Tiga menu pilihan paling mudah disajikan, cara penyediaannya juga tidak mengambil masa yang terlalu lama, malah sangat senang dengan adanya MAGGI® Cukup Rasa sebagai penambah perisa. Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk hidangan seisi keluarga.

 

IKAN GORENG CILI KERING

 3 Resipi Ikan Goreng Maggi® Cukup Rasa Ni Memang Sedap & Senang Nak Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | bersihkan dan kelar-kelar
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
  • 10 biji cili kering | hiris halus
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang
  • 1 tangkai daun bawang | hiris memanjang
  • 1 labu bawang Holland | mayang halus
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 3 sudu makan air
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa, gaul sebati.
  2. Tabur tepung jagung secukupnya. Goreng ikan di dalam minyak yang banyak hingga garing Angkat dan
  3. Di dalam kuali lainpanaskan sesudu makan minyak, tumis bawang dan cili kering hingga wangi. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan lobak merah, daun bawang serta 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.  Tumis beberapa minit hingga semua bahan sebati.
  5. Tuang campuran lobak merah tadi ke atas ikan goreng dan hidangkan.

 

TIPS DI DAPUR: Cili kering hendaklah digunting nipis dan buang bijinya supaya tidak memberikan rasa yang terlalu pedas.

 

IKLAN

 

IKAN GORENG RAMPAI

3 Resipi Ikan Goreng Maggi® Cukup Rasa Ni Memang Sedap & Senang Nak Buat.  

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan selar/kembung
  • 1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 1 biji cili hijau | hiris nipis
  • 5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Lumur serbuk kunyit dan tabur setengah sudu teh MAGGI® Cukup Rasake atas ikan.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
  3. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan hiris bersama daun kari, jintan manis dan jintan putih hingga wangi.
  4. Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasadan gaul sebati.
  5. Tuang bahan-bahan goreng tadi ke atas ikan goreng. Perahkan sedikit lemon jika suka dan hidangkan .

 

IKLAN

TIPS DI DAPUR: Untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup, pastikan ikan dikelar-kelar dan air basuhan disejatkan sepenuhnya. Jika ikan mengandungi air berlebihan, ini melambatkan proses menggoreng dan tekstur ikan akan menjadi lembap dan tidak garing.

 

 

IKAN GORENG TAUCU KICAP

 3 Resipi Ikan Goreng Maggi® Cukup Rasa Ni Memang Sedap & Senang Nak Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ketul ikan kerapu/senangin
  • 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
  • ½ cawan taucu | toskan airnya
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 biji timun | buang empulur & potong memanjang
  • 6 biji cili padi | ketuk
  • 1 biji cili merah | potong serong
  • 1 labu bawang besar | potong bulat
  • 2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan dengan satu sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi.
  4. Masukkan ikan goreng, taucu, kicap pekat manis, timun, cili padi dan cili merah.  Biarkan masak masak beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tambah sedikit air jika perlu
  5. Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Gaul sebati dan hidangkan.

 

TIPS DI DAPUR: Seboleh-bolehnya taucu hendaklah dicuci dan buang airnya. Ini untuk mengelakkan rasa masin berlebihan pada masakan. Tak perlu tambah garam lagi sebab taucu dan kicap dah sedia masin.

 

 

BOLEH JUGA LIHAT VIDEO YANG DISEDIAKAN:

Sila layari website MAGGI® https://www.maggi.com.my/recipes/all untuk mendapatkan lebih lagi resipi menarik.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI