Korang suka daging masak ringkas dan tak perlu ambil masa lama, ini Rasa kongsikan dua resipi daging yang sedap, masak senang dan gerenti tak tunggu dapur lama. Apa lagi kalau saiz hidangannya kecil 15 minit pun boleh siap dan jamin sedap ye. Tak percaya korang kenalah cuba dulu.
.
DAGING TUMIS BEREMPAH BAWANG GORENG BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg daging | hiris nipis, cuci dan tos
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma
2 biji bawang besar | hiris
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
1 cawan susu cair
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar kicap manis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu besar gula melaka
2 sudu makan kerisik
4 sudu makan minyak masak
BAHAN TUMIS:
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan simpul
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang hingga kekuningan, kemudian masukkan daun kari, kacau sekejap kemudian angkat, tos dan ketepikan.
Tambah sedikit lagi minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik bau dan garing.
Masukkan cili kisar, tumis sekejap lagi.
Kemudian tambah campuran rempah kari dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan tomato puri kacau sekejap, masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan tumisan rempah.
Tambah susu cair dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Taburkan hirisan bawang dan daun kari yang digoreng tadi, kacau seketika dan tutup api. Masakan sedia dihidangkan.
.
Ads
DAGING TUMIS KERISIK BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang |hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | belah 4 dan goreng separuh masak
2 sudu makan kerisik
½ cawan kicap manis
1 sudu makan hirisan gula melaka
1 biji cili merah | hiris serong
1 sudu makan makan ketumbar biji | kisar kasar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam biji
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun pandan
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
Ads
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai
CARAMEMASAK: 1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak. 2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk. 3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi. 4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut. 5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah. 6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan. 7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya
Pakar Kek Fadzil Mohd Salleh, Pemilik Dill Cakes
1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
1 cawan air
1 cawan gula hangus @ karamel
8 biji telur
340 gm gula kastor
340 gm tepung naik sendiri | diayak
1 ½ buku mentega
CARA MEMASAK : 1. Putar mentega dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang. 3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi. 4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata 5. Masukkan tepung dan kacau rata. 6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung. 7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm) Waktu memasak: 1 jam Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.
2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur
425 gm gula perang
1 ½ buku mentega
1 kg tepung naik sendiri | diayak
1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tin
Sedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK : 1. Putar mentega dengan gula sampai kembang. 2. Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang. 3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata. 4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata. 5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur. 6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm 7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.
3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju
2/3 tin susu pekat
1 cawan krim putar @ whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
250gm biskut marie | dihancurkan
125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air30ml air
150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK : Dasar kerak : 1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan. 2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm 3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu. Krim keju : 4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan. 5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati. 6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan. 7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi. 8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam. 9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar. 10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm Waktu memasak: 3 jam Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’ Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
120 gm gula kastor*
10 gm ovalet*
4 biji telur gred A
130 gm tepung superfine / tepung kek*
1 sudu teh serbuk penaik*
40 ml air
60 gm minyak jagung / mentega cair
1 sudu makan strawberi emulco
Bahan krim frosting: * (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper. 2. Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar. 3. Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu. 4. Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati. 5. Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati. 6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar . 7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min. 8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar. 9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.
5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
425 gm gula kastor
3 cawan tepung naik sendiri | diayak
8 biji telur
1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik
1 cawan isi durian
Beberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting: * (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK : 1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat. 2. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang. 3. Masukkan mentega dan putar hingga rata. 4. Masukkan pula durian dan putar lagi. 5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata. 6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai. 7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble. 8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak. 9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian. 10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.
TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com
Sedapnya Colek Kampung ni. Kalau biasa anda makan mangga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je, apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Siti Yani ni. Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur. Selain mangga muda, kalau nak cicah dengan jambu batu, jambu air, kedondong atau nanas pun boleh. Sesuai sangat dinikmati di waktu petang atau pada bila-bila masa yang anda inginkan. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk kasar cili padi. Jika suka, boleh tumbuk hingga lumat. 2. Di dalam pinggan bersesuaian, satukan semua bahan kecuali air suam. Sukatannya ikut citarasa.
3. Gaul sebati semua bahan dengan air suam yang dituang sedikit demi sedikit. Air jangan banyak nanti cair.
4. Bila sudah cukup rasa, sedia untuk dinikmati bersama dengan aneka potongan buah-buahan.
NOTA: Sukatan bahan adalah agak-agak sahaja, sesuaikan mengikut selera masing-masing.
Bagi yang tercari-cari resipi soto yang sedap, RASA sarankan anda cuba resipi ni. Sekali cuba, pasti dah tak nak yang lain. Ada rasa pedas, manis dan masin yang seimbang. Perahan jus limau kasturi menambahkan lagi kesedapan soto.
SOTO DAGING ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN:
1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan
BAHAN UNTUK KUAH:
500ml air
400gm daging | rebus empuk, carik-carik
BAHAN UNTUK SUP:
50gm rempah sup
1 biji bawang merah
1 inci halia
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Air rebusan daging secukupnya
30ml minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAYUR:
30gm tauge
40gm kacang goreng
Limau kasturi
Sedikit daun bawang
BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:
50gm cili padi
40ml kicap manis
30gm gula pasir
20ml air
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
Biarkan ia mendidih, tutup api.
Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...