Korang suka makan buruh puyuh tak, kecur tak air liur tengok dua menu ni. Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain untuk juadah berbuka puasa apa salahnya kan.
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia |hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
100gm rempah kari daging
30gm rempai kari daging
30gm serbuk jintan manis
30gm serbuk ketumbar
50gm tepung jagung
20gm daun kari
1 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
Ads
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
Apabila hampir garing masukkan daun kari.
Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ni dia gulai ikan talang kering tumis darat, menu popular di negeri-negeri belah utara. Boleh makan dengan nasi lemak juga, apatah lagi dengan nasi biasa memang bertambah makan.
Resipi best ini dikongsikan oleh June Ahmad, yang aktif membuat posting memasak di laman FB nya dengan sajian yang sedap-sedap. Kata June kalau ada pisang muda dan nangka pun boleh dibuat gulai sama macam lauk ini. Gulai dah siap baru tuang masuk bawang yang ditumis, baru semerbak satu dapur.
Memang berbaloi untuk dicuba, jom masak lauk nih.
GULAI IKAN TALANG KERING TUMIS DARAT
.
BAHAN-BAHAN :
.
Ikan talang kering atau apa-apa ikan lain yg sesuai
4 sudu rempah kari ikan @ kari ikan kering
Santan (agak2 jangan terlalu pekat)
Garam jika perlu
3@4 kpg asam gelugur
Gula sikit ja
CARA MEMASAK :
Bahan tumis:
4 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah
1 sudu teh jintan manis
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK : 1.Ikan potong2 ikut saiz yang disukai, rendam dulu hilangkan sikit masinnya. 2.Rebus rempah bersama air, agak2 rempah masaklah.Baru masukkan ikan tadi biarkan masak sekejap.
.
3.Selepas itu masukkan santan, terung, nenas, asam gelugur dan gula. Dah siap gulai nanti rasa perlu tambah atau tidak garam sebab ikan talang tu dah masin kan. 4.Dah mendidih dan terung dah masak, tutup api 5.Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang, jintan dan daun kari.
.
6.Dah kekuningan tuang masuk dalam periuk gulai tadi. 7.Tutup periuk bila buka nanti baru semerbak aromanya. 8.Dah siap, boleh dihidang.
TIP MASAK DARI JUNE : * Kalau gulai pisang muda, lepas rebus rempah tu masukkan pisang dan rebus bagi empuk, baru masukkan santan. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin juga.
* Gulai nangka kalau, celur nangka dulu buang air. Selepas itu bolehlah dimasukkan dalam kuah. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin.
Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Tentulah lepas menu utama , menu pencuci mulut juga perlu difikirkan. Bolehlah buat puding.Puding biskut lemak ni mudah saja nak buat. Kalau disejukkan sebelum dimakan lagilah nikmat rasanya.
Puding Biskut Lemak
Bahan-bahan: *25 keping biskut cracker – rendam air panas kejap – toskan *1/2 tin susu pekat *4 biji telur * Sedikit esen vanilla
Cara membuat: 1.Kisar semua bahan-bahan – boleh letak warna pilihan 2.Kukus setiap lapis 5 minit. 3.Cakar sikit dengan garfu sebelum tuang lapisan baru. 4.Lapisan last kukus 10 minit. *sapu minyak skit pada loyang *air kukusan mesti mendidih dulu. *tutup tudung periuk kukus – supaya air tak menitik Kredit: Lily Juliana
Tentunya tiada yang lebih menggembirakan bila dapat mengunyah biskut yang kaya rasa coklat dan koko sambil bersembang di hadapan tv.
Jom cuba biskut berasakan koko dan coklat ini yang mudah aje cara membuatnya. Boleh dijadikan stok kudapan akan datang.
1. SWEET HEART COOKIES
.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
180gm mentega
80gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
BAHAN B:
220gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm tepung kastard
100gm badam cincang
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan
Coklat urai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. 2. Putar bahan A sehingga sebati. 3. Masukkan bahan B dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut. 4. Canai dan terap dengan penerap biskut berbentuk hati. 5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. 6. Biarkan biskut sejuk dan hias biskut dengan coklat masakan yang telah dicairkan. Tabur coklat urai di atasnya. 7. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 50-60 keping Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Rasa coklat rangup dengan kastad yang rapuh Jenis masakan : Biskut Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Untuk lebih menarik boleh gunakan cip warna-warni.
2. HAWAIAN WHITE CHOCOLATE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
100gm gula halus
240gm tepung gandum
80gm tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
60gm susu tepung
2 sudu teh esen vanila
150gm buah campuran
40gm cornflakes
40 gm kelapa kering
60gm white chocolate chips
50gm badam nibs
1 biji telur
BAHAN HIASAN:
Coklat putih secukupnya
Serbuk roti secukupnya
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Pukul mentega dan gula hingga kembang. 2.Masukkan telur dan vanila, sebatikan. 3.Masukkan bahan-bahan yang lain, uli hingga sebati. 4.Bulatkan dan masukkan ke dalam cawan kertas. 5.Bakar selama 15 minit suhu 160 darjah Celcius. 6.Setelah sejuk, paipkan coklat putih dan taburkan dengan serbuk roti. 7.Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 50-60 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Sedap dengan buah-buahan dengan cornflakes dan kelapa kering Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM 22
INFO CHEF: Serbuk roti memberikan rasa yang lebih lazat
3. CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES
.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
125gm mentega
1 biji kuning telur
90gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN B
100gm tepung Hong Kong
100gm tepung gandum
30gm tepung kastard
25gm serbuk hazelnut
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan secukupnya
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Putar Bahan A hingga sebati. 2. Masukkan semua Bahan B dan gaul sebati. 3. Canai doh dan terap mengikut bentuk yang dikehendaki. 4. Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 15 hingga 20 minit. 5. Keluarkan dan setelah sejuk, salutkan dengan coklat masakan dan gaulkan dengan serbuk roti. 6. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 50-60 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Keenakan hazelnut dan tepung kastad yang cair di mulut Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM26
INFO CHEF: Anda boleh bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.
4. BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN
.
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
65gm gula kastor
85gm gula perang
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
20gm oat |kisar halus
20gm badam cincang
50gm cip coklat
50gm cip coklat ‘butterscotch’
50gm cip coklat strawberi
BAHAN DIAYAK BERSAMA:
190gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius. 2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang. 3. Masukkan telur dan esen vanila. 4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati. 5. Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata. 6. Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk. 7. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper). 8. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit. 9. Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai. 10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 90 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Gandingan oat dan badam yang rangup Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Biskut yang baru dikeluarkan daripada ketuhar agak lembik. Ia akan mengeras apabila sejuk.
5. BROWNIES COKLAT
.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
260gm mentega
130gm gula perang
50gm gula ising
1 sudu makan lemak sayuran
1 biji kuning telur
1 sudu teh Coffee Emalco
1 sudu teh esen vanila
BAHAN B:
20gm tepung kastard
30gm tepung jagung
300gm tepung gandum
60gm cornflakes yang dikisar halus
30gm serbuk koko
HIASAN:
Coklat masakan
Serbuk roti
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. 2. Putar bahan A hingga kembang. 3. Masukkan bahan B, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. 4. Canai dan terap dengan penerap biskut. 5. Susun biskut di atas dulang pembakar. 6. Bakar selama 20 minit. 7. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan coklat masakan dan serbuk roti. 8. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 80-100 keping Waktu memasak : 1 jam Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Rasa rangup dengan cornflakes dan kaya bercoklat Cara memasak : Bakar Anggaran kos : RM 26
INFO CHEF: Boleh tambah hiasan lain seperti manik dan cip warna-warni sebagainya untuk lebih menarik kerana warna biskut ini gelap.
RESIPI BISKUT COKLAT : NURASHIKIN ASAN, HASLINDA ABDULLAH DAN NORISHAH AHMAD
Anda suka membeli belah secara online, terdapat pelbagai perkakas dapur dan alat masak canggih di laman web shopee yang boleh anda pilih.