Daging masak apa pun memang sedap, namun keenakan lebih terasa bila ia disediakan dengan menu tradisional. Agak renyah melihatkan bahan-bahan yang banyak tetapi hasilnya bila dimasak tidak pernah mengecewakan. Tak salah sesekali di hujung minggu anda sediakan menu daging autentik yang Rasa kongsikan ini untuk santapan ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung.


5 Menu Daging  Orang Dulu-Dulu, Berbaloi Try.
KERABU DAGING MENTAH
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang
  • 6 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 batang serai
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 4 ulas bawang merah

BAHAN MAYANG HALUS:

  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
2. Hiris nipis kemudian cincang halus.
3. Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
4. Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
5. Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
7. Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
8. Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
9. Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.


5 Menu Daging  Orang Dulu-Dulu, Berbaloi Try.
DAGING BAKAR GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA TERUNG TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging yang siap dibakar | hiris nipis
  • 6 biji terung telunjuk | belah dua
  • 500ml santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 batang serai | titik
  • 2 hirisan lengkuas | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

IKLAN
  • 15 biji cili padi
  • 4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging dalam periuk bersama separuh dari santan pekat.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus, serai, lengkus dan asam gelugor.
3. Renehkan di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih.
4. Masukkan terung dan lebihan santan tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Setelah daging empuk, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.


5 Menu Daging  Orang Dulu-Dulu, Berbaloi Try.
DAGING KANDAR
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris kecil dan nipis
  • 15 ulas bawang merah | hiris
  • 3/4 cawan puri tomato
  • 1 cawan kicap pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH RATUS:
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda

CARA MEMASAK:
1. Rendam bahan rempah ratus hingga kembang, kemudian kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dihiris bersama daun kari hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah ratus yang dikisar tadi. Sentiasa kacau.
4. Setelah pecah minyak dan agak garing masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan airnya keluar.
5. Renehkan hingga air daging kering.
6. Masukkan kicap, sos tomato , air asam Jawa dan kerisik. Kacau lagi.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Setelah daging kering dan cukup rasa, tutup api.
9. Daging sedia dihidangkan.

IKLAN


5 Menu Daging  Orang Dulu-Dulu, Berbaloi Try.
DAGING KICAP KERISIK
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
  • 2 batang serai | titik
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging dalam mangkuk besar, kemudian campurkan ke dalamnya, kicap pekat, jintam manis,jintan putih dan lada hitam.
2. Kemudian ambil tiga sudu bahan kisar masukkan dalam bahan campuran daging.
3. Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangai.
5. Masukkan pula bahan-bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan daging, bila air daging sudah kering dan daging masih liat tambah sedikit air. Masak hingga daging empuk.
7. Kemudian tambahkan kerisik, kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
8. Daging sedia dihidangkan.

5 Menu Daging  Orang Dulu-Dulu, Berbaloi Try.
.

RENDANG DAGING DAUN PEGAGA:
BAHAN-BAHAN:

1kg daging | hiris nipis dan lebar, cuci dan tos
1kg santan pekat
5 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
1 ikat daun pegaga | buang tangkai
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
2. Setelah pecah minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
3. Masukkan santan pekat, kacau rata, setelah mendidih masukkan daun pegaga dan asam gelugor.
4. Biarkan mereneh, hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah kering dan timbul minyak.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan.

.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI