Kelama kabut balik kerja tak tau nak masak apa, apa kata korang cuba masak sup yang simple. Selain boleh dimakan dihidangkan dengan nasi boleh juga dihidangkan dengan bihun atau mi. Tambah dengan sambal kicap, perghhh memang terbaik. Dah tak perlu lauk lain lagi dah. Sesuai ni untuk makan tengahari.

3 Menu Sup Sihat Yang Murah & Senang Masak.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 3cm halia
  • 2 sudu rempah sup
  • 1 paket stok ayam
  • 1 tangkai daun sup | racik
  • 1 batang daun leek | potong kasar
  • ½ biji lobak merah | potong kasar
  • 5 biji tomato ceri
  • 10 biji bebola ikan
  • 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
2. Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
3. Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Sedia dihidangkan.

IKLAN

3 Menu Sup Sihat Yang Murah & Senang Masak.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 2.5cm halia | hiris
  • 3 biji kentang | potong empat
  • 1 batang lobak merah | potong
  • 500gm suhun
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan | racik

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
  3. Setelah kentang empuk, kecilkan api.
  4. Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
  5. Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
  6. Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
  7. Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

3 Menu Sup Sihat Yang Murah & Senang Masak.
.

IKLAN

SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
  • 1biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1 batang serai | titik
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 1/2 sudu teh jus limau nipis
  • Sedikit hirisan daun sup dan bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1..Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
3. Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
4. Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
5. Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
6. Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI