Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni. Boleh bawa sahur nanti, cicah dengan sup dan kari
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
20gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
450gm Air sejuk
120gm Serat gandum kasar
20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza. 3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas. 7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Ads
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Roti yang menyihatkan Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
450gm Air sejuk
50gm Serat Gandum kasar
150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah. 7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan. Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
8gm Garam halus
50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
250gm Air sejuk
30gm serbuk teh hijau
50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK: 1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan. 2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit. 4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. 6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening. 7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. 9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF
Ads
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
350gm Air sejuk
150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
150gm Oat
100gm Madu
1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata. 2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan. 4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti. 5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. 7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi. 11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef:Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF
Ads
BAHAN-BAHAN DOH:
500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
30gm Tepung susu lemak penuh
8gm Garam halus
50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
11gm Yis kering
5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
350gm Air sejuk
30gm Black Charcoal Powder
20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sup adalah menu yang sedap dimakan ketika cuaca panas kerana berkuah. Jadi, buatlah sup yang segar untuk menjadikan sup lebih sedap dinikmati.
SUP TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN
400 gram tulang rusuk lembu (bersihkan dan rebus ¾ empuk)
400 ml air rebusan tulang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
50 gram rempah sup
2 inci halia (hiris tebal)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan semua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Selain sedap sebagai makanan, telur puyuh sangat berkhasiat untuk kesihatan.Telur puyuh mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral, lemak, lutein, kolin dan banyak lagi zat yang kesemuanya baik untuk tubuh berbading telur ayam. Sudah tentu korang boleh pelbagaikan pengambilan telur puyuh dalam masakan.
.KARI TELUR PUYUH BERSAYUR: BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu telur
250 ml santan
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan serbuk cili
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
1 batang serai
BAHAN SAYUR:
3 batang kacang panjang | hiris
1 biji terung panjang | hiris serong
1/2 batang lobak merah | potong
1 biji cili merah | potong 3
1 biji cili hijau | potong 3
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pula pes campuran serbuk kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan santan dan air asam jawa, kacau rata dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan bahan sayur dan telur puyuh yang telah dibuang kulit dan dicucuk dengan garpu.
Setelah mendidih dan sayur empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh dan timbul minyak, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
SAMBAL MERAH TELUR PUYUH BERSAMA TEMPE BAHAN-BAHAN:
25 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
1 keping tempe | potong dadu dan goreng
1 biji bawang besar | potong dadu
1 sudu makan air asam jawa
1/2 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan timbul minyak, masukkan telur dan tempe.
Gaul rata dan tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
REDANG BEREMPAH TELUR PUYUH BAHAN-BAHAN:
25-30 biji telur puyuh | rebus dan cucuk dengan garpu
200ml santan pekat
1 biji bawang besar | hiris
2 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan kerisik
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu the serbuk jintan putih
3 sekawan | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lenngkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah tiga sekawan bersama hirisan bawang besar hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata dan masukkan pes cili kering.
Setelah garing dan timbul minyak, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
Kacau lagi hingga bangkit aromanya, masukkan pula santan.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan telur puyuh, gaul rata dan kecilkan api.
Setelah timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
TELUR PUYUH BERSALUT DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buag kulit
BAHAN DAGING:
250gm daging kisar
1/2 cawan daun parsli | cincang halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh lada sulah
Sedikit garam
2 sudu makan serbuk roti
1 biji telur
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan daging dalam mangkuk, gaul rata hingga sebati.
Bulat-bulatkan dan masukkan telur puyuh di dalamnya, kemudian bentukkan bulat semula menjadi bebola daging.
Panaskan minyak, dalam kuali non stick, goreng bebola ini hingga bertukar warna keperangan.
Setelah siap, hidangkan bersama sos cili atau sos lada hitam. Terpulang pada cita rasa.
Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan berbuka, boleh lah cuba resipi-resipi ni..
BEBOLA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi keledek-rebus & mashed
1 biji telur
1/2 sudu baking powder
tepung secukupnya
minyak untuk menggoreng
sedikit garam
3 tsb gula
CARA PENYEDIAAN
Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
Masak gula nisse/gula kerek bersama-sama dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat. Keluarkan daun pandan dan mengkuang yang balut nisse. Tapis air gula tadi.
Pecahkan telur, kacau-kacau sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yang tebal lebih baik kerana tidak cepat hangus). Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit. Masak dengan api paling perlahan dengan periuk tertutup. (Jika guna pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api. Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.
Masukkan mentega. Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
Masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.
Isikan ke dalam plastik atau balut dengan ‘cling wrap’. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.
BAHAN-BAHAN (KASTARD)
1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.
Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.
CARA MEMASAK PASTRI
Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.
Panaskan oven pada suhu 180 C. Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
BAHAN-BAHAN INTI PAI
150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
50 gm gula perang
1 biji telur
20 gm mentega
60 ml susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
BAHAN CRUMBLE
50 gm gula perang
20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
15 gm mentega
3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
1/2 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.
Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.
Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.
Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40 minit lagi. Sejukkan sebelum dihidang.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...