Kadang-kadang kita rasa tak tahu nak masak apa. Asyik lauk sama je setiap minggu pun boleh buat hilang selera. Tapi jangan risau, kami kongsikan 4 jenis lauk simple tapi rasa dia ‘power’ macam lauk kenduri! Resipi-resipi ni sesuai sangat untuk menu harian – sama ada makan tengah hari, malam atau bila-bila masa teringin nasi panas.
1. Kobis Goreng Telur – Sayur Tapi Ada ‘Kick’
Jangan pandang rendah pada kobis. Bila digabungkan dengan telur hancur dan sedikit sos, lauk ni boleh buat orang yang tak suka sayur pun tergoda.
Bahan-bahan:
½ biji kobis (hiris nipis)
4 biji telur (goreng hancur dan asingkan)
½ batang lobak merah (hiris halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
Daun bawang (secukupnya)
1 sudu kecil kicap masin
1 sudu kecil sos tiram
Garam & kiub pati ayam (secukup rasa)
Cara Memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta daun bawang hingga naik bau. Masukkan kobis dan lobak merah, kacau sehingga layu. Tambahkan kicap masin, sos tiram, sedikit garam dan kiub pati ayam. Akhir sekali, masukkan telur goreng hancur, gaul rata dan siap dihidang.
2. Udang Goreng Ketagih – Rangup, Pedas, Confirm Nak Lagi
Udang goreng yang dimasak dengan bawang putih dan cili padi ini memang buat lidah menari. Resipi ringkas tapi rasa dia tak boleh berhenti makan.
Ads
Bahan-bahan:
300g udang (bersihkan)
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili padi (ikut pedas yang diingini)
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil perasa (ajinomoto atau cukup rasa)
Sedikit garam & daun bawang (untuk hiasan)
Cara Memasak:
Goreng udang bersama sedikit garam hingga berubah warna, kemudian asingkan. Dalam kuali lain, tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang, tambahkan kicap, sos tiram dan perasa. Gaul rata. Akhir sekali, tabur daun bawang dan siap untuk dimakan panas-panas!
3. Ayam Goreng Tomyam – Pedas, Masam, Manis, Semua Cukup Rasa
Lauk ni sesuai untuk penggemar rasa tomyam pekat. Ayam digoreng dulu, kemudian dilumur dengan sos tomyam yang wangi dan menyengat. Memang padu!
Ads
Bahan-bahan:
½ ekor ayam (potong kecil)
1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, ½ inci lengkuas (semua dihiris)
Cili padi (ikut tahap pedas)
1 sudu cili boh
1 cawan air
1 sudu besar sos ikan
½ paket pes tomyam
1 sudu kecil cukup rasa
2 sudu besar madu
Garam (secukup rasa)
Daun limau purut, cili merah, perahan jus limau nipis & daun ketumbar
Cara Memasak:
Goreng ayam hingga masak dan ketepikan. Tumis bahan hiris hingga naik bau, kemudian masukkan cili boh dan air. Bila mendidih, masukkan pes tomyam, sos ikan, madu, cukup rasa dan garam. Masukkan ayam goreng, biarkan seketika hingga sebati. Akhir sekali masukkan daun limau purut, cili, jus limau nipis dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang!
Ads
4. Ikan Kerisi Masak Cili Santan – Lemak Pedas Menggoda
Bila rasa nak lauk berkuah tapi tak terlalu berat, lauk ni boleh jadi penyelamat. Kuah santan yang berempah dengan rasa cili memang ngam dengan ikan goreng rangup.
Bahan-bahan:
8 ekor ikan kerisi (dibersihkan dan digoreng garing)
1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih
Cili besar merah & hijau, cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1 cawan santan
2 sudu besar air asam jawa
1 helai daun kunyit (dicarik)
Garam (secukup rasa)
Cara Memasak:
Kisar bawang besar, bawang putih dan semua jenis cili. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan serbuk kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. Tuangkan santan dan air asam jawa, kacau sebati. Akhir sekali, masukkan ikan goreng dan daun kunyit. Masak sehingga kuah pekat dan mesra dengan ikan.
Dengan bahan-bahan asas yang mudah didapati, anda dah boleh hasilkan 4 lauk utama yang sedap dan sesuai sangat untuk menu seisi keluarga. Cubalah satu-satu – atau masak semua untuk meja makan yang meriah. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dapat menikmati burger yang enak memang puas hati. Tambah pula bila ia dimasak dari air tangan sendiri. Anak-anak pun gerenti suka dengan menu ni. Boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Beli ayam bahagian dada untuk buat burger ni. Memang sedap cicah dengan fries dan masukkan sikit dalam burger.
Roti Bahan-bahan: 500gm tepung roti 70gm gula kastor 1 sudu besar yis kering 1 biji kuning telur 1 sudu teh garam 50gm majerin/butter 10gm pelembut roti 280-300gm air sejuk
Cara membuat: 1.Semua bahan masuk dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit uli dalam bread maker. Doh burger 75-8-gm, saiz 4 inci. 2.Bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 20 minit (bergantung pada oven masing-masing)
HONEY MUSTARD Bahan-bahan: ½ cawan mayonis 3 sudu mustard 1 sudu lemon / cuka ¼ sudu black pepper 2 sudu madu *pukul hingga sebati
Cara membuat: 1.Perap ayam dengan telur dan tepung bestari. 2.Perap selama ½ jam atau lebih. 3.Nak goreng baru salut tepung kering. 4.Goreng minyak banyak. Kredit: Nor Asiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih tepung pasung atau kuih serunai ini, popular di bahagian negeri Pantai Timur.
Diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti, ia diletakkan dalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang.
Kuih ini sesuai dimakan waktu pagi atau waktu petang. Melalui perkongsian daripada Tahrunnisah Jali ini, dia kongsikan resipi dan cara buat kuih ini.
KUIH TEPUNG PASUNG/KUIH SERUNAI
Mula-mula, kena buat kelongsong dia. Saiz 14cmX14cm, layurkan daun pisang dulu atas api dan ikut step by step.
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
2 sudu besar gula* 1 ½ ketul nisey atau kalau tak ada, boleh guna gula melaka* 1 2/3 cawan air (350ml-400ml)* 1 helai daun pandan disimpul* 40gm tepung beras 20gm tepung ubi 1 sudu kecil air kapur
1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. Kemudian, dibiarkan sejuk. 2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati.
3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. Tutup api.
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
1 ½ cawan santan pekat 2 ½ sudu besar tepung beras 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil garam (anggaran) 1 sudu kecil gula
CARA MEMBUAT:
1. Campur kesemua bahan di atas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.
Buat mereka yang sukakan masakan daging, boleh cuba seleksi resipi daging yang dikongsikan ini.
Pelbagai jenis cara masakan berasaskan daging yang mudah dimasak buat hidangan sekeluarga.
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 6 biji bawang merah | kisar – beli online di sini 3 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini 2 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu makan serbuk jintan putih 1 batang serai | titik 1 inci halia | kisar 1 sudu makan kerisik – beli online di sini Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata. 2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air. 3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat. 4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong dan bersihkan 1 mangkuk santan 5 biji bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 1 inci halia 1 tangkai daun kari 3 sudu makan rempah daging 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis Minyak masak untuk menumis secukupnya Air secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. 2. Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati 3. Masukkan daging dan sedikit air lagi Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | disalai 1 mangkuk santan 2 batang serai 2 inci kunyit hidup 1 biji mangga muda | dihiris Garam dan gula secukupnya
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan. 2. Setelah mendidih, masukkan mangga muda. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 3. Angkat dan sedia dinikmati. Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit 4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci 2 biji cili padi | dihiris 2 labu bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris Minyak masak secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap. 2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa. 3. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 2 biji cili besar merah | dihiris 2 biji bawang besar | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris 1 inci halia | hiris 3 sudu makan sos tiram Sedikit air Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati. 2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata. Angkat dan sedia dinikmati. 3. Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 5 batang serai | dihiris halus 2 inci kunyit hidup | dikisar 2 sudu makan kerisik Sedikit hirisan daun kunyit 1 ikat daun pegaga 2 mangkuk santan Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan. 2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini tidak perlu ditumis.
RENDANG DAGING & HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging 300gm hati 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 5 batang serai | dihiris halus 2 inci kunyit hidup | dikisar 2 sudu makan kerisik Sedikit hirisan daun kunyit 2 mangkuk santan Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan. 2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit. 3. Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit 10 biji cili padi | dikisar 6 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 2 biji kentang |potong wedges dan digoreng Sedikit air Minyak untuk menumis secukupnya Garam dan gula secukupnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi. 2. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 2 sudu makan cili kering kisar 6 biji bawang merah | dikisar 2 ulas bawang putih | dikisar 5 batang kacang panjang | potong serong 1 sudu kerisik 1 batang serai | dititik 1 mangkuk santan Sedikit air Minyak masak untuk menumis secukupnya Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai. 2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan. 3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang. 4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dihidangkan. 5. Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
RENDANG DAGING MADURA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 3 sudu makan cili kering kisar 2 batang serai | dikisar 7 sudu kicap manis 1 biji bawang besar | dihiris 2 tangkai daun kari Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi. 2. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati. 3. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar. 4. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati. Rendang ini tidak menggunakan santan.
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci) 7 biji bawang merah | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 ½ inci halia | dikisar 1 inci lengkuas | dikisar 3 sudu cili kering kisar 2 batang serai | dititik 1 mangkuk santan 2 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit Garam dan gula secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut. 2. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati. 3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. 4. Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci) 1 biji bawang besar | potong dadu 1 biji limau nipis | perah air 5 biji cili padi | dipotong kecil 1 biji buah tomato | potong dadu 1 sudu makan kerisik 1 helai daun limau purut | dihiris Sedikit air asam jawa Sedikit air suam Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati. 2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa. 3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati. 4. Boleh tambah lebih potongan cili padi jika mahu lebih pedas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: