Bila sebut sahaja Kelantan, pasti terbayang aneka juadah-juadah enak yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bagi anda yang bakal pulang ke Kelantan halaman untuk mengundi, sambil-sambil balik kampung tu boleh pakat terjah kedai-kedai makan sedap yang ada di sekitar Kota Bharu.
SENARAI KEDAI MAKAN TOP DI KELANTAN
1. KAK MA NASI KERABU – JLN ABDUL KADIR ADABI, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: KAK MA NASI KERABU
2. RESTORAN ANIS IKAN BAKAR – WAKAF CHE YEH, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: RESTORAN ANIS IKAN BAKAR
3. NASI KERABU AZMA – PASIR PEKAN, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: NASI KERABU AZMA
4. MILO TUNGGENG POK LOH – JLN DUSUN 2, KOTA BHARU (BELAKANG HOTEL PERDANA).
KREDIT FOTO: MINGGUAN WANITA
5. WARUNG SUP IKAN POK MAT ( TEA BENG MADU) – MEDAN IKAN BAKAR KEDAI BULOH, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: POK MAT TEH MADU
6. KAK ZAH POKOK KELAT MAGGI TELUR SOTONG SPECIAL – PANTAI SENOK, BACHOK.
Ads
KREDIT FOTO: KAK ZAH POKOK KELAT
7. KOPITIAM KITA – TMN DESA JAYA, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: KOPITIAM KITA
8. KAK NAH MEE CELUP – KG CHAT MERANTI, PASIR MAS.
KREDIT FOTO: KAK NAH MEE CELUP
9. NASI AYAM KAMPUNG TELIPOT – BELAKANG BILLION, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: SHAH AHMAD
10. WARUNG BADIK2 (MANGO SPECIAL) – BATU 2, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU.
KREDIT FOTO: WARUNG BADIK2
11. NASI KERABU PANJI – BERHADAPAN CALTEX, KG PULAU KAPAS, KOTA BHARU.
Peminat makanan laut mesti suka kalau makan shell out di Uncle Crab. Restoran ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Apa yang menarik adalah shell out di sini menggunakan rempah ratus istimewa.
Jika anda ingin menikmati hidangan shell out, boleh cuba di sini. Uncle Spice Sauce pasti membuatkan anda teringat-ingat akan betapa sedapnya rasa shell out di sini. Terdapat tiga set berbeza shell out yang dinamakan Uncle’s Pack. Ada Slim Uncle, Big Uncle dan Fat Uncle. Penggemar makanan laut seperti ketam, udang galah, lala dan sotong pasti akan menyukai shell out dengan sos istimewa.
Inilah kelainan yang cuba dibawakan oleh Uncle Crab. Shell out dinikmati dengan sos istimewa. Hasilnya shell out lebih sedap dan rasanya cukup lengkap dengan adanya rasa masam, masin, manis dan pedas.
Tak terucap dengan kata-kata bila makan pisang goreng dengan aiskrim. Aduhai, sedap betul. Pulut mangga pun sedap. Di sini, kalau mangga masam, takkan dihidang pada pelanggan. Mereka cuba rasa dulu. Kalau manis, barulah mangga tu dihidangkan. Jadi korang jangan risau, memang manis mangganya.
Pulut mangga ni memang sedap.
Restoran ini boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa. Waktu operasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Pada hujung minggu pula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bertepatan dengan namanya Singgang Warisan, restoran ini cukup popular dengan sajian asli Terengganu. Selain lauk singgang yang menjadi ‘signature dish’ dan dijamin sedap, terdapat lebih 70 lauk pauk sajian Melayu asli di sini.
Berita baik buat penggemar hidangan Pantai Timur, lebih 60 peratus daripada menu sajian tradisinya adalah berasal dari Terengganu. Paling menarik pemiliknya bukan berbangsa Melayu tetapi pemuda berbangsa Arab Yaman , Mohammed Tareq Hamood yang kini telah pun menetap dan berkeluarga di Selangor.
Sejak bertemu jodoh dengan isterinya Aizatul Nadia Abd Aziz wanita kelahiran Terengganu, Tareq mula berjinak dan jatuh hati dengan makanan Terengganu.
“Ilham idea masakan adalah dari ibu mertua saya. Bagi saya masakan Terengganu memang hebat dan seharusnya warga kota diberi peluang untuk menikmati makanan ini di ibu kota,” cerita pencinta budaya dan juadah Melayu ini
Hiasan dalaman restoran ini cukup klasik dengan kraftangan wau bulan, kebaya songket dan potret bintang lagenda Allahyarham P. Ramle.
Ceritanya nama Singgang adalah sinonim dengan menu Terengganu manakala Warisan pula dipilih untuk menonjolkan warisan Melayu dalam hiasan dan makanan . Dari sini tercetusnya idea nama restoran ini.
Lagu arwah Saloma, P. Ramle dan S.M Salim dan filem Melayu klasik hitam putih menjadi halwa telinga apabila menikmati juadah di sini.
Jika di sebelah pagi anda boleh bersarapan nasi dagang, nasi minyak, pulut nyor, laksa Penang dan laksam. Di sebelah tengahari senarai lauk pauknya makin panjang. Uniknya sajian tengahari dihidang ala bufet dengan menggunakan periuk tanah bagi memastikan lauk sentiasa hangat dan sedap dimakan.
Restoran Singgang Warisan :
Alamat: 23, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor.
Waktu operasi : Selasa hingga Ahad dari jam 7.30 pagi – 10.30 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Saat berbuka puasa sememangnya dinantikan oleh semua. Tambah pula dihidangkan dengan masakan kegemaran pasti tak sabar nak menikmatinya.Tidak kira sama ada berbuka puasa di rumah mahu pun di luar, pastinya kemeriahan berbuka puasa meninggalkan nostalgia buat anda semua.
Citarasa Anak Kampung
Masakan kampung Malaysia menjadi tema bagi bufet Ramadan di The Westin Kuala Lumpur. Bufet Citarasa Anak Kampung bermula dari 24 Mac hingga 19 April 2023.
Keseronokan yang luar biasa menanti pengunjung kerana rasa dan aroma masakan kampung Malaysia yang meriah dihidupkan di The Living Room.
Tujuh tukang masak( chef) membawa hidangan istimewa yang mencerminkan anak kampung sebenar,semangat dan hidangan kegemaran kampung halaman mereka.
Chet атіс Buvona berkongsi menu Kambing Golek Nasi Briyani. Resipi nasi briyani diinspirasikan oleh rakan Chef India dan Arab Chef Hamid. Nasi disediakan dengan rempah ratus dan nasi yang dimasak perlahan dalam kawah di atas api terbuka dalam gelombang tradisional. Kambing dimasak selepas 24 jam diperap dengan 12 jenis herba dan rempah ratus. Resipi perapan diilhamkan oleh arwah neneknya. Hidangan kampung ini disertakan dengan telur sattron, salsa dan sos asam jawa untuk sentuhan yang unik.
Chef Hafizi, anak kampung Tangga Batu, Melaka mengajikan Ikan Salmon Bakar Portugis yang terkenal di kampungnya, rempah ratus yang dicipta khas dan diilhamkan oleh arwah datuknya 20 tahun lalu.
Chef Iqbal, anak kampung Kuala Lipis, Pahang menyajikan Ayam Opor dan Daging Dendeng Berlado, menu paling dicari di kampung halamannya.
Resipi Ayam Opor unik dengan cara tersendiri, diwarisi daripada ibunya semasa Hari Raya dan sering dinikmati bersama ketupat dan lemang. Daging Dendeng Berlado juga merupakan hidangan penting yang disajikan di majlis perkahwinan orang Melayu di Pahang. Hidangan ini berasal dari keluarga sebelah bapa chef, yang berketurunan Jawa dan telah menjadi tradisi keluarga yang ingin dihayati melalui bufet Ramadan ini.
Chef Firdaus Atan, anak jati Shah Alam, Selangor menghidangkan Rendang Ayam Kampung Pedas. Membesar dengan merasai rendang buatan bandar yang lazat, Chef Firdaus membawa resipi buatan sendiri ke dalam ciptaannya untuk hidangan bufet. Rendang Ayam Kampung Pedas merupakan hidangan perayaan tahunan di rumah Chef Firdaus dan dia berkongsi kemeriahan di bufet Ramadan The Westin Kuala Lumpur. Resipi yang dibuat khas ini mempunyai kelainan warna dan rasa.
Pasukan kulinari di The Living Room telah berusaha sedaya upaya untuk menawarkan pengalaman kulinari kampung yang unik dengan gabungan masakan tempatan yang menakjubkan.
Pengunjung pastinya menikmati hidangan tradisional sambil berjalan melalui kaunter bufet dalam suasana kampung.
Bufet Ramadan ini ialah RM208 nett seorang (dewasa),RM104nett seorang (kanak-kanak).Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah makan secara percuma.Semua harga dalam nett adalah termasuk 6% SST.
Diskaun (sah pada harga biasa sahaja)Diskaun 15% untuk ahli Club Marriot mendapat diskaun 15%.15% untuk warga emas (60 tahun ke atas) Diskaun 10% untuk pemegang kad bank terpilih.
Dapur by KLGCC
Bermula 23 Mac hingga 20 April 2023, Kelab golf Kuala Lumpur & Country Club (KLGCC) menjemput semua untuk berbuka puasa dengan tawaran bufet Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Diketuai oleh Chef Eksekutif Mohd Faisal Ismail, sebanyak 18 jenis gerai makanan tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan disajikan kepada para pelanggan.
Antara menu menarik ialah lidah bakar, ayam panggang bumbu,bubur lambuk,udang sambal petai,tenggiri lada hijau,tumis darat daging kalio,kambing panggang dan sate. Tetamu juga disajikan hidangan laut, popiah basah,lemang,rendang,kuih muih tradisional,ais kacang dan cendol.
Pakej bufet Ramadan berharga RM138 bagi ahli kelab KLGCC dan RM165 bagi bukan ahli. Kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun RM68. Baucer “Dapur by KLGCC boleh didapati di platform e-dagang Lazada.
Nasi Kerabu Specials Kolaborasi Bersama Chef Anis Nabilah
Menu Ramadan dan Raya Secret Recipe kembali dengan hidangan Nasi Kerabu yang digemari ramai.
Diinspirasikan oleh hidangan tempatan dan sentuhan moden kontemporari, menu Ramadan dan Raya Secret Recipe pasti memenuhi idaman anda untuk hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sesuai untuk bulan yang penuh barakah ini!
Menu Ramadan dan Raya tahun ini menampilkan variasi hidangan kegemaran bermusim yang popular: Nasi Kerabu Specials. Hasil kolaborasi bersama chef selebriti, Anis Nabilah, hidangan istimewa baharu ini menampilkan tiga hidangan di mana hidangan berwarna biru tersebut menjadi tumpuan utama. Tetap setia kepada rasa kaya dan lazat Nasi Kerabu, hidangan ini juga menawarkan alternatif yang sihat tanpa menjejaskan keenakan.
Menu pertama adalah Nasi Kerabu yang menyajikan nasi herba dengan ringkas dan berperisa. Ia disajikan nasi biru bunga telang bersama dengan sayur-sayuran segar,keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal.
Sementara itu, Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi Kerabu biru dengan hidangan sampingan berwarna-warni dan paha ayam panggang serta sos percik pedas. Selanjutnya, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang bersama sos Percik, dipadankan dengan nasi biru yang harum dan pelbagai hidangan sampingan.
Untuk melengkapi hidangan yang menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe. Kurma Calamansi Fizz menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga, manakala Ice Blended Onde-Onde ialah minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya.
Dicipta dengan mengutamakan penggemar makanan yang suka bereksperimen, minuman ini beralih daripada minuman manis biasa untuk menawarkan pengalaman yang lebih menyegarkan.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita dimanjakan dengan kepelbagaian pilihan makanan. Musim Ramadan dan Raya ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali salah satu hidangan perayaan kami yang paling laris dan menu Raya kegemaran sepanjang masa – Nasi Kerabu Specials, dengan sentuhan istimewa oleh chef selebriti, Anis Nabilah. Proses untuk mencipta semula menu ini amat menyeronokkan, dengan eksperimentasi profil rasa yang berbeza untuk memenuhi selera yang paling digemari rakyat Malaysia,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.
Anis Nabilah berkata, “Sebagai seorang chef, saya rasa teruja untuk bereksperimen dengan hidangan yang mungkin kelihatan biasa kepada orang lain. Ia membolehkan saya menerokai pelbagai rempah ratus, herba dan ramuan, dan akhirnya menghasilkan rasa yang baru dan menarik.
Kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana saya gemar meneroka pelbagai ciptaan masakan semasa musim Raya. Ia membangkitkan semangat saya untuk teruskan perjalanan saya dalam bidang memasak dan membolehkan saya menerokai pelbagai citarasa!”
Secret Recipe juga memperkenalkan kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini. Menterjemah salah satu pencuci mulut kegemaran Malaysia dalam bentuk kek, Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa yang diapit di antara span pandan yang gebu, dihiasi dengan krim Gula Melaka dan kepingan kelapa.
Nasi Kerabu Specials Secret Recipe kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia. Manakala, Onde Onde berharga RM78 untuk bawa pulang, dan RM85.35 untuk pembelian makan di restoran, di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.