Penggemar Steamboat bolehlah cuba buat sendiri tiga jenis Sos Steamboat homemade perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa ini. Sangat berbaloi jika masak sendiri. Puas makan dan tentunya lebih jimat. Resipi-resipi sos ini sangat mudah disediakan dan tentunya menepati cita rasa semua. BONUS! Empunya resipi juga berkongsi resipi perapan Daging Harimau Menangis. Jadi jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
3 ulas bawang putih – tumbuk 2 batang akar daun pakci @ ketumbar -hiris halus 1 sudu kecil garam kasar – tumbuk 25 biji cili padi hijau – tumbuk 4 sudu gula (empunya resipi guna gula kabung) 5 biji limau nipis
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan tumbuk dan tumbuk hingga hancur. 2. Masukkan gula dan jus limau nipis Sebatikan. 3. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar / pakci yang telah dihiris halus. Sebatikan. 4. Sos Hijau Thai sedia untuk dihidang bersama steamboat.
Ads
2. SOS DAGING HARIMAU MENANGIS
BAHAN-BAHAN: Sos ikan (nampla) – beli online disini Air asam jawa – beli online disini Jus limau nipis Gula kabung thai / Thai palm sugar (namtan peep) – beli online disini Serbuk cili thai – beli online disini Bawang merah kecil – hiris Beras sangai (goreng beras tanpa minyak kemudian tumbuk halus) Daun ketumbar (sukatan bahan ikut jumlah yang dibuat dan selera masing-masing)
CARA MEMASAK: 1.Satukan sos ikan, air asam jawa, jus limau, gula kabung thai, serbuk cili thai dan bawang merah ke dalam mangkuk. Sebatikan hingga larut. Sukatan ikut selera dan pastikan seimbang rasa pedas, masam, masin dan manisnya. 2. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar dan beras sangat. Sebatikan. 3. Sedia untuk dihidang.
3. SOS ALA JOHNNY’s
BAHAN-BAHAN: 5 biji cili merah (cili besar) 3 ulas bawang putih 2 1/2 sudu makan minyak bijan – beli online disini 2 1/2 sudu makan sos ikan – beli online disini 2 1/2 sudu makan cuka epal @ cuka biasa – beli online disini 2 sudu makan sos cili thai – beli online disini 1/2 sudu makan pati sunquick – beli online disini 1 sudu teh tepung jagung (larut dalam 1/2 cawan air) – beli online disini Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan bijan – digoreng tapa minyak – beli online disini Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus. 2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos thai dan sunquick ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 3. Masukkan larutan tepung jagung dan masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 5. Sebelum tutup api, tabur bijan dan ketumbar.
4. DAGING HARIMAU MENANGIS
BAHAN PERAPAN DAGING: Daging – hiris nipis Bawang putih – cincang Manisan padi / Gula kabung – beli online disini Nampla (sos ikan) – beli online disini Sos tiram – beli online disini Serbuk lada hitam – beli online disini Minyak Kicap pekat – beli online disini Ajinomoto (jika perlu) Garam (jika perlu) (Sukatan bahan bebas ikut selera. Bergantung pada jumlah daging yang digunakan)
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul semuanya hingga sebati dan bersalut rata. 2. Perap daging semalaman. Tidak perlu letak air supaya daging menjadi lembut dan berjus.
INFO: Untuk kuah steamboat tu, boleh campur sepeket perencah oden dan sepeket perencah tom yam. Memang padu!
Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam Thai homemade ni. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni. Berbaloi untuk dicuba.
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
SERUNDING HALIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
Ikan bilis | dibersihkan
Sedikit garam & perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Tidak kira kerabu mi segera, somtam, kerabu sotong atau apa sahaja kerabu atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan lima tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
.
Bahan mesti segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
.
Bahan yang dimasak, perlu dipanggang atau dicelur tidak terlalu lama.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
.
Bancuh sos secara berasingan.
Semua bahan sos seperti hirisan cili, jus limau, cuka garam, sos cilia tau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
.
Penyedap rasa yang unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk menikmati keenakan rasa sebenar kerabu Thai, ini RASA kongsikan Kerabu Sotong yang ringkas dan sedap, 15 minit siap.
.
KERABU SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Kemudian masukkan sotong. Gaul rata
Masukkan pula hirisan bawang serai, daun bawang dan pudina.
Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...