Bila kita dengar perkataan kacang, mesti terus terlintas di fikiran kita bahawa kacang tinggi kalori dan lemak. Walaubagaimanapun, lemak mono tak tepu (monounsaturated) juga dikenali sebagai ‘lemak baik’. Kacang adalah sumber bermanfaat untuk serat dan protein. Dua sumber yang sangat penting dalam diet seharian serta bagus dalam membantu untuk kurus dan kurangkan berat badan.
Kacang sesuai untuk dijadikan snek kalau kita lapar tetapi juga boleh dimasukkan ke dalam salad, yogurt, resipi, bijirin, gandum, dimakan dengan susu rendah lemak atau buah-buahan. Kacang ini berperanan sebagai memenuhi perut anda yang tiba-tiba rasa keroncong nak makan dan sabotaj usaha penurunan berat badan.
Jadi, terdapat 4 jenis kacang bagus dan memudahkan penurunan berat badan seperti berikut:
Almonds (Badam)
Ranking #1 sebagai kacang yang sangat bagus untuk diet. Badam mempunyai asid lemak Omega3, banyak serat dan protein. Makan badam, anda akan cepat kenyang jadi anda akan rasa kurang kempunan untuk makanan berlemak (nasi lemak lah kan), kalori karbohidrat yang tinggi.
Ads
Walnuts Menurut webmd.com, walnut kira-kira sedozen atau badam setiap hari tidak hanya menyediakan snek yang sangat bagus untuk turunkan berat badan, malah keduanya juga boleh mengurangkan risiko kencing manis, kanser dan penyakit jantung.
Sama seperti badam, walnut kaya dengan asid lemak Omega3, tinggi serat dan protein. Walnut sebagai diet harian dapat membantu badan untuk menghilangkan kolesterol jahat (LDL) dan memberi manfaat serta membuatkan jantung lebih sihat.
Cashews (Gajus) Seperti walnut dan badam, gajus dapat mengenyangkan perut yang paling cepat, mempunyai fosforus, zink, lemak sihat, tinggi serat dan protein. Sangat baik untuk mengurangkan berat badan apabila dimakan secara sederhana.
Ads
Pistachios Dikenali sebagai salah satu daripada kacang berkalori yang lebih rendah, seseorang boleh makan 50 biji kacang pistachio yang hanya mengandungi 160 kalori disamping terdapat mineral, vitamin dan hampir tiga gram memenuhi serat setiap hidangan.
Maksimum dua auns kacang sehari sudah cukup untuk mengurangkan berat badan secara sihat, tanpa menambah kalori yang berlebihan dan juga majoriti makanan lain yang dimakan juga rendah kalori seperti sayur-sayuran segar dan buah-buahan.
Ads
Lemak dan minyak dalam kacang tidak mengandungi Kolesterol Jahat (LDL). Kacang membuatkan jantung kita sihat, memberi rangsangan metabolisme untuk membakar lemak degil yang berlebihan. Pilih kacang mentah (raw) dan tidak masin. Menurut fitwatch.com, dengan memakan kacang tersebut untuk mengekalkan diet yang sihat dan senaman yang kerap boleh memberi manfaat kepada usaha kurangkan berat badan.
Anak-anak kalau dihidang dengan kentang goreng memang suka sangat. Letak sepinggan pun boleh habis. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi tidak baik untuk kesihatan.
Nak buat kentang sendiri ni pun ada tipnya. Selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat. Boleh ikut tip ini.Boleh dinikmati dengan sos pilihan anda.
Kentang goreng
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1.Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2.Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3.Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak angkat) Kalau hirisan tebal, rebus jika tak boleh je skip step ni.
4.Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais dalam 5 minit.
5.Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6.Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’.
7.Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kebiasaannya, di acara makan-makan sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja, juadah yang disediakan pastinya lengkap, bermula dengan juadah pembuka selera, juadah utama sehinggalah hidangan pencuci mulut. Bahkan, menikmati hidangan manis selepas selesai menjamu selera dengan pelbagai juadah lazat, tentunya dapat membuatkan hati anda rasa puas dan gembira. Mungkin hidangan pencuci mulut ini boleh anda cuba sendiri di rumah atau dihidangkan di saat tetamu bertandang ke rumah.
POPIA PISANG MENTEGA KACANG
BAHAN-BAHAN:
9 keping kulit popia segera
5 sudu makan mentega kacang
3 biji pisang berangan
Gula perang secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Potong sebiji pisang kepada dua bahagian memanjang dan potongkan lagi menjadi dua bahagian untuk mendapatkan 4 saiz yang sama panjang.
Salut setiap kepingan pisang dengan gula perang. Ketepikan.
Ambil sekeping kulit popia. Sapukan ½ sudu makan mentega kacang di atas kulit popia dan letakkan pisang yang disalut gula tadi di atasnya kemudian gulung dengan kemas.
Sapukan sedikit air pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat dan tidak terbuka apabila digoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Sejukkan sedikit dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 9 biji
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis pisang serasi dengan lemak mentega kacang
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Goreng
Info chef: Untuk rasa yang lebih menarik, letak madu sedikit di dalam gulungan popia ataupun di atas popia selepas digoreng.
CREPE INTI KELAPA MANIS MARSHMALLOW
BAHAN UNTUK KULIT CREPE:
120gm tepung gandum
440ml susu segar
3 biji telur
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
125gm kelapa parut
100gm gula perang
80ml air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit crepe; Pukul rata telur dan susu segar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Ketepikan.
Sapukan sedikit minyak di atas kuali leper tak melekat. Gunakan api kecil untuk mendapatkan suhu sederhana panas.
Tuang lebih kurang 2-3 sudu makan adunan tadi dan ratakan. Apabila permukaan atas kelihatan sedikit kering dan masak. Angkat.
Pastikan bekas untuk meletakkan crepe bertutup bagi mengelakkan kulit crepe kering sebelum proses menggulung.
Untuk membuat inti kelapa; Panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan berbuih.
Kemudian masukkan kelapa parut dan gaul sekata hingga air kering dan kelapa lembap.
Angkat dan sejukkan sebelum diletak di atas crepe.
Ambil sekeping crepe, letakkan sedikit inti kelapa di tengahnya diikuti marshmallow. Lipat bahagian tepi kiri dan kanan crepe dan terus gulung. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 10-15 biji
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa manis inti kelapa dan kekenyalan marshmallow
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Goreng dan reneh
Info chef: Untuk memekatkan inti kelapa, boleh menambah satu sudu tepung gandum dicampurkan dengan sedikit air ke dalam inti semasa proses memasak dan gaul sebati. Gula perang boleh digantikan dengan gula merah atau gula Melaka untuk rasa yang lebih menarik.
TAT TELUR SERI KAYA LEMON
BAHAN UNTUK KULIT TAT:
70gm gula aising
200gm tepung gandum serba guna / red rose
125gm mentega
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur saiz C
BAHAN UNTUK INTI TELUR:
70gm gula kastor
100gm air
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
100gm Susu segar
BAHAN UNTUK SERI KAYA LEMON:
3 biji kuning telur
1 biji telur
150gm Gula kastor
100ml Jus lemon
Parutan kulit lemon dari dua biji lemon
40gm mentega
CARA MEMASAK:
Gaul sebati gula aising, dan tepung.
Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati hingga menjadi doh.
Sekiranya doh terlalu lembut taburkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada saiz lebih kurang 20gm setiap satu, bentukkan kulit tat pada acuan. Ketepikan.
Untuk membuat inti telur; Panaskan air dan gula hingga mendidih. Kemudian alihkan dan biarkan sejuk.
Masukkan telur dan susu segar. Gaul sebati.
Tuang bancuhan inti telur ke dalam kulit tat dan bakar di dalam oven dengan suhu 200 ˚C selama 15 hingga 20 minit hingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat seri kaya lemon; Satukan telur dan kuning telur gaul sebati.
Masukkan gula kastor, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam adunan telur. Gaul sebati hingga adunan seakan berkrim.
Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil dan gaul hingga adunan memekat. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati.
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Tuang atau picitkan seri kaya lemon ke atas tat telur.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 12-18 tat saiz besar
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak telur dan masam lemon
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Reneh, bakar
Info chef: Anda boleh membuatnya seminggu lebih awal sebelum hendak dimakan untuk sesuatu acara.
PUFF KRIM KASTARD
BAHAN UNTUK PUFF:
160gm tepung gandum / red rose
3 biji telur saiz C
32 ml Air
100gm Mentega
BAHAN UNTUK KRIM KASTARD:
270 ml Susu segar
50gm gula kastor
50gm air
25gm mentega
40gm tepung kastard
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan mentega hingga mendidih.
Setelah itu tuangkan campuran tersebut ke dalam tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Biarkan suam dan masukkan telur. Gaul hingga menjadi doh yang lembut, licin dan sebati.
Masukkan ke dalam beg piping menggunakan nozzle 1M dan picit ke atas loyang dan dapatkan saiz yang sama.
Bakar dengan suhu 200˚c selama 20-25 minit hingga puff berwarna keperang-perangan.
Keluarkan dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk membuat krim kastard; Satukan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana hingga adunan likat sedikit.
Alihkan daripada api. Dan gaul terus hingga adunan suam. Biarkan sejuk.
Setelah krim sejuk, barulah picit krim kastard ke dalam kulit puff dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 5-7 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak kastard
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar dan reneh
Info chef: Semasa memasak krim kastard pastikan ianya tidak terlalu pekat kerana apabila sejuk ia akan menjadi keras dan tidak boleh dipicit ke dalam puff. Gunakan aiskrim sebagai inti puff juga menghasilkan puff yang enak.
BREAD CRUMB CHEESE LAYER
BAHAN-BAHAN:
250gm – 300gm serbuk roti
200ml susu segar
50ml air gula (kurangkan jika tidak suka terlalu manis)
250gm krim keju
250gm gula aising (kurangkan jika tidak suka terlalu manis)
CARA MEMASAK:
Biarkan krim keju pada suhu bilik. Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Sejukkan di dalam peti sejuk. Ketepikan.
Dalam bekas yang berasingan, satukan dan masak air gula dan susu segar hingga suam.
Pilih bekas yang bersesuaian mengikut saiz yang dikehendaki. Taburkan lebih kurang dua sudu serbuk roti ke dalam bekas. Tuangkan sedikit air susu dan gula yang suam tadi perlahan-lahan hingga cukup untuk menjadikan serbuk roti kembang sedikit. Kemudian picitkan krim keju yang telah disejukkan tadi di atasnya. Tabur semula serbuk roti dan lapiskan lagi dengan krim keju. Ulang langkah jika menggunakan bekas yang tinggi dan hendak mendapatkan lebih banyak lapisan.
Sejukkan di dalam peti ais 1-2 jam dan hidangkan sejuk.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan susu yang serasi
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Reneh
Info chef: : Untuk mendapatkan serbuk roti yang sedap. Guna roti putih segar dan bakar pada suhu 100˚ c hingga betul –betul kering dan keras. Kemudian hancurkan menjadi serbuk. Tambahkan cip coklat untuk sedikit kelainan.
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ini kita nak belajar buat keropok nasi. Keropok nasi ni enak sebagai kudapan anak-anak. Nasi yang tak habis tu bolehlah dibuat keropok. Layan dengan nasi goreng, mi goreng dan sewaktu dengannya pun sedap. Nak kunyah begitu sahaja pun ok, terpulang pada korang. Jom kita belajar buatnya.
KEROPOK NASI Bahan-bahan: 2 cawan nasi-direndam selama 1jam 3 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI Sedikit garam 1 sudu sedap rasa(nak letak boleh tak nak letak pun boleh) 1 ulas bawang putih
Cara membuat: 1.Kisar nasi yang direndam tadi dengan sedikit garam, sedap rasa dan bawang putih, kisar sampai halus. 2.Tuang dalam bekas dan masukkan tepung ubi,sebatikan sampai betul-betul tak melekat di tangan, kalau bancuhan masih lekat tambah je tepung ubi, tak payah takut walaupun tepung tu letak banyak keropok anda pasti menjadi.
3.Bila dah tak melekat bahagikan beberapa doh nak letak warna, terpulang nak warna apa pun, tak nak warna pun boleh sama je rasa. 4.Bulat-bulatkan jadi doh memanjang, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Asal boleh nak dihiris nanti.
5.Bila dah siap buat gentel, panaskan air bila dah menggelegak letak 1 sudu minyak masak, untuk rebuskan doh tadi, bila doh dah terapung bermakna doh tu dah masak.angkat dan toskan. 6.Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais semalaman, kalau buat malam, pagi tu dah boleh keluarkan dan terus dihiris jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
7.Kemudian jemur di bawah matahari yang terik. Sudah kering bolehlah digoreng dan dimakan bersama keluarga. Kredit: Qaseh E’zura Ramli
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.