Semua orang memang suka makan ayam terutama anak-anak. Mereka jadi lebih berselera jika dihidangkan sajian ayam terutama bahagian drummet dan peha. Cuba resipi yang sangat mudah dan sedap untuk keluarga anda.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
Taburkan di atas ayam goreng.
Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
Ads
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan 10gm bawang putih | dikisar Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas:
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
Ads
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
Sebiji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisu drumstick.
Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Ads
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Anak-anak sekarang kebanyakannya makan mesti nak berlaukkan ayam, kalau sebut ikat, tutup balik tudung saji atau dan-dan kata kenyang. Tapi kalau dok hari-hari menu ayam bosan juga, jadi mak-mak semua ini ada satu menu ayam sempoi tapi sedap yang boleh dicuba untuk variasikan rasa ayam, moga taklah jemu dengan menu sama setiap hari.
AYAM GORENG SOS KARI BAHAN-BAHAN: Bahan Ayam Goreng
200gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji telur ayam
1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Kari:
1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar yogurt
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun ketumbar | hiris halus
Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan yogurt.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya
Sebelum angkat masukkan daun ketumbar.
Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.
Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Berbaloi untuk dicuba.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Walaupun banyak resipi yang telah dimodenkan, tetapi resipi tradisional yang cukup rasa, tidak lari dari rasa pedas dan kaya dengan rempah ratusnya tetap menjadi pilihan di hati masyarakat tempatan kita. Untuk itu, RASA kongsikan 10 resipi ayam tradisional yang boleh anda cuba sendiri di rumah.
AYAM KUZI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong saiz sederhana, bersih dan toskan
4 sudu makan rempah kuzi
1 tin susu cair
1/2 cawan puri tomato
2 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GORENG DAN KISAR:
15 biji bawang merah | hiris halus
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 bawang putih
3cm halia muda
2 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak bersama.
Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi, diikuti bahan kisar hingga wangi.
kemudian masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air.
Seterusnya masukkan pula puri tomato, diikuti ayam goreng, kacau rata.
Kemudian masukkan susu cair, dan bahan goreng yang telah dikisar tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa. Tutup api.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kuzi enak dihidangkan bersama nasi minyak.
AYAM SAMBAL BALI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 16
Garam dan serbuk kunyit
Minyak masak | untuk menggoreng
8 batang serai | titik
1biji bawang besar hiris
6 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
3 sudu makan kicap pekat manis
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan minyak masak | guna lebihan minyak goreng ayam tadi
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, gorengkan ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, dan kacau lagi seketika.
Perasakan dengan garam, gula dan kicap.
Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
Tutup api dan Ayam Sambal Bali sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan kentang yang telah digoreng di dalamnya.
AYAM SAMBAL LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 16 belas
200gm lengkuas muda | parut dan perah buah airnya
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
2 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 helai daun salam
2 sudu makan air asam Jawa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
4 biji buah keras
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan parutan lengkuas, serai, daun salam dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan ayam goreng, kecilkan api dan kacau rata hingga timbul minyak.
Tutup api, dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam Sambal Lengkuas ini enak dihidangkan dengan nasi impit.
AYAM SERAI WANGI
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi dada ayam
1 biji bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih mayang halus
3cm halia mayang halus
3 batang serai | mayang halus
1 kuntum bunga kantan | mayang halus
3 helai daun limau purut | mayang halus
10 biji cili api | mayang
2 sudu makan perencah tomyam
1 sudu makan madu
2 sudu makan manyones
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN PERAP AYAM:
2 sudu makan sos tiram
1 biji telur
3 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan. Perap 15 di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, goreng yang diperap tadi. Angkat dan toskannya.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pula bahan mayang halus yang lain hingga garing.
Kemudian masukkan perencah tomyam bersama sedikit air, mayones dan madu.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, masukkan pula ayam.
Kacau rata, kemudian tutup api.
INFO CHEF: Ayam Serai Wangi ini enak dihidangkan panas-panas.
AYAM PANGGANG SOS MERAH BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
2 belah paha ayam| bersihkan
500ml santan pekat
10 helai daun limau purut | mayang halus
5 batang serai | mayang halus
1 keping asam gelugor
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
3 cm halia
3cm kunyit hidup
6 tangkai cili kering
6 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan perapan beserta garam.
Balut dengan daun pisang dan aluminium foil, panggang lebih kurang 15-20 minit.
Sementara memanggang sediakan sosnya.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan santan pekat. Kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Perasakan dengan garam, garam, gula jus limau nipis, daun limau purut dan serai.
Kacau lagi hingga timbul minyak.
Setelah ayam masak, tuangkan sos di atas ayam panggang dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Gabungan hirisan serai dan daun limau purut memberikan lebih aroma dan rasa pada ayam panggang.
AYAM CILI KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1 kg ayam | potong 16 dan bersihkan
1 sudu makan serbuk kunyit
1sudu makan air asam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN B ( KISAR):
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 batang serai
3cm halia muda
4 biji cili merah
BAHAN C (GORENG SANGAI DAN KISAR):
5 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
CARA MEMASAK:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan juga garam. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bahan B, tumis hingga pecah minyak dan wangi.
Seterusnya masukkan bahan C, kacau lagi dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ayam goreng, kacau rata dan cukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bahan rempah ratus digoreng sangai menambah aroma pada masakan.
AYAM KUKUS LEMAK CILI PADI
BAHAN- BAHAN:
2 belah ayam | bersihkan dan kelar-kelar
1 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar biji
3cm kunyit hidup | hiris
3 batang serai | hiris
2cm lengkuas | hiris
2cm halia | hiris
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Lumurkan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam. Balut dengan daun pisang yang dilapisi dengan aluminium foil. Kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama susu cair, kemudian didihkan di atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Terus kacau hingga sos menjadi pekat.
Tutup api dan tuangkan sos di atas ayam kukus tadi dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Susu boleh ditukarkan dengan santan.
AYAM PEDAS KEMANGI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam, potong |16 bahagian
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
12 helai daun kemangi
6 helai daun limau purut
3 batang serai | hiris halus
1 helai daun pandan | carik-carikkan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
10 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit secukupnya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan serai, daun pandan dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan ayam goreng tadi bersama daun kemangi , kemudian gaul rata.
Tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan garam, gula serta jus limau nipis tadi.
Kecilkan api, biarkan kuah hingga pecah minyak.
Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
AYAM ROSE PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 12 & bersihkan
1 cawan puri tomato
1 cawan susu cair
1/2 cawan yogurt
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 helai daun pandan | carik-cari dan simpulkan
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Bahan KisarA :
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 biji buah keras
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan tos.
Tumis daun pandan, diikuti bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato, kacau seketika masukkan ayam, Kacau rata.
Kemudian masukkan pula susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, gaul sebati. Biar 2-3 minit baru tutup api.
Angkat dan
INFO CHEF: Anda boleh juga gantikan buah keras dengan biji badam kerana fungsinya sama untuk melemak dan memekatkan kuah.
KARI AYAM BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil dan cuci bersih
2 biji kentang | belah empat
3 sudu makan seruk kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 paket kecil kerisik
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1 mangkuk santan
Air secukupnya
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
4cm halia
2 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau lebih kurang hingga sedikit garing.
Seterusnya masukkan bancuhan pes kari yang dicampur dengan serbuk cili.
Kacau lagi hingga pecah minyak. Baru masukkan ayam.
Kacau rata supaya bahan tumisan sebati dengan ayam.
Masukkan air, biar mereneh sehingga ayam kecut.
Baru masukkan air asam jawa diikuti santan.
Perasakan dengan garam dan kunyit secukupnya kemudian masukkan pula kentang.
Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan kerisik.
Kacau lagi dan biarkan mereneh 2-3 minit lagi.
Tutup api dan kari sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain kentang anda boleh tukar dengan keledek, malah rasanya lebih sedap.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.