Jika kamu penggemar spageti carbonara pastikan mencuba 3 resipi baru dari MAGGI® Cukup Rasa ni. Rasanya lemak berkrim, sangat mudah disediakan dan sedap dinikmati ketika dihidang panas, pastikan ianya menjadi pilihan seisi keluarga.

 

SPAGHETI CARBONARA AYAM DAN BROKOLI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket spaghetti | dicelur dan ditoskan
  • 200 gram dada ayam | hiris nipis memanjang
  • 150 gram brokoli | potong kecil & celur
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 5 biji kuning telur
  • ¾ cawan krim masakan
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
  • 80 gram parutan keju parmesan
  • 1 sudu teh cincangan daun parsley

 

CARA MEMASAK:

  1. Tabur satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa pada hirisan ayam dan perap sebentar.
  2. Spaghetti dicelur hingga al-dente (empuk tapi tidak lembik). Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk supaya kekal suam.
  3. Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun.Tumis hirisanayam hingga lembut.  Ketepikan.
  4. Di dalam mangkuk yang besar, pukul kuning telur bersama krim menggunakan ‘hand whisk’. Tambah 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa, parutan keju dan cincangan daun parsley. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
  5. Tuang bancuhan telur ke dalam periuk berisi spaghetti yang sudah dicelur tadi bersama brokoli dan ayam yang telah digoreng.
  6. Gaul semua bahan hingga sebati dan hidangkan segera.

 

TIPS DI DAPUR: Ketika merebus spaghetti, pastikan anda tidak rebus secara berlebihan. Cukup sekadar lembut (al-dente) dan renjiskan dengan minyak zaitun untuk mengelak spaghetti melekat.

 

  • Saiz hidangan: 6-8 orang.
  • Waktu memasak : 20 minit.
  • Cara memasak : Rebus dan tumis.

 

 

SPAGHETI CARBONARA PEPPERONI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket spaghetti | dicelur dan ditoskan
  • 8 -10 keping pepperoni ayam/daging |potong kecil
  • 1 cawan krim masakan
  • ½ cawan parutan keju | mozzarella/cheddar/parmesan
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
  • Campuran herba Itali kering
  • 1 sudu makan minyak zaitun

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan 1.5 liter air bersama 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
  2. Apabila air mendidih, masukkan spaghetti lalu rebus hingga al-dente dan toskan. Simpan air rebusan pasta.
  3. Panaskan satu sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan pepperoni dan goreng hingga keperangan.
  4. Masukkan cincangan bawang dan tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan pasta, 4 sudu makan air rebusan pasta, herba kering dan satu 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Masak 2 minit lagi.
  6. Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan krim masakan bersama telur dan parutan keju. Kacau rata lalu tuangkan ke atas spaghetti . Gaul sebati dan hidangkan segera.

 

TIPS DI DAPUR: Pastikan spaghetti yang telah direbus berada dalam keadaan suam (warm). Ini kerana bancuhan telur yang tidak dimasak nanti akan masak dengan sendirinya ketika dicampur dalam spaghetti rebus yang masih suam. Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.

 

  • Saiz hidangan: 6-8 orang.
  • Waktu memasak : 20 minit.
  • Cara memasak : Rebus dan tumis.

 

 

SPAGHETI CARBONARA UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket spaghetti | dicelur dan ditoskan
  • 10 ekor udang (size sederhana) | bersihkan/buang kulit
  • 300 ml krim masakan
  • 60 gram parutan keju parmesan
  • 50 gram mentega
  • 4 biji kuning telur
  • 1 sudu teh chilli flakes
  • 1 sudu teh Italian herbs kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
  • Daun basil | hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air yang banyak dalam periuk bersama 1 sudu tehMAGGI® Cukup Rasa.  Rebus spaghetti hingga lembut kemudian toskan. Letak spaghetti kembali ke dalam periuk supaya kekal suam.
  2. Di dalam kuali, cairkan mentega lalu goreng udang bersama ½ sudu teh MAGGI® Cukup Rasa hingga udang bertukar warna (jangan terlebih masak). Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk, pukul kuning telur bersama krim masakan hingga sebati.  Masukkan parutan keju parmesan, tambah chilli flakes, lada sulah dan lada hitam, sesuaikan rasanya dan gaul sebati.
  4. Tuang bancuhan telur bersama udang goreng ke dalam periuk berisi spaghetti rebus tadi.
  5. Panaskan sebentar di atas api (10-15 saat) lalu gaul sebati.  Masukkan daun basil dan gaul. Hidangkan segera.

 

TIPS DI DAPUR: Udang handaklah digoreng sebentar sahaja. Jika digoreng berlebihan udang akan menjadi liat dan hilang nutrisinya. Selain udang, boleh juga gantikan dengan makanan laut jenis lain seperti kepah, sotong atau lala. Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.

 

  • Saiz hidangan: 6-8 orang.
  • Waktu memasak : 20 minit.
  • Cara memasak : Rebus dan tumis.

 

 

BOLEH JUGA LIHAT VIDEO YANG DISEDIAKAN:

Sila layari website MAGGI® https://www.maggi.com.my/recipes/all untuk mendapatkan lebih lagi resipi menarik.