang muda atau belum masak
Sebut je sayur mesti terbayangkan masak tumis, bening, sup atau gulai. Tapi sebenarnya sayur juga sedap digoreng salut atau celup tepung, namun bukan semua sayur yang sedap digoreng salut tepung ni. Selain sedap dimakan dengan nasi cecah sambal, sayur goreng juga sedap dijadikan kudapan ringan sambil menonton. Ini dia enam jenis sayur yang boleh digoreng salut tepung. Mungkin ini idea bagus untuk anak-anak makan sayur
Terung
Bayangkan terung yang lembut dan manis rasanya itu digoreng dengan tepung, terasa ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Kena pulak dengan pencecah memang terbaik sedapnya. Cuma semasa menghiris pastikan saiz terung adalah sama dan hirisan tidak terlalu nipis atau tebal.
Brokoli
Brokoli antara sayuran hijau kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Brokoli goreng tepung antara menu yang sangat sedap. Korang boleh potong brokoli menjadi ketulan-ketulan kecil sebelum disalut dengan adunan tepung kemudian goreng minyak banyak. Untuk tambah perisa, adauna tepung boleh tanpa perasa ayam, rempah kari, serbuk cili, lada hitam atau tomyam. Terpulang pada cita rasa.
Bunga Kubis
Cara potong dan menggoreng bunga kubis sama seperti brokoli untuk digoreng tepung. Namun teksturnya yang ranggup dan empuk pasti disukai ahli keluarga terutama anak-anak.
Garlic Parmesan Carrot Fries
Lobak Merah
Lobak merah goreng tepung memang sedap, rangup dan manis. Cara paling mudah menyediakannya, adalah dengan menghiris lobak merah seperti kentang goreng. Potong memanjang lebih kurang 3-4cm, kemudian kukus hingga empuk sebelum sedia dicelup tepung dan goreng hingga rangup.
Bayam
Rangup dan sedapnya kerepek bayam, kerana itulah ramai yang menyukainya sebagai kudapan sambail santai menoton TV. Siapa sangka ia hanyalah sehelai daun bayam yang nipis dan berubah menjadi kerepek yang rangup bila digoreng dengan salutan tepung.
Kacang Buncis
Mungkin jarang dengar kacang buncis boleh digoreng celup tepung. Tapi percayalah rasanya sedap, rangup dan manis. Apa lagi jika dimakan panas-panas.
Dari enam jenis sayur ini mana satu pilihan korang, atau ada cadangan sayur lain yang pernah korang buat. Boleh share dengan RASA ye.
Ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yang RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama untuk mengukusnya.
Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:
Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula untuk membancuh adunan Puteri Ayu.
Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:
Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen Vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.
Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:
Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.
Campur Santan, Air Dan Pewarna Hijau:
Setelah campuran telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.
Kelapa Parut Sebagai Kepala Atau Topping:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.
Kukus Tidak Lebih 20 Minit:
Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukuks yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dari acuan apabila sejuk.
Resipi Apam Puteri Ayu.
Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
1 1/2 cawan tepung gqndum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 cawan santan kotak
2 sudu makan patu pes pandan
1 penutup pewarna hijau
Bahan Kelapa Parut:
Kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
Ayakkan tepung bersama baking powder
Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.