
Petai adalah salah satu ulam yang sangat sedap. Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama petai mempunyai tarikan tersendiri.
Harga petai pun sekarang ni boleh tahan. Sedap dimakan mentah atau dimasak menjadi sambal. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah.
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
- Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
- Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
- Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Kacang Daging Ni Lain Macam Sedapnya, Sesuai Sangat Makan Dengan Ketupat

Kuah Kacang mesti ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sedikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging. Ini rahsia Asrinna Bakri masak Sambal Kacang Daging. Marilah kita cuba resipi yang dikongsikannya.
RESEPI SAMBAL KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih –BELI ONLINE
1 inci halia –BELI ONLINE
1 inci lengkuas –BELI ONLINE
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa – BELI ONLINE
Gula melaka – BELI ONLINE
Gula putih – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Sumber kredit: Asrinna Bakri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak Adalah Susah Sangat Nak Buat Bubur Candil, Memikat Selera Betul Bebola Warna-warni Tu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ramuan Simple Buat Stok Kunyit Untuk Menggoreng, Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

Stok kunyit resipi mudah untuk menggoreng segala jenis masakan seperti ayam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi. Untuk kamu yang suka memasak, penyediaan stok seperti ini akan memudahkan sekaligus menjimatkan masa di dapur. Cubalah!
HOMEMADE PES KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3inci halia
Serbuk kunyit | agak2 nak bagi tak nak berair
Air | agak2
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam bekas. Boleh diabiarkan diluar suhu bilik atau dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bukan dalam peti sejuk beku.
Kredit resipi: Syiqah Jaafar
9 Bahan Masak Ini Anda Boleh Hasilkan Secara Homemade. Jimatkan Belanja Dapur!

Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti serta nutrisi dalam masakan, pastinya lebih gemar menyediakan sendiri rencah-rencah masakan untuk hidangan keluarga. Dengan menghasilkan sendiri sendiri pes tomyam, pes sup dan pes nasi ayam, ia bukan sahaja menjadikan masakan lebih sedap malah kerja-kerja memasak juga menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, dengan menghasilkan bahan-bahan ini secara homemade, secara tidak langsung ia juga menjimatkan belanja dapur.
Sebagai contoh, Nutella, jika dibeli harganya boleh tahan mahal. Berbanding anda hasilkan sendiri di rumah, jumlahnya anda dapat jauh lebih banyak dari yang dibeli. Memang berbaloi! Jom lihat aneka bahan masakan yang anda boleh hasilkan sendiri. Mudah, jimat dan lebih bersih. Selamat mencuba!
1. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang besar
- 4 batang serai
- 2 biji cili hidup merah
- 5 hiris lengkuas
- 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
- 4 sudu makan udang kering
- 10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
- 4 inci belacan bakar
- 3 sudu makan cili kering kisar
- Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
- Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
- Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
- Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
- Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Kredit resipi & gambar: Norashikin Bt Hasan
2. PES SUP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar | dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
- 2 inci halia | dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
- Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
- Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
- Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Kredit gambar & resipi: Mas Lieyana
3. NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan hazelnut
- 12 aunz milk chocolate
- 2 sudu makan minyak jagung
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 3/4 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK:
- Bakar 1 cawan hazelnuts dalam ketuhar pada suhu 176C selama 12 minit.
- Setelah hazelnut selesai dibakar, buang kulitnya dan masukkan ke dalam ‘food processor’. Kisar sampai nampak ada minyak keluar. ( Anggaran kisaran adalah selama 10 minit.)
- Masukkan milk choc jenama beryls (x perlu cairkan), minyak jagung, gula, serbuk koko, esen vanila dan garam bukit. Kisar sampai sebati dan sekata.
- Siap dan sudah boleh dinikmati. Simpan di dalam bekas bertutup dan mampu bertahan selama sebulan.
Kredit gambar & resipi: Nadiah Latfi
4. SUSU PEKAT MANIS
BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram)
- 1 cawan / 100gm susu tepung
- 2/3 cawan / 125 gula halus (gula biasa pun boleh)
- 1/3 cawan / 60ml air suam
- 1/4 cawan margerin ( lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)
CARA MEMASAK:
- Dalam blender, masukkan air suam dahulu.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
- Kisar halus hingga creamy / berkrim. ( kacau dgn sudu sekali sekala). Jika rasa kepekatan kurang, boleh aje tambah sedikit susu tepung.
- Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh simpan dalam bekas kedap udara kemudian simpan dalam peti ais.
Kredit resipi & gambar: ALeen Aireish
5. TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3kg kacang soya
- 18 liter air
- 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
CARA MEMASAK:
- Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
- Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
- Masak susu soya hingga mendidih.
- Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
- Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
- Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain.
- Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
- Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
- Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Kredit resipi & gambar: Azlia Al Hayahuddin
6. MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 180ml air (untuk bahan uli)
- 5 sudu makan minyak masak
- 1 biji telur
- 2 cubit serbuk kunyit
- Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.
- Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.
- Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.
- Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.
- Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)
- Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.
- Gaul mi bersama sedikit minyak amsak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.
- Mi ini tahan lebih kurang seminggu lebih.
Kredit resipi & gambar: Hariati Henri
7. IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
- Garam
- Cuka makan
CARA-CARA:
- Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
- Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
- Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
- Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
- Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
- Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
- Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
- Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Kredit resipi & gambar: http://chesitinoor.blogspot.my/2014/05/ikan-kering-gelama-homemade.html
8. KUEYTEOW HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: (dapat 1.458 kg kueyteow)
- 2 3/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 biji putih telur + 1 cawan air
- 1 sudu teh garam
- Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
- Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
- Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).
- Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
- Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
- Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja).
- Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.
- Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.
Kredit resipi & gambar: http://dapur-mamasya.blogspot.my/2013/10/homemade-kuey-teowpuas-hati-hasilnya.html
9. PES NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji bawang merah
- Halia ( anggaran panjang sejengkal)
- 15 ulas bawang putih
- 7 batang serai
- 5 sudu makan garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
- Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
- Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
- Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
- Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
- Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Kredit gambar & resipi: Paan Selamat