Sedapnya sambal tumbuk Sunda ni. Makanan Indonesia memang terkenal dengan kepedasan serta penggunaan cili yang banyak. Sambalnya pula, perghhh..memang memukau selera dan boleh dikatakan sebagai antara sambal yang terbaik yang boleh kita cuba. Cukup rasa, penuh ciri-ciri asli yang memukau deria. Bagi yang pernah merasainya, pasti tahu penangan sambal negara seberang ni macam mana. Nak cuba? Jom lihat resipi aneka sambal perkongsian dari Restoran Cibiuk, Shah Alam.
1. SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :
Ads
20 biji cili padi merah
3 biji cili merah | hiris
4 biji bawang merah hiris
1 ulas bawang putih | hiris
1cm kencur | hiris
4 biji tomato | dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kencur bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas kurangkan cili padi dan lebihkan cili merah.
2. RESIPI SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili padi
4 biji cili merah
4 ulas bawang merah | hiris
1 ulas bawang putih | hiris
1 cm kencur | hiris
4 buah tomato | dadu
1 biji mangga muda | parut
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain buah mangga, anda boleh juga gunakan belimbing buluh.
3. SAMBAL LASANA
Ads
BAHAN-BAHAN:
15 cili padi
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kencur
1 genggam daun kemangi | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sambal Lasana sesuai dihidangkan dengan sebagai pencicah ulam-ulaman dan lauk pauk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Membuat air asam untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa. Jom kita tengok resipi yang ni. Nampak memang sedap sangat.
AIR ASAM SEMPOI
BAHAN A:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
BAHAN B:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
Belacan
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
Kerisik secukupnya
Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…
SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Selalu rasa di kedai sahaja sebab tak tahu buat sendiri. Selain tak tahu nak beli lobak masin di mana, ada juga yang ragu-ragu dengan kesuciannya. Kemudian bila dah dapat yang halal, tak tahu pulak nak masak macam mana. Ni dia resipi yang boleh anda cuba. Sedap hingga menjilat jari tau.
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | digoreng
100gm lobak masin | dipotong halus
20 biji cili padi
5 biji bawang merah | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
20ml air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
Kemudian masukkan lobak masin dan biarkan masak seketika.
Masukkan air asam jawa bersama gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.