Lama tak makan kenduri? Rasa macam teringin nak makan Ayam Kurma, Briani Ayam, Kuzi Daging atau Daging Hitam Manis, korang boleh je masak sendiri dalam jumlah yang sikit sesuai untuk seisi keluarga. Ia lebih mudah dan cepat disediakan sebagai hidangan makanan tengahari atau malam.


5 Lauk Kenduri Paling Win Untuk Hidangan Tengahari
AYAM KURMA
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 250gm santan kotak
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 2 biji kentang | belah empat
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, kemudian tumis rempah penumis bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Seterusnya masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga timbul minyak.
3. Masukkan ayam dan ubi kentang, biarkan ayam kecut.
4. Setelah kentang empuk, masukkan santan dan asam keping, kacau rata.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Sebelum angkat, masukkan hirisan tomato ( jika suka boleh tambah dengan hirisan cili hijau atau merah).
7. Sedia dihidangkan.


5 Lauk Kenduri Paling Win Untuk Hidangan Tengahari
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1ekor ayam | potong 14, bersih dan toskan
  • 250ml susu cair
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 2 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 2kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang putih
  • 3buju bawang besar
  • 2cm halia | hiris memanjang

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 12 tangkai cili kering | rebus seketika dan toskan
  • 2 biji bawang besar
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan hirisan sampai layu da harum bersama rempah penumis. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
5. Seterusnya masukan sos cili dan sos tomato, tumis sebentar sampai pecah minyak.
6. Apabila pecah minyak, masukkan air asam jawa dan ayam gaul rata.
7. Tambahkan dengan susu cair, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Kecilkan api biarkan mendidih atas api perlahan hingga timbul minyak dan ayam masak sepenuhnya.
9. Sebelum angkat masukkan tomato yang telah dibelah empat tadi.
10. Sedia dihidangkan.

5 Lauk Kenduri Paling Win Untuk Hidangan Tengahari
.

DAGING KUZI
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang
  • 4 sudu makan rempah kuzi
  • 100gm biji gajus | goreng
  • 100gm kismis | goreng
  • 3 biji bawang besara | hiris, goreng dan kisar
  • 2 sudu makan serbuk badam
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan puri tomato
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 500ml susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN HIRISAN:

  • 10 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali.
2. Tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar, tumis lagi.
4. Setelah timbul minyak, masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air diikuti dengan puri tomato.
5. Kacau lagi hingga pecah minyak, baru masukkan daging, kacau rata hingga daging kecut.
6. Biarkan mereneh hingga kuah kering.
7. Jika daging masih liat atau keras tambah sedikit air lagi.
8. Setelah daging empuk, masukkan susu, serbuk badan dan bawang merah yang dikisar tadi.
9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
10. Kecilkan api dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat dan timbul minyak.
11. Sebelum angkat tabukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.

5 Lauk Kenduri Paling Win Untuk Hidangan Tengahari
.

IKLAN

DAGING DENDENG HITAM
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang
  • 8 biji bawang besar
  • 20 tangkai cili kering
  • 20 biji merah | hiris halus dan goreng
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan pes asam Jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:
1. Potong besar daging kemudian rebus hingga empuk bersama serai dan hirisan halia. Ketepikan dan toskan airnya.
2. Hiris daging nipis-nipis, kemudian titik hirisan tersebut. Lakukan hingga habis.
3. Panaskan minyak goreng bawang merah hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Goreng pula hirisan daging hingga perang. Angkat dan toskan.
5. Tinggalkan lebih kurang setengah cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
6. Seterusnya masukkan kicap pekat manis, pes asam Jawa, gula Melaka dan garam secukupnya. (jika kurang manis boleh tambah gula).
7. Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama bawang goreng,
8. Kecilkan api, kacau rata dan tutup api.
9. Sedia dihidangkan.

5 Lauk Kenduri Paling Win Untuk Hidangan Tengahari
.

AYAM BERIANI
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 12, cuci bersih dan tos
  • 5 sudu makan rempah beriani
  • 1/2cawan kismis
  • 1/2cawan bawang goreng
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 cawan susu cair
  • 2sudu makan sos tomato
  • 2sudu makan puri tomato
  • 1 pokok daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3sudu makan minyak sapi
  • 2sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 4 biji cili hijau

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi yang dicampurkan dengan minyak masak.
2. Tumiskan bawang besar seketika kemudian maukkan bahan kisar.
3. Kacau rata hingga wangi dan pecah minyak, baru masukkan rempah beriani yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Seterusnya masukkan sos dan puri tomato, diikuti dengan daun ketumbar.
5. Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan ayam keluar air dan kecut.
6. Apabila air ayam kering, masukkan susu cair, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah ayam masak dan kuah agak pekat masukkan kismis yang telah digoreng.
8. Briani ayam sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI