Di rumah kalau ada banyak lagi telur, mulalah tangan ni nak menggoreng.Buka freeze ada pulak sosej, daging, keju dan sayur. Wah, bila dimasuk dalam bancuhan telur, punyalah sedap rasanya..
Omelette atau telur dadar disebut orang kita, makin sedap bila dicampur pelbagai perencah tambahan menjadikan ia makanan paling berkhasiat, namun kosnya murah aje.
Ni min kongsikan tiga resipi Omelet yang pasti anda puas hati. Cubalah ya.
OMELET SOSEJ DAGING SALAI
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
½ bahagian mi *mi telur kerinting
3 biji telur
2 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan susu cair
1 keping smoke beef @ daging salai | dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 ½ batang sosej | sekitara 1.5sm
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Serbuk perasa stok kcendawan secukup rasa
CARA MEMASAK :
Rebus mi (jangan terlalu lembik), potong pendek dan ketepikan.
Larutkan tepung gandum dengan susu cair, dan kacau sampai tidak berketul.
Nyaman tekak jika dapat nikmati yang dapat sejukkan tekak seperti dadih. Rasanya lemak berkrim , laju jer menyuap. Mudah jer pun buat dadih kesukaan ramai. Hari ni jom kita buat dadih mangga, boleh makan lepas dinner nanti . Sambil tengok televisyen tak sedar habis satu bekas.
Bahan-bahan : 1 pek serbuk dadih perasa mangga 1 tin susu cair – BELI ONLINE DI SINI Gula pasir secukup rasa Air Kosong – Jika ikut sukatan di pek 3000ml. Saya hanya gunakan 2700ml. Tak nak terlalu cair sebab akan letak topping.
Cara membuat : 1.Didihkan air. 2. Masukkan serbuk dadih. 3. Masukkan susu cair. 4. Masukkan gula. 5. Biarkan mendidih seketika.
6. Tuang ke dalam bekas. 7. Biarkan sehingga sejuk & beku.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Topping : 1. Potong buah mangga (potong dadu). 2. Taburkan atas permukaan dadih. 3. Siramkan sedikit susu cair / susu UHT. Kredit : Syafi Syaffiya
Kerabu suhun memang sangat mudah cara penyediaannya, tak perlu pun masak berjam-jam hanya perbanyakkan menggaul bahan sehingga sebati segala bahannya dan dah siap! Sesuai sangat resipi kerabu suhun ni untuk orang yang sukakan menu ringkas tapi sedap. Resipi Kerabu Suhun yang dikongsikan oleh Cik Ning Haniey di Facebook ada menggunakan kerang dan sotong dalam penyediaan Kerabu Suhun ni memang sangat istimewa rasanya. Jom kita cuba resipi Kerabu Suhun ni.
RESIPI KERABU SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Kobis jepun
Lobak merah
Jus limau nipis
Bawang merah
Cili padi merah/hijau
Kerang
Sotong
Suhun
Gula
Garam
Perisa
Cuka
Kicap
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan bekas yang sesuai untuk menggaul kesemua bahan.
Masukkan garam, gula, cuka, dan kicap mengikut selera masing-masing.
Masukkan bahan lain seperti lobak merah, cili, bawang, sedikit jus perahan limau nipis, sotong (direbus), dan kerang (direbus) boleh cuba rasa dahulu dan tambah apa yang patut jika kurang rasa.
Masukkan suhun yang telah dicelur gaul sehingga sebati dan serasi.
Bagi peminat sayuran atau salad pasti akan suka dengan salad tembikai. Rasanya rangup-rangup. Kalau dimakan, boleh menyihatkan badan. Sebab penuh dengan sayur dan buah. Cubalah.
SALAD TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
4 potong tembikai
1 pek salad campur
1/2 cawan keju feta
10 helai daun pudina (dihiris)
Sedikit taugeh
BAHAN SOS
3 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar jus limau
3 sudu besar madu
Garam
CARA MEMBUAT
1. Hiris tembikai ikut bentuk yang disukai. Masukkan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan salad campur, keju feta, daun pudina dan taugeh.
3. Bahan sos disatukan dalam mangkuk lain dan gaul sebati. Kemudian tuangkan ke atas salad dan gaul.
4. Siap untuk dihidangkan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...