Selain enak, aroma turut memainkan peranan menjadi pelengkap rasa setiap masakan tradisi. Dari rendang, kari, gulai, tumisan hingga gorengan rempah ratus tetap diperlukan biarpun hanya secubit bagi melengkapi rasa dan keenakan masakan yang dimasak. Untuk anda semua cuba, berikut RASA kongsikan 3 menu lauk menggunakan rempah ratus.

3 Menu Lauk Pauk Berempah Ni Sesuai Untuk Hidangan Kenduri.
AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana & bersihkan
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 sudu teh lada hitam

BAHAN HIRISAN:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cm halia

BAHAN PENUMIS:

IKLAN
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan | siat dan simpul
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga kekuningan.
  2. Seterunya masukkan penumis, kacau hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, pes cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan serbuk kari.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air.
  5. Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
  7. Bila ayam kecut masukkan kicap pekat, kicap pekat dan sedikit air.
  8. Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  10. Setelah ayam empuk, cukup rasa dan timbul minyak, tutup api.
  11. Ayam Kicap Berempah sedia dihidangkan.

3 Menu Lauk Pauk Berempah Ni Sesuai Untuk Hidangan Kenduri.
KERUTUK TELUR
BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji telur | rebus dan buang kulit
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan rempah kerutuk
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan gula melaka | hiris nipis
  • 1 sudu makan serbuk stok ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

IKLAN
    1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan daun pandan hingga wangi.
    2. Masukkan rempah penumis, kacau seketika hingga wangi.
    3. Seterusnya masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
    4. Setelah tumisan pecah minyak masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.
    5. Setelah tumisan garing masukkan air asam jawa dan santan.
    6. Kacau rata dan tambahkan perasa ayam, garam dan gula melaka secukupnya.
    7. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan telur.
    8. Terus kacau hingga kuah timbul atas api sederhana.
    9. Setelah cukup rasa tutup api dan kerutuk sedia dihidangkan.

3 Menu Lauk Pauk Berempah Ni Sesuai Untuk Hidangan Kenduri.
SERUNDING IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tongkol | bersihkan, potong dua dan rebus
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup

BAHAN REMPAH RATUS DISANGAI & KISAR KASAR:

  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Asingkan isi ikan tongkol dari tulang, kemudian carik-carikkannya,

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing.
3. Tambahkan di dalamnya bahan rempah ratus yang dikisar tadi, kacau rata.
4. Masukkan santan, asam gelugor dan ikan yang dicarik-cair atau dikisar tadi.
5. Terus kacau hingga garing menggunakan api sederhana atau kecil.
6, Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah garing tutup api, serunding ikan sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI