Anda pengembar mi, berikut RASA bawakan dua menu mi yang sedap dan boleh dijadikan hidangan berbuka di hujung puasa, di mana korang dah sibuk nak balik kampung dan tak mau lagi kotorkan dapur lagi.  Kedua-dua menu ini sedap dan mudah disediakan. pasti seisi keluarga anda menyukainya.

2 Menu Mi Yang Sedap Untuk Berbuka Tanpa Kotorkan Dapur.

MI TIGA CENDAWAN 

BAHAN-BAHAN:

  •  1 paket mi kuning | dicelur
  • 100gm cendawan butang | dihiris
  • 100gm cendawan shitake | dihiris
  • 50gm cendawan tiram
  • 1 keping kek ikan | dihiris
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 biji cili padi | dibelah
  • 1 inci halia |dihiris
  • 1 tangkai daun bawang | dihiris

BAHAN KUAH:

  • 75ml stok sayuran
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu teh gula kastor

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bijan dalam kuali besar dan tumiskan bawang putih, halia, cili padi dan daun bawang hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cendawan butang, shitake, tiram dan kek ikan. Masak seketika.
  3. Seterusnya masukkan bahan-bahan kuah. Teruskan memasak sehingga cendawan menjadi lembut.
  4. Masukkan mi dan gaulkan mesra. Taburkan hirisan daun bawang.

2 Menu Mi Yang Sedap Untuk Berbuka Tanpa Kotorkan Dapur.

YEE MEE AYAM JAGUNG 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket yee mee | dicelur
  • 250gm ubi kentang | potong dadu.
  • 100gm jagung manis
  • 30gm kacang pis
  • 300gm isi ayam | dipotong dadu besar
  • 250ml stok ayam
  • 500ml susu
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 1/2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 batang saderi | dihiris kasar
  • 3 batang jagung muda | dihiris
  • 2 biji cili merah |dihiris.
  • 1/4  sudu teh herba basil kering
  • 1/2  sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega. Tumis bawang putih hingga harum.
  2. Tambahkan bawang besar dan tumis sehingga lembut. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga hilang bau tepung.
  3. Kemudian masukkan isi ayam, ubi kentang, jagung, kacang pis, saderi dan jagung muda. Tumis sebentar.
  4. Tambahkan lada putih, basil, stok ayam, susu dan garam secukup rasa. Didihkan sehingga ubi kentang dan jagung ma
  5. Angkat dan hidangkan bersama yee mee. Taburkan hiirsan cili merah sebagai hiasan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI