Walaupun pada hari ini macam-macam kek moden dihasilkan, tapi kek orang dulu-dulu tetap jadi perhatian.
KEK PANDAN
.
BAHAN KISAR
• 4 biji telur
• 1/2 cawan gula
• 1/2 cawan susu pekat
• 1 sudu kecil ovalette
• Secubit garam
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2-3 titik esen pandan
• 1 sudu kecil pewarna hijau
Ads
BAHAN LAIN
• 2 cawan tepung naik sendiri
• 1/2 cawan serbuk santan
• 1/2 cawan minyak jagung
CARA MEMBUAT
1. Kisarkan Bahan Kisar sehingga kembang dan tuang dalam bekas.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan santan serbuk. Kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Kacau sekejap.
4. Bakar pada suhu 160°C api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder
5 biji telur ayam grade A
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu besar ovalette
3/4 cawan susu pekat atau krimer manis
1 sudu besar esen vanila
1 cawan minyak jagung
Pewarna (oil base untuk warna yang cantik)
CARA MEMBUAT
1. Lenser loyang berukuran 8 inci dengan marjerin atau mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur ayam bersama gula kastor dan garam. Pukul sehingga betul-betul kembang dan gebu. Pukul selama lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi (kalau tak kembang kek tak akan naik dan gebu).
4. Masukkan ovalette, susu pekat dan esen vanila. Mix lagi dalam 10 minit.
5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
6. Masukkan tepung dengan teknik kaup balikkan sahaja.
7. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan ikut warna yangg digemari. Setiap satu bahagian beratnya 200 gram.
8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2 1/2 sudu besar sahaja.
7. Kalau nak buat motif batik di atas permukaan kek, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
10. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 1 jam dengan api atas dan bawah.
BAHAN DIKISAR
• 4 biji telur.
• 1 cawan gula
• 4 sudu besar susu pekat manis
• 4 sudu besar serbuk koko
• 4 sudu besar sunquick
• 1 sudu besar ovelet
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil coklat emulco
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua BAHAN DIKISAR. Kemudian putar guna mixer sampai gebu. Masukkan air suam dan minyak masak. Putar lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung gandum. Putar sebati. Kemudian tuang parutan coklat masakan tadi di dalam bancuhan tepung. Hanya perlu kaup-kaup sahaja dengan sudip.
3. Tuang dalam acuan. Acuan perlu sapu minyak masak.
4. Tabur coklat chips.
5. Kek ini boleh dibakar atau dikukus.
6. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. Tepulang pada oven masing-masing.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.
Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah sangat. Bau bawang putih dan daun kari yang ditumis menggunakan mentega memang cukup menggoda selera.
Menu ini sesuai untuk santapan tengah hari, makan malam atau bila ada tetamu datang. Cara membuatnya simple, tapi hasilnya sedap sangat!
Resipi Udang Butter Garlic
Bahan- bahan
Udang secukupnya -dibersihkan, dibuang kepala
Tepung serbaguna Bestari secukupnya
Mentega
Cili padi -dipotong
Bawang putih -dicincang
Daun kari
Cara Penyediaan
1. Gaul udang dengan tepung serba guna kemudian goreng seketika. Goreng udang hingga keperangan dan toskan.
2. Cairkan mentega kemudian tumis cili padi, bawang putih serta daun kari. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata. Siap.
Tip Ekstra
Kalau nak lebih rasa ‘lemak’, guna butter asli, bukan marjerin.
Boleh tambah sedikit susu pekat atau susu cair jika mahu versi berkuah creamy.
Kalau suka pedas, lebihkan cili padi. Jika mahu kurang pedas, guna cili merah besar saja
Resipi ini sesuai hidang dengan nasi putih, nasi goreng atau ratah begitu saja.
Ayam percik memang disukai oleh ramai orang yang gemarkan sesuatu menu berasaskan ayam. Rasanya lemak-lemak kerana menggunakan santan. Kalau suka pedas, boleh letak banyak cili padi. Sedap dimakan dengan ketupat ataupun nasi impit.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 helai daun pandan (simpul)
1 helai daun kunyit (racik halus)
10 batang serai (diketuk)
1 ekor ayam (dibelah dua)
1 liter santan (diperah daripada 1 biji kelapa parut yang dicampur dengan 1 liter air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN PES REMPAH
3 biji cili merah (buang biji)
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan pes rempah. Kisar halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis pes rempah. Masukkan daun pandan, daun kunyit dan serai. Tumis lagi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan mendidih sehingga santan pekat.
5. Keluarkan ayam. Susun atas dulang. Bakar dalam oven.
6. Keluarkan sekejap, letakkan sos pes rempah ke atas ayam dan bakar lagi.
7. Alih ayam ke dalam pinggan dan sedia dihidang.
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!