Untuk mendapatkan hidangan steak daging yang bertekstur lembut, pasti yang terlintas di fikiran adalah daging wagyu. Namun bukan semua orang mampu untuk mengadakan sejumlah wang yang banyak untuk makan daging wagyu.
Atas dasar ingin menyediakan makanan kualiti premium pada harga yang mampu milik, restoran Smoked Kingdom menawarkan Youyu Steak. Menu ini seakan-akan wagyu yang yang bertekstur lembut dan cair di mulut. Namun harganya hanya RM69.90 bagi setiap 200 gram.
Youyu Steak
IKLAN
Kepingan daging dibakar empuk bersama perapan istimewa yang pastinya membangkitkan selera pada gigitan pertama, ditambah pula dengan limpahan sos lada hitam resipi istimewa Smoked Kingdom. Setiap hidangan didatangkan dengan padanan sayur panggang, kentang dan sos lada hitam istimewa.
Inilah keistimewaan Smoked Kingdom milik Penceramah selebriti, pengacara televisyen dan pensyarah, Don Daniyal Don Biyajid. Beliau bersama tiga sahabat baik menceburi bidang makanan berkonsepkan Western & Grill, Smoked Kingdom yang terletak di Ayer@8, Presint 8, Putrajaya.
IKLAN
“Kami berempat memang penggemar Western. Tapi nak dapatkan steak yang sedap dengan harga yang mampu dinikmati seluruh keluarga, agak susah. Satu hari tercetus idea, kenapa tidak kita bangunkan jenama sendiri untuk menjadi satu platform untuk mereka dapatkan steak bertaraf premium dengan rasa yang sedap dan paling penting, harga yang mampu dinikmati seluruh keluarga,” kata Ustaz Don ketika ditemui di majlis pelancaran Smoked Kingdom, Ayer@8 Putrajaya.
Selain Youyu Steak, satu lagi menu istimewa adalah Smoked Brisket. Bahagian brisket menjadi sangat enak dan lembut jika dimasak, dipanggang atau disalai secara perlahan. Menu ini turut menjadi taruhan di Smoked Kingdom. Daging ini disalai selama 14 jam menggunakan smoker khas oleh 'pitmaster' berpengalaman untuk menyerlahkan lagi kelazatan daging yang ‘juicy’ dan sangat enak.
.
Smoked Brisked
.
Piza
.
Belgian Choc
.
IKLAN
Antara menu signature lain termasuk waffle coklat yang menggunakan Belgian choc dengan harga tiga kali lebih murah dari pasaran dan homemade pizza yang pastinya lebih lembut dan dimasak dengan resepi dan cara tersendiri.
Western & Grill, Smoked Kingdom yang terletak di Ayer@8, Presint 8, Putrajaya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Terasa nikmat bila dapat menikmati pastri yang enak. Buat anda terkenang-kenang dan rasa puas bila dapat merasai pastri yang memenuhi citarasa. Dessert atau pemanis mulut memang menjadi pelengkap setiap kali acara makan-makan selesai.
Bila diri rasa stres dapat tat atau kek sedap,diminum pula dengan segelas kopi atau teh memang cukup sempurna. Bad mood pun boleh hilang.Banyak bakeri dan Patisserie yang menyediakan aneka macam makanan pemuas sweet tooth. Salah satunya yang wajib anda cuba ialah hidangan pastri di Marc et Farid Pâtisserie. Memang peminat pastri takkan meragui dengan keenakan pastri di sini.
Menurut Mohd Tawfik Tumeran (Farid) yang juga Director, Pastry Chef Marc Farid Bakery Sdn Bhd, perniagaan awal bermula hanya dari rumah pada tahun 2016 setelah pulang dari Paris. Pada waktu itu dibuat sekadar suka-suka bagi mengisi masa yang ada di Malaysia.
“Saya tiada latar belakang dalam perniagaan. Mendapatkan pendidikan di The University of Sydney, Australia dalam bidang sains perubatan dan kemudiannya melanjutkan pengajian dalam pembuatan pastri di Paris. Mungkin semasa di Sydney, saya banyak belajar selok-belok urusan perniagaan kerana saya pernah bekerja dan menjadi antara tulang belakang Jackie M. Jackie merupakan bekas bos yang saya hormati. Beliau sangat passionaté dalam mempromosikan produk makanan malaysia di Australia. Sewaktu belajar di Sydney, saya bekerja keras dengan melakukan beberapa pekerjaan antaranya bekerja di pasar pagi, pasar malam, restoran dan saya juga ada menjual kuih muih ke restoran Malaysia di Sydney,”akuinya.
Cabaran perniagaan
Memulakan perniagaan amatlah sukar. Barangkali warga Malaysia sudah terbiasa dengan struktur kedai dan restoran di Malaysia. Bagi Farid, kualiti dan rasa harus diutamakan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan rupa. Marc et Farid Pâtisserie menawarkan pilihan produk yang menggunakan bahan bahan berkualiti sahaja.
Cabaran tentunya banyak. “Dari soal pelanggan, delivery dan staf. Pertamanya produk kami hasilnya sejujurkan tidak begitu murah. Mungkin bagi segelintir hanyanya adalah harga kayangan. Namun bahan yang kami gunakan setanding dengan harga. Untuk menerangkan kepada pelanggan adalah amat sukar kerana tidak semua yang tahu apa itu dan ini. Keduanya, kami bermula hanyalah untuk pembelian bawa pulang, namun pelanggan yang datang sering komplen akan tidak cukup ruang, kedai terlalu kecil dan sebagainya. Jika dilihat di Paris, ruang kedai adalah amat terhad. Konsep kami adalah serupa namun sukar diterima di Malaysia.
Ketiga, oleh kerana produk kami kebanyakkannya fragile (mudah cair) cabaran yang paling hebat adalah dari segi penghantaran. Pada awalnya kami sering mendapat maklum balas kek rosak dan sebagainya. Kini Alhamdulillah, perkara sedemikian jarang berlaku. kami kadang sediakan ice pack untuk runner kami guna bagi menghantar produk kepada pelanggan. Kami akan suggest jenis delivery yang bersesuaian dengan produk yang mereka beli dan jarak penghantaran.
Akhirnya cabaran yang paling kuat adalah untuk mencari staf. Staf datang dan pergi. Kebanyakan anak muda masa kini bukanlah mahu bekerja lama, masing masing mengingînkan jenama sendiri, masing-masing mahu menjadi bos. Inilah cabaran paling kuat saya rasa. Untuk melatih mereka bukanlah satu dua minggu tetapi berbulan-bulan lamanya. Saya percaya, perniagaan yang kuat memiliki team sokongan yang kuat. Perniagaan tidak akan berjaya hanya dengan saya seorang. Saya memerlukan team yang berdedikasi, passionate dan berkerja keras. Mereka merupakan tulang belakang saya,”ceritanya.
Tat dan kek adalah bestseller
Marc et Farid Pâtisserie menawarkan French pastry. Di sini lebih memberi tumpuan kepada tat dan kek. Namun begitu turut ditawarkan pai, quiches dan tidak lupa nasi lemak. “Konsep kami asalnya hanya sebuah butik pastri untuk pelanggan membeli dan dibawa pulang. Tetapi kini, perlahan-perlahan kami beralih ke konsep kafe.
Produk sedia juga banyak. Namun kerana kekangan dari segi masa, staf, saiz kedai banyak produk kami ada yang dalam rotation basis. Kami juga ada menawarkan produk tetap yang pelanggan akan mencari setiap kali berkunjung ke kedai kami,”ceritanya.
Tat adalah best seller di sini. Oleh itu terdapat tiga tat tetap yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan iaitu Tat strawberi, tat lemon dan tat chocolate praline. Bagi kek pula antara yang disukai pelanggan ialah absolute chocolate. Kek ini dibuat menggunakan 100% chocolate valrhona. Rasanya sangat ´rich in flavour’.
Selain tat dan kek, produk yang selalu sold out dalam jangka masa yang cepat adalah cannelé. Rasanya seakan kuih bingka- lembut dan berlemak di dalam dan rangup di luar membuatkan orang Malaysia meminatinya. Ia menggunakan Vanilla bean yang sebenar dari Madagascar dan 100% lilin lebah untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang diinginkan.
Marc et Farid Pâtisserie juga terkenal dengan biskut yang seringkali mendapat sambutan biarpun bukan hari raya. Biskut dihasilkan pada setiap hari. Biskut karamel dan biskut romias merupakan dua bestseller di sini.
Pastri dan kek boleh ditempah sekurang-kurangnya tiga hari sebelum (tidak termasuk Isnin). Namun ianya bergantung kepada kekosongan slot sedia ada.
Strategi pemasaran
“Kami memasarkan di @marcetfarid_.Barang kali kami masih belum begitu aktif di sosial media. Kami masih seperti ´french brand’ yang begitu discret. Ini kerana kapasiti pengeluaran kami masih rendah. Kami berharap untuk bulan bulan seterusnya akan beralih ke pemasaran online bagi memudahkan urusan pelanggan untuk membeli dan dihantar terus. Ia juga memudahkan kami kerana pesanan yang masuk melalui aplikasi whatsapp kini sudah tidak mampu kami handle.
Sememangnya pandemik Covid-19 banyak memperlahankan usaha-usaha yang kami telah rancang sejak setahun yang lalu. Perniagaan merosot pada bulan pertama PKP dilaksanakan. Alhamdulillah, perniagaan mula bangkit dan ramai pelanggan yang datang membeli dan memberikan sokongan.
Jualan setelah pandemik amatlah mengejutkan saya, kerana hasil jualan bertambah dari bulan ke bulan. Tapi saya percaya, 1-2 tahun akan datang merupakan masa yang kritikal bagi ekonomi negara untuk recover dari pandemik ini. Oleh itu, saya menjangkakan perniagaan saya mungkin akan menerima impak dalam masa itu.
Saya percaya setiap perniagaan ada target market mereka sendiri untuk mengekalkan perniagaan dan stay relevant. Mendapatkan target market yang betul adalah penting. Kita mahu mereka untuk terus membeli dan menyokong. Selain itu, hubungan dengan regular customer juga penting. Kita perlu tahu apa yang pelanggan mahukan. Saya juga percaya individuality adalah sangat penting. saya tidak mudah terikut kepada ‘viral/ trend’ di Malaysia. Bagi saya itu hanyalah semusim. Sebaliknya idea adalah untuk kekal di pasaran dalam jangka masa yang lama. Kita perlu ada identiti sendiri. Usah peduli kepada persaingan. Just do what you thing is right for you. Mereka di luar sana akan menilai dan menghargaînya. Saya percaya kepada rezeki dan kerja keras. Rezeki tidak akan datang sekiranya kita tidak berusaha,”akuinya.
Bagi yang ingin merasa keenakan pastri di sini boleh singgah di unit 2, buzz’ar, twentyfive.7 sales gallery, Teluk Panglima Garang.
Ramadan yang bakal menjelang tiba disambut dengan penuh kesyukuran. Bulan ini masanya keluarga dan rakan-rakan berkumpul bersama untuk meraikan bulan yang mulia ini.
Bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan yang bakal tiba nanti, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengadakan rebiu Ramadan buat para media untuk merasai hidangan homecook , di mana mengingatkan resipi ibunda yang tiada tandingan untuk tetamu apabila berbuka puasa di hotel ini.
Bagi menambah keceriaan di kala waktu berbuka puasa nanti, tetamu dihiburkan dengan persembahan Ghazal.
Pelbagai menu terpilih bakal dihidangkan pada tetamu antaranya Nasi Kerabu, Paru-Paru Berlada, Pedal Hati Ayam Masak Cili, Tempeh, Acar Buah, Acar Rampai dan juga seleksi buffet antarabangsa seperti Thai Green Curry Duck, Dawood Basha( Arabic Lamb Ball), Indian Style Chicken Masala, Salmon Fillet dan pelbagai lagi.
Anda juga boleh memilih seleksi makanan dari gerai yang menggamit rasa seperti Kari Kepala Ikan Citarasa Bonda, Lempeng Pisang Kelapa Bidara, Pisang Goreng Keju Makmur, Aneka Sup Serantau, Rendang Daging Khatulistiwa, Popiah Basah Mahsyur, Kambing Golek Penawar Rindu, Nasi Lemak Lobster Tersohor, Otak-Otak Dibuai Rasa dan Sous Vide Burger Nusantara.
Tidak lengkap hidangan tanpa manisan. Antaranya seleksi buah-buahan segar, pilihan kuih muih Melayu dan kek seperti Mango Charlotte, Pandan Chiffon Cheese Cake, Chocolate Brownies dan lain-lain.
Bufet Ramadan bermula dari 8 Mei hingga 6 Jun dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di tingkat 14. Pada minggu pertama 8-12 Mei dan minggu terakhir 29Mei-2Jun, harga untuk dewasa ialah RM48nett. Sepanjang 13-28 Mei, harga untuk dewasa ialah RM128 manakala untuk kanak-kanak RM 58. Rebut harga early bird sekarang hanya RM98 nett untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM48.
Buat anda yang tercari-cari Nasi Briyani untuk hidangan berbuka, hotel ini menyediakan Nasi Briyani Take Away berlauk ayam atau kambing yang disediakan oleh Chef Yusoff. Gerai Nasi Briyani akan berada di lobi hotel dari jam 5 petang hingga 8 malam dengan harga RM10nett. Untuk membuat tempahan anda boleh menghubungi Big Apple Restaurant.