Bosan dengan menu nasi dan lauk pauk. Boleh saja gantikan dengan menu mudah dan mengenyangkan untuk lapik perut sebelum tidur. Roti jala dan lempeng ini sedap dipadu dengan kari ikan dan sambal ikan bilis. Memang menyelerakan.
ROTI JALA BERSAMA KARI IKAN
BAHAN-BAHAN:-
ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK
Masukkan semua bahan kedalam blander dan bland sebati.
Tapiskan adunan menggunakan penapis santan supaya tidak berketul.
Test dulu sama ada adunan mudah keluar dari acuan atau tidak.
Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.
Bakar adunan diatas kuali leper hingga garing dibawahnya.
Bila dah masak angkat masukkan dalam pinggan.
Kemudian lipat atau gulung roti jala.
Info chef: Guna serbuk kunyit selain pewarna kuning untuk rasa yang sedap di samping warna yang cantik kuning keemasan.
KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
4 sudu besar rempah kari ikan
Ads
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
3 biji tomato (belah 4)
4 biji cili merah
BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu halba campur
5 helai daun kari
6 sudu minyak masak
1 cawan air asam jawa (1 inci)
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ikan dan diketepikan.
2.Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
3.Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari.
4.Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
5.Kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
6.Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika.
7.Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan bolehlah
dihidangkan bersama roti jala.
LEMPENG NYOQ MUDA BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS
Ads
BAHAN-BAHAN
LEMPENG NYOQ MUDA
2 cawan tepung – (anggaran saja)
1 cawan nyoq (kelapa parut )
Air – ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak macam buat cekodok.
Ads
2.Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan adunan ke dalam dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.
Info chef: Untuk melazatkan lagi lempeng, alas bersama daun pisang semasa membakar di atas kuali tanpa minyak. Lempeng akan bertambah garing di samping tidak melekat pada kuali dan menambahkan lagi kelazatan dengan aroma daun pisang bakar.
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan bilis (siap kopek)
20 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang kecil (dikisar)
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya
Sedikit belacan
Air asam jawa (secukupnya)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
2.Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
5. Kacau lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
7. Tutup api dan hidang bersama lempeng tadi.
Kredit :Rozelinda Mustapha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sekali -sekala makan singgang ikan dan dipadankan dengan budu dan tempoyak, memang bertambah-tambah nasi.
Lauk singgang ini dikategori lauk lejen. Lauk yang terkenal dengan kesedapannya.Lauk singgang ini sangat ringkas dan senang untuk dimasak. Tetapi kena cukup bahan dan cukup rasa masam dan manisnya. Ikan kena guna ikan yang segar. Barulah rasanya sedap.
Singgang ikan tongkol juga terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Walaupun rasanya lebih kurang sama tetapi singgang ikan tongkol versi Terengganu menggunakan kunyit. Jadi ia berwarna kuning yang agak cair sikit.
Singgang Ikan Tongkol Terengganu
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
6 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
8 biji cili api
2 biji cili merah/hijau
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Didihkan air di dalam periuk.
2.Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, cili padi, asam keping dan cili..
3.Biarkan mendidih sebentar.
4.Masukkan ikan tongkol dan perasakan dengan garam dan gula.
Jom masak Ikan Cencaru Bakar istimewa ni. Menurut empunya resipi saudari Cik Amy, menu ni dipelajari dari orang Indonesia sendiri. Mesti padu. Bagi anda yang suka makan ikan bakar tu, boleh cuba resipi pes ni pulak. Selain cencaru, boleh juga aneka ikan lain yang menjadi kegemaran. Pasti layan! Tengok gambarnya pun dah rasa sedap. Jadi, bolehlah cuba masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
CARA MASAK IKAN CENCARU BAKAR INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan cencaru – belah macam dalam gambar
2 batang serai
1 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar – beli online disini
8 biji cili padi – jika taknak pedas, kurangkan.
1 biji cili merah
7 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
2 sudu makan gula
1 biji buah keras – beli online disini
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi @ nipis – ambil jus sahaja
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan toskan airnya.
Satukan semua bahan-bahan lain dan kisar hingga halus.
Letak ikan atas pemanggang ( boleh guna kuali atau pembakar bbq) dan sapu rempah kisar tadi dengan secukupnya.
Tutup ikan menggunakan penutup periuk supaya ia masak sekata. Jangan lupa untuk sapu rempah 2-3 kali pada ikan.
Bila ikan kelihatan separuh masak, sapu lagi rempah. Kemudian biar sehingga ikan masak.
Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
Boleh cuba buat untuk raikan tetamu yang datang beraya di rumah anda nanti. Jadi selain kuih raya dan ketupat, ada juga apam kampung yang sedap ni.
APAM KAMPUNG
Bahan-bahan
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
Cara membuat
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...