Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
Ads
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
Ads
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Di kala pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai rakyat yang terputus pendapatan. Golongan bekerja sendiri khususnya yang menjalankan perniagaan antara yang terjejas dan terpaksa mencari usaha lain demi meneruskan kelangsungan hidup.
Menu mudah dan sedap ini mungkin boleh dijadikan idea untuk anda berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian (online). Anda boleh mengambil pesanan melalui aplikasi media sosial. Malah dengan cara ini, jualan mampu bertambah berlipat ganda. Anda masih boleh meneruskan untuk jana pendapatan ini secara sambilan atau terus sebagai sepenuh masa. Terpulang pada masing-masing. RASA kongsikan menu yang boleh anda masak untuk sekeluarga malah boleh jadi sumber rezeki.
Opor Daging Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak ,lemak dan tidak pedas Cara memasak:Reneh Anggaran kos: RM20
Bahan A
1kg daging (dihiris nipis)
20 tangkai cili kering
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
(Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar bersama)
3 sudu makan serbuk rempah kari daging
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
(Serbuk rempah kari daging, jintan manis dan jintan putih dikisar bersama)
4 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan gula perang ataupun gula merah
3 keping asam gelugur
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B(Tumisan)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan serbuk rempah kari daging yang digaul dengan jintan manis dan jintan putih. Kemudian kacau rata.
Masukkan daging dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yang kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
Masukkan gula perang, garam, asam gelugur dan kerisik. Kacau sehingga pecah minyak.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan dengan nasi panas mahupun roti.
Rendang maman ayam Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:30-45 minit Keistimewaan: Rasa rendang yang kaya dengan aroma sayur maman Cara memasak:Reneh Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung
2 kg sayur maman
2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa)
7/8 keping asam keping
2 buku kunyit hidup
Cili api (ikut kepedasan yang disukai)
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2.Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali.
3.Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam ayam tadi.
4.Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau ayam dan air cili itu supaya rata.
5.Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6.Bila santan pekat, baru masukkan daun maman.
7. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang. Info chef: Jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam.
Rendang Tok Istimewa Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:40 minit Keistimewaan: Enak dengan tekstur daging yang lembut Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM 45
Bahan-bahan:
2kg daging (dipotong kiub,pastikan tidak terlalu kecil)
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sudu makan jintan halus( jintan putih) (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
3 sudu makan biji ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
6 sudu makan jintan manis (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
1-2 senduk cili kisar
Kerisik (anggaran dalam 1 biji kelapa)
1 ketul gula Melaka
3 helai daun kunyit (dihiris)
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan (pilihan)
Garam
Serbuk perasa (pilihan)
Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5-7 batang serai (dihiris nipis)
2 inci lengkuas
Cara memasak:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
Kemudian perap dengan daging sekurang-kurangnya selama empat jam. Untuk lebih sedap, perap semalaman. *kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk daging lebih empuk.
Masak dan didihkan perlahan-lahan sehingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
Seterusnya, reneh selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kemudian kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering. *Pastikan rendang dikacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping dan kacau lagi sehingga rata. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.
Info chef:Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.
Rendang Kerang Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak dan pedas Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM30
Bahan bahan:
1 mangkuk / 1kg isi kerang
1/2 – 3/4 biji kelapa parut – santan
1 batang serai – ketuk
2 sudu besar cili kisar kering
1 keping asam keping
1 sudu makan garam kasar
1 sudu makan gula Melaka
1 sudu makan kerisik
1/2 helai daun kunyit – hiris
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
Cara memasak:
Masukkan bahan kisar dan santan ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat.
Masukkan asam keping dan garam. Terus kacau sehingga ia terbit minyak.
Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi.
Setelah kuah naik minyak cantik, tuangkan isi kerang dan kacau rata.
Info chef: Cari kerang yang isinya segar agar puas makan .
Nasi kerabu daging bakar Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:40 minit Keistimewaan: Enak dan pedas Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM20
1 genggam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ dikoyak-koyak
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
SOLOK LADA
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara memasak:
Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat
Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi
Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
Lada dibelah dua dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh
Susun dalam periuk
Tuangkan santan
Rebus hingga masak
Info chef: Solok lada ini boleh juga dikukus
DAGING BAKAR
500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih Bahan Sangai
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
~ bahan ini disangai atau goreng tanpa minyak
Bahan kisar
3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
Daging cuci bersih dan toskan
Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat
Lumurkan pada daging
Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman
Esoknya, bolehlah bakar.
Nasi Dagang Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:40 minit Keistimewaan: Enak dan pedas Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
1 sudu teh halba
4 ulas bawang merah
11/2 inci halia
Lengkuas.
Kunyit hidup.
Cili kering.
1 sudu serbuk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Cara memasak :
Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.
Kemudian kukus beras nasi dagang.
Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.
Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.
Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.
Kukus sampai masak. Siap.
Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.
Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau jangan bagi berketul.
Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi .
Info chef: Gulai ini lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya.
Ingkung Ayam Kampung Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak dengan aroma bau yang menyelerakan Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM20 Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung
Santan dari 1 biji kelapa
5 batang serai
2 biji gula merah
7 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 inci lengkuas
8 ulas bawang putih -ditumbuk
5 biji bawang merah -ditumbuk
6 biji buah keras -ditumbuk
Cara memasak:
Cuci bersih ayam. Lumur ayam dengan bahan ditumbuk dan biarkan 15 minit hingga ia meresap.
Masukkan ayam ke dalam kuali besar, tuang santan, lengkuas, daun limau purut, daun salam,serai. Masak dengan api kecil, masukkan gula merah.
Tutup kuali agar ayam masak dengan sempurna.
Balikkan ayam sesekali agar masak sekata hingga santan menyusut dan habis terserap pada ayam. Matikan api
Info chef: Kuah yang pekat menambah perisa pada ayam.
Laksa Johor Saiz hidangan: 10 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak dan lemak Cara memasak:Tumis dan reneh Anggaran kos: RM25
Bahan-bahan:
1 paket spageti
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yang dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)-BELI ONLINE DI SINI
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu makan kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Cara memasak:
Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Laksa Penang Saiz hidangan: 5 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa ikan Cara memasak:Reneh Anggaran kos: RM15 Bahan-bahan:
2kg ikan selayang @ sardin
15 keping asam keping -BELI ONLINE DI SINI
15 ulas bawang merah
1 senduk cili giling
Cili padi ( ikut kepedasan yang disukai)
2 ibu jari belacan
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan-belah 4
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
Rebus telur. jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.
Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.
Kisarkan isi ikan saja. Kemudian kisar tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing.
Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Tulang ikan yang dikisar, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.
Kemudian bawang merah, cili padi, belacan dikisar bersama.
Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yang ditapis tadi.
Lepas mendidih masukkan garam secukup rasa.
Laksa terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang segera tu kena rebus sampai lembut dulu.
Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas,salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus sekali.
Info chef: Kuah laksa semakin dipanaskan semakin sedap rasanya.
Bunga betik mungkin jarang dijadikan lauk harian kita, tapi bagi orang kampung, ia adalah antara ulam dan sayuran tradisional yang sedap dan kaya khasiat. Rasa pahitnya yang unik menjadikan bunga betik sesuai dimasak dengan pelbagai cara sama ada ditumis ataupun dijadikan kerabu.
Selain kaya serat, bunga betik juga dikatakan membantu melancarkan sistem penghadaman dan menurunkan kadar gula dalam darah. Nak hilangkan rasa pahit pula mudah, cukup dengan celur bersama asam keping atau asam jawa.
Jom cuba dua resipi bunga betik yang dikongsi ini satu versi tumis, satu lagi kerabu.
Resipi Tumis Bunga Betik
Bahan-bahan
Bunga betik (direbus/celur dengan sedikit asam jawa, kemudian tos)
Cili besar
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit ikan bilis (optional)
Garam & perasa secukupnya
Cara Penyediaan
1. Tumbuk cili besar, cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
2. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan bunga betik yang sudah dicelur, kacau rata hingga sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Resipi Kerabu Bunga Betik
Bahan-bahan
Bunga betik & batang muda (ambil bahagian lembut, dicelur sekejap dengan asam keping untuk kurangkan pahit)
Ikan kembung rebus – ambil isinya
Cili merah
Cili api
Belacan (optional)
Garam & gula secukupnya
Kerisik
Hirisan bawang besar
Cara Penyediaan
1. Tumbuk cili merah, cili api, belacan, garam dan gula hingga agak lumat.
2. Gaulkan bunga betik celur bersama isi ikan rebus, bahan tumbuk, kerisik dan hirisan bawang besar.
3. Sesuaikan rasa dan hidangkan.
TIP
Bunga betik jantan lebih lembut dan kurang pahit berbanding betina.
Kalau masih pahit selepas celur, ulang celur dua kali dengan air asam jawa.
Untuk kerabu, tambah sedikit perahan limau nipis supaya lebih wangi dan segar.
Bagi peminat masakan pedas, sambal pastinya salah satu stok wajib ada di dapur masing-masing. Tak perlu lauk yang mewah dan bermacam jenis untuk menikkan selera. Andai ada sambal, cukuplah sekadar menambah telur goreng atau ikan goreng bersama hidangan sayur. Jom cuba resipi Sambal Tumbuk Berapi ni. Memang padu!
SAMBAL TUMBUK BERAPI
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Udang kering
Cili api
Bawang besar
Bawang putih
Asam keping
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.
2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.
3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.
5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.
Rahsia dapur tenang tanpa letupan! Ketahui 6 bahan semula jadi paling berkesan untuk elak minyak meletup ketika goreng ikan. Petua mudah, murah dan selamat yang wajib cuba di dapur anda.