Kuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya.
Jadi adik-adik dan generasi baru semua, ni min kongsikan 4 kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Jom kita warisi resipi dan biar ia terus dapat dinikmati
PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
200gm gula merah
200gm gula pasir
150ml air,
BAHAN SALUT:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Keistimewaan : Rasa unik ubi kayu dan manis air gula Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
Ads
250 gm tepung gandum
100gm tepung beras
200ml air
200gm gula merah
50ml gula pasir
200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
2. Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Sedia dinikmati panas.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:45 minit Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan goreng Anggaran kos: RM10
Info chef:Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
200gm gula merah
50gm gula pasir
500ml santan
200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
3. Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
4. Setelah sejuk, boleh dipotong.
5. Sedia dinikmati.
Ads
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa lemak dan aroma tahi minyak yang unik Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM12 Info chef:Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan
1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
Kelapa parut secukupnya
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
2. Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
3. Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
4. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
5. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
6. Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
7. Sedia dinikmati.
Ads
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan : Rasa manis dan kenyal bila dikunyah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Rebus dan kukus Anggaran kos: RM10
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
1 cawan beras pulut |bersihkan
Air secukupnya
Pewarna merah secukupnya
30ml minyak masak
5gm garam halus
80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
11/2 cawan tepung beras
4 cawan air pandan
Sedikit pewarna hijau
10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
80gm tepung beras
500ml santan pekat
5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
200gm gula merah
100gm gula pasir
200ml air
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
2. Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
4 .Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
6. Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
7. Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
8. Sedia dinikmati. Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak:1 jam Keistimewaan : Rasa lemak dan manis gula merah Jenis masakan : Kuih muih tradisional Cara memasak : Tanak dan kukus Anggaran kos: RM14 Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kuih cara ni ada macam-macam versi. Ada yang manis, ada yang berlauk dengan rasa pedas-pedas. Kuih cara kena banyak inti supaya apabila dimakan rasa mewah.
Sedap sangat makan kuih cara berlauk ni. Rasanya pedas-pedas dan mewah dengan inti daging. Kalau dibuat dengan banyak inti, memang lebih sedap. Ini resipi yang memang confirm jadi kalau dibuat. Cubalah.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN
600 gram tepung gandum
30 gram tepung susu
2 biji telur ayam
1.3 liter air
4 titik pewarna kuning
BAHAN INTI
3 sudu besar minyak sapi
6 ulas barang merah (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 cm halia (cencang halus)
4 sudu besar serbuk kari daging
300 gram daging (cencang halus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 tangkai daun ketumbar (cencang halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul bersama tepung gandum, tepung susu, telur ayam, air dan pewarna kuning sehingga sebati.
2. Sediakan inti. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih bersama halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari daging dan daging cencang. Goreng lagi.
4. Tambahkan garam dan gula. Masukkan daun ketumbar.
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan adunan kuih cara dan tuangkan sebahagiaan adunan ke dalam setiap bahagian kuih cara.
2. Sudukan sedikit inti daging ke dalam setiap bahagiaan. Tuangkan lagi adunan tepung sehingga penuh.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
4. Pastikan setiap kali sebelum acuan diisi dengan adunan, terlebih dahulu sapukan dengan minyak sapi.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ubi kentang membekalkan sumber karbohidrat yang boleh menggantikan nasi. Ia juga mempunyai rasa lemak susu dan mentega yang enak.
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur
2 ketul ubi kentang
150gm kulit tembikai (bahagian putih)
2 biji bawang merah
50gm tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
1 sudu teh cincangan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu segar
2 sudu makan mentega
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Masukkan kulit tembikai putih yang telah dipotong kiub, tumis hingga lembut.
Masukkan kentang yang telah dipotong kecil, gaul bersama kulit tembikai tadi singga lembut. Matikan api dan biarkan ia sejuk seketika. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang dan kulit tembikai tadi yang telah disejukkan, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
Panaskan kuali, letak mentega dan minyak sedikit. Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan dengan api perlahan. Kacau kira-kira dua minit dan apabila mengeras, bentukkan ia bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Setelah itu terbalikkan sehingga ia masak dalam 10 minit.
Tak tau nak masak apa tengahari ni? Ini RASA kongsi tiga resipi yang simple tapi sedap, Ayam Cili Daun Selasih, Gulai Hijau Udang dan Udang Tumis Taucu Bersama Sawi Cina. Bolehlah dijadikan hidangan untuk makan tengahari atau malam yang ringkas bersama keluarga.
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
KUPANG TUMIS TAUCU BERSAMA SAWI AIR
BAHAN-BAHAN:
500gm kupang | bersihkan dan tos
250gm sawi air | ambil pucuk dan daun sahaja
2 sudu makan tauchu | kisar
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | titik
6 biji cili padi | titik
3 sudu makan minyak masak
Sedikit perasa dan gula
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering dan taucu terus kacau. Kemudian masukkan kupang.
Setelah kulit kupang berubah warna dan terbuka. Masukkan sawi air dan terus kacau.
Akhir sekali perasakan dengan sos tiram, garam dan perasa secukup rasa.
Kacau lagi seketika , kemudian tutup api.
Kupang sedia dihidangkan.
DAGING GORENG BEREMPAH BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | hiris nipis
200gm nanas dalam tin
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
2cm halia muda | hiris memanjang
1 batang serai | titik
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah kari daging
Sedikit cili benggala merah dan hijau | potong dadu
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging yang telah dicuci dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak masak, daging hingga berubah warna. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, tumis rempah penumis bersama hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
Setelah wangi masukkan pula campuran rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan cili benggala dan gaulkan rata dengan daging yang ditolak ke tepi tadi.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!