Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama dalam peti sejuk. Ini Rasa kongsikan tiga menu berasaskan daging kambing yang sedap dan boleh anda cuba sendiri.
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
½ kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
5 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan madu
1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
4 sudu makan minyak sapi | untuk menumis
Setengah cawan tairu | susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis
Sedikit daun pudina
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
BAHAN KISAR UNTUK PERAPAN
Ads
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai | dihiris nipis
½ inci lengkuas
1inci halia
BAHAN DIGORENG
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan bahan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
Masukkan susu cair, tomato puri, madu dan tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup.
Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
KUZI KAMBING
Ads
BAHAN- BAHAN:
½ kg daging kambing
2 sudu makan rempah kuzi
3 biji bawang besar | dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu makan tomato puri
1 sudu makan tomato sos
½ tin susu cair
1 sudu makan susu pekat manis
2 inci gula Melaka | potong kiub
1/2 cawan kismis | digoreng
1/2 cawan badam/gajus | digoreng
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi. Ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan pes rempah yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri. Kemudian masukkan daging kambing.
Masukkan bawang goreng, susu cair, susu pekat manis, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masak sampai daging empuk. Tambahkan sos tomato. Apabila semua sudah sebati, masukkan kismis dan badam.
Boleh dihidangkan.
Ads
DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
Sedikit garam dan kunyit
SAMBAL KICAP:
20 tangkai cili padi
50gm gula pasir
50ml kicap manis
5gm belacan
10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
Banyak lagi stok daging korban dalam peti sejuk, bolehlah buat menu enak ni. Daging Malbari ni bukan hanya sesuai makan dengan nasi, boleh saja makan dengan ketupat dan juga nasi impit. Rempah ratus yang ada dalam masakan ini sungguh mengundang rasa.
Daging Malbari
(Untuk 1 kilo daging )
Bahan kisar:
1 batang kecil kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
Segenggam cabai kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci halia
( semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan. Kemudian kisar semua bahan ini.)
Bahan-bahan :-
1 kilo daging – potong kecil
1/2 botol kicap manis kipas udang
3 bungkus kerisik
Gula merah ( masak dengan sedikit air tapis)
Cara memasak:
1.Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi – api perlahan, kisar semua bahan ini. 2.Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2jam 3.Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air. 4.Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging. 5.Bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula. 6.Masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.
Kredit : Saba Natasha
ANDA MENCARI PEMANGGANG ELEKTRIK. BOLEH KLIK DI SINI.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!