
Hari ni bercadang nak masak lauk ayam? Ini ada tiga menu ayam masak ala kampung yang sedap RASA kongsikan untuk anda semua cuba. Apa yang penting menu ini ringkas je cara memasaknya, gerenti anak-anak suka.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
- 350gm isi dada ayam | potong dadu
- 200gm santan pekat
- 2 cawan air
- 1 tin cendawan butang
- 6 biji cili padi hijau
- 6 biji cili padi merah
- 1batang serai | titik
- 1 tin cendawan butang. | belah dua
- 6 cili api hijau | hiris
- 6 cili api merah | hiris
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
- 1batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
- Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, hirisan cili padi dan serai.
- Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong besar
- 2 keping asam gelugor
- 4-5 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 batang serai | titik
- 1 inci lengkuas | titik
- 4-5 biji tomato ceri jika suka
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
- Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
- 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
- Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
- Renehkan atas atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
- Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Pelbagai Manisan Homemade Sedap Boleh Buat Untuk Berbuka

Menikmati manisan di akhir hidangan seolah-olah satu pelengkap yang memuaskan. Sebab itu, kebiasaannya hidangan manisan seperti aneka bubur dan pengat manis sering menjadi pilihan ramai pada akhir hidangan termasuklah ketika berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Apa kata anda cuba aneka manisan seperti bubur dan pengat yang mudah disediakan ini. Buat sendiri lebih jimat dan dijamin bersih.
KOLEKSI RESIPI MANISAN HOMEMADE PALING MUDAH BUAT UNTUK BERBUKA
1. BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN BEBOLA PULUT:
• 100gm tepung pulut
• 50gm kelapa parut
• 30gm gula merah/melaka
• Sedikit air
• Garam secukup rasa
• 1 sudu makan minyak masak
• 1 sudu teh tepung jagung
BAHAN UNTUK DOH:
• 1 helai daun pandan
• 100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
• 1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
• 250gm santan pekat
• 100gm gula pasir
• 50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
• 650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
2. Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
3. Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
4. Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
5. Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
6. Manisan ini siap untuk dihidangkan.
2. BUBUR LABU DAN CHA-CHA
BAHAN-BAHAN:
• 100gm cha-cha
• 100gm labu yang telah dipotong
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 50gm gula merah/melaka
• 250gm santan
• 600am air
• 1 helai daun pandan
• 2 sudu makan sagu mata ikan | basuh dan toskan air
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus cha-cha sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk.
2. Setelah empuk masukkan sagu, gula, gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
3. BUBUR CANDIL
BAHAN-BAHAN:
UNTUK DOH:
• 100gm tepung ubi kayu |untuk doh
• 1 cawan air |untuk doh
• 1-2 titis pewarna merah
• 1-2 titis pewarna hijau
• 1-2 titis pewarna ungu
• 1 sudu teh air kapur
• 1 1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
• 250gm santan pekat
• 100gm gula pasir
• 50gm gula merah/melaka
• 1 sudu makan tepung ubi |untuk kuah
• 1 helai daun pandan |simpul
• Sedikit garam
• 600ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Ketepikan.
2. Untuk membentuk doh; gaulkan tepung ubi bersama 1/2 teh garam, air kapur dan sedikit air sehingga membentuk doh.
3. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna uli sehingga warna sekata, bentukkan bulat-bulat.
4. Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga doh timbul di permukaan. Tutupkan api. Ketepikan.
5. Untuk membuat kuah; Gaulkan gula merah/melaka, tepung ubi bersama 1 cawan air sehingga sekata, kemudian masukkan ke dalam periuk candil tadi. Masaklah sehingga kuah agak pekat.
6. Untuk menghidang, curahkan santan pekat yang telah digaulkan bersama garam.
4. ASAM GUMPAL
BAHAN INTI ASAM GUMPAL:
• 100gm kacang hijau
• 1 keping gula melaka
• 1 liter air
BAHAN SAGU MATA IKAN:
• 100gm biji sagu
• 2 1/2 cawan air suam
BAHAN UNTUK KUAH:
• 250gm santan pekat
• 2 cm halia yang dihiris halus
• 1/2 sudu teh halba
• 1/2 sudu teh garam
• 1 biji bawang merah yang dihiris
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
3. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
4. Angkat dan manisan ini sedia untuk dihidangkan.
5. BUBUR NANGKA BERSAGU DAN KELADI
BAHAN-BAHAN:
• 200gm keledek |potong dadu
• 200gm keladi |potong dadu
• 4-5 biji isi nangka |carik kasar
• 50gm sagu mata ikan |basuh dan ditoskan airnya
• 250gm gula pasir atau secukup rasa
• 250gm santan
• 600gm air
• 1 helai daun pandan
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus keladi hingga empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
2. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, masukkan isi nangka dan kacau perlahan. Biar mereneh seketika dan tutup api.
3. Angkat dan manisan sedia untuk dihidangkan.
6. BUBUR BARLI DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
• 100gm barli
• 200gm keledek yang dipotong dadu
• 250gm gula pasir atau secukup rasa
• 250gm santan
• 600gm air
• 1 helai daun pandan
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
2. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
7. BUBUR ANEKA UBI
BAHAN-BAHAN:
• 50gm keledek berwarna oren yang dipotong dadu
• 50gm ubi keledek kuning yang dipotong dadu
• 50gm ubi kayu yang dipotong dadu
• 50gm ubi keladi yang dipotong dadu
• 250gm gula pasir atau secukup rasa
• 250gm santan
• 650gm air
• 1 helai daun pandan | simpul
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek, ubi kayu dan keladi hingga kembang dan empuk.
2. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar, kemudian masukkan santan pekat.
3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
8. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
• 100gm tepung pulut
• 1-2 titis pewarna merah
• 1-2 titis pewarna hijau
• 1-2 titis pewarna kuning
• 250gm gula pasir atau secukup rasa
• 250gm santan
• 400gm air | kuah santan
• 600gm air | untuk rebus butir nangka
• 1 helai daun pandan |simpul
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
2. Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
3. Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
4. Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
5. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan manisan ini sedia untuk dihidang.
9. PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT
BAHAN-BAHAN:
• 2 biji pisang nangka | bentuk bunga
• 1 keping mi siput
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 50gm gula merah/melaka
• 250gm santan
• 650gm air
• 1 helai daun pandan
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
2. Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
10. PENGAT KELADI, PISANG & KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
• 2 biji pisang nangka | dibentuk bunga
• 100gm keladi |potong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm
• 100gm keledek |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 50gm gula merah/melaka
• 250gm santan
• 650gm air
• 1 helai daun pandan |simpul
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus keladi dan keledek sehingga empuk, kemudian masukkan pisang.
2. Masaklah sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.
3. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
11. BUBUR ANAK LEBAH
BAHAN-BAHAN:
• 100gm tepung gandum
• 100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya
• 1-2 titis pewarna hijau
• 1-2 titis pewarna merah
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 250gm santan
• 600gm air
• 1 helai daun pandan | simpul
• 1 sudu sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
2. Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.
3. Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
4. Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
5. Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
6. Manisan ini sedia untuk dihidangkan.
12. BUBUR BUAH DELIMA
BAHAN-BAHAN:
• 100gm biji buah delima
• 250gm santan pekat
• 450gm air
• 100gm gula atau secukup rasa
• 1 1/2 sudu teh tepung jagung
• 1/2 sudu teh garam
• 1 helai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
2. Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.
3. Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik.
13. BUBUR SOM-SOM
BAHAN-BAHAN:
• 100gm tepung beras
• 1/2 sudu teh garam
• 1 cawan santan pekat
• 1 1/2 cawan air
• 50gm gula merah/melaka
• 50gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan.
2. Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul.
3. Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.
14. PENGAT KELEDEK UNGU
BAHAN-BAHAN:
• 400gm keledek ungu |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 50gm gula merah/melaka
• 250gm santan
• 600gm air
• 1 helai daun pandan | simpul
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek sehingga empuk, kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan.
2. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
15. BUBUR JAGUNG DAN KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
• 1 tongkol jagung manis | dihiris
• 100gm kacangf merah @ kidney beans |rebus hingga empuk
• 100gm gula pasir atau secukup rasa
• 250gm santan
• 400gm air
• 1 helai daun pandan | simpul
• 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung, kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus sebentar.
2. Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
3. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan manisan ini sedia untuk dihidangkan.
Join Telegram channel RASA https://t.me/majalahrasa & grup GENG RASA SHARE RESEPI https://t.me/rasashareresipi untuk dapatkan serta berkongsi pelbagai menu menarik setiap hari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Kembung Percik Masak Cara Kampung Yang Terlajak Sedap
Cara-Cara Buat Nekbat Secara Homemade. Mudah & Memang Menjadi
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan
Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Hitam. Memang Sedap & Wajib Cuba.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Air Asam Picit Dengan Ikan Bakar, Simple Tapi Cukup Buka Selera

Isi Kandungan
ToggleResipi air asam picit dengan ikan bakar. Dengar pun dah boleh buat terliur. Kadangkala lauk simple macam nil ah yang boleh buat kita makan bertambah-tambah.
Makan pula dengan nasi panas-panas dan sedikit ulam. Fuh!! Teringin nak cuba kan? Okay, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Mommy Yoi ini ye. Jangan salahkan orang lain kalau makan banyak nanti.
Resipi Air Asam Picit Dengan Ikan Bakar
Bahan Ikan Bakar:
3-4 ekor ikan – bersihkan
Garam kasar – boleh beli online di sini
Bahan-Bahan Air Asam Picit:
1 ketul asam jawa ( seketul bulat sebesar limau nipis) – boleh beli online di sini
Belacan ( anggaran sebesar 2 ibu jari) – boleh beli online di sini
9-10 biji cili padi (nak lagi pedah tambah kuantiti) – boleh beli online di sini
½ sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Gula secukup rasa – boleh beli online di sini
Air
Cara Memasak:
Untuk bakar ikan, lumur ikan dengan garam kasar sahaja dan bakar. Bila ikan ikan masak, angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan air asam, masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk. Tambah air dalam 1/4 cawan. Ramas – ramas asam jawa dan belacan sampai sebati.
Patah-patahkan cili padi sambil tenyeh-tempeh kat Mangkuk. Kalau tak pandai buat macam tu, cara lain, potong kasar cili padi dan tumbuk dalam lesung batu. Jangan lumat. Kemudian masukkan ke dalam air asam dan belacan.
Perasakan garam dan gula. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambah air lagi. Agak-agak lah ye. Cubalah insya-Allah sedap.
Ketika nak makan, asingkan isi ikan dan bubuh ke dalam air asam. Makan dengan nasi putih panas-panas. Peh!! Konfim makan bertambah.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Taucu Ikan Bilis, Penambah Selera Makan Dengan Nasi Begitu Sahaja
Sambal Bilis Garing Telur Masin Cik Ma, Seimbang Rasa Manis, Masin Dan Pedasnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Meringue Ringankan Pastri dan Kek. Apa Benda Tu..

Jika anda selak resipi bakeri dan pastri, meringue ni kerap ada kan. Kalau nak tahu meringue adalah putih telur yng dipukul bersama gula hingga kental, hingga bila dicuit dengan jari jadi bertanduk atau ‘soft peak’.

Meringue selain dijadikan snek atau manisan yang boleh dimakan begitu sahaja , ia juga digunakan dalam penyediaan kek span, mousse, kastard , pelbagai jenis krim. Juga dijadikan hiasan atas biskut,muffin dan pai.

Ia juga adalah pencuci mulut yang sering dikaitkan dengan masakan Perancis, Switzerland, dan Itali. Secara tradisinya memanglah dibuat dari putih telur yang dipukul dan gula, dan kadang-kadang dimasukkan sedikit bahan berasid seperti lemon, cuka atau krim tartar.
Agen yang mengikat seperti garam, tepung jagung atau gelatin mungkin juga ditambah kepada telur. Tambahan serbuk gula, yang biasanya mengandungi tepung jagung, ke dalam meringue pula menghasilkan pavlova.

Meringue sering diperasakan dengan rasa vanila, sedikit badam, atau kelapa. Untuk nampak menarik pewarna diletakkan. Ia merupakan manisan yang ringan. Meringue buatan sendiri sering kenyal dan lembut dengan luar yang rangup dan dibakar pada suhu rendah 82-93 darjah celcius
Ok jom min share resipi pavlova yand dikongsi dari Kinrara Resort ini :
PAVLOVA
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm telur putih
- 500 gm gula
- Secubit garam
- 50 gm gula halus
- 75 gm tepung jagung
- 2 sudu makan air lemon
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan garam,gula halus, tepung jagung dan air lemon sehingga sebati.
3. Bakar pada suhu 100 darjah celcius selama 60 minit.
INFO CHEF : Jangan pukul putih telur terlalu lama, cukup sekadar kembang. Jika tidak putih telur akan kehilangan ‘volume’nya bila disatukan dengan bahan lain.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 1 jam
Cara : Bakar
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Pencuci mulut daripada ‘meringue’