Tak semua orang ada bakat semulajadi buat kek mesti menjadi dengan cantiknya. Kadang-kadang Chef berpengalaman pun boleh buat silap.. inikan kita golongan baru nak up buat kek. Kalau buat kek mesti stress sebab asyik tak jadi. Sudahnya ke tong sampah. Nak tahu tak punca kek tak menjadi? Ketahui punca-punca kek tak menjadi seperti bantat, keras, elok2 naik lepas tu turun, tengah kek tak masak, keras dan sebagainya.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Kenali 15 Punca Kek Yang Dibuat Selalu Tak Menjadi, Ini Tipnya!

1. Kek Terlalu Lembap dan Leper

  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

2. Kek Merekah di Atas

  • Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan loyang terlalu kecil.

3. Kek yang Mendap di Tengahnya

  • Ukuran acuan tin tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
  • Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Kenali 15 Punca Kek Yang Dibuat Selalu Tak Menjadi, Ini Tipnya!

4. Kek Tidak Naik Sekata

  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan

5. Kek Menjadi Bantat

  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.

6. Kek Mendap pada Bahagian Tengah

  • Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.

7. Kek Terlalu Lembab dan Leper

  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

8. Kek Terlalu Berat

  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah

9. Kek Merekah

  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.

10. Kek Buah Mendap

  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.

11. Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar

  • Terlebih serbuk penaik
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati

12. Kek Menjadi Keras

  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.

13. Kek Menjadi Kering

  • Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.

14. Kek Menjadi seperti Roti

  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dengan sebati

Kenali 15 Punca Kek Yang Dibuat Selalu Tak Menjadi, Ini Tipnya!

15. Kek Menjadi seperti Bingka

  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas
Nampak tak? Betapa susah kalau kita yang rajin buat kek segala bagai ni, tiba-tiba kek tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Tak payah risau. Takde benda tak boleh settle dalam dunia ni. Dah tahukan antara punca-punca kek kita buat tak menjadi? Jadi ikutlah tips dan teknik-teknik yang betul supaya kek kita menjadi dengan cantiknya. Selamat mencuba dan jangan putus asa!
Jom try buat Sponge Cake yang gebus ni.
Sumber: cikmatahariku.blogspot.com /http://maziahismail.com/Josephine’s Recipes
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI