Bila pergi ke majlis kahwin selesai makan, pasti mencari pemanis mulut. Ada yang menyediakan bubur kacang hijau, memang layan menikmatinya. Jadi korang yang teringin makan makan bubur kacang boleh buat nanti. Paling sedap bila dimasukkan durian di dalamnya.Lemak rasa memang tak boleh bawa bincang.
Kepal isi ayam kisar, sebatikan dengan bawang, sayur jika suka pastu goreng. Laju aje budak-budak makan.Cuti sekolah buat aktiviti memasak dengan anak-anak lagi menyeronokkan.
Jom tengok resipi mudah dari Zuraida Muhamad @ Kak Ura ni pasti lazat dan mengenyangkan. Yang penting bebas MSG dan bahan ramuan homemade terbaik
AYAM KEPAL MINI OLEH KAK URA
BAHAN-BAHAN :
Isi ayam atau ayam kisar
bawang
roti keping
lobak (x letak pun x pe)
kepingan keju (xletak pun xpe)
garam sikit
serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kak ura blend je bahan2 tu. Tapi cheese dan serbuk roti tu , jangan blend skli tau (kak Ura guna blender kering tu je)
2.Dah siap blend tu, kepal2 je bahan blend tadi.. Kalau nk ltk cheese , buat macam cekmek tu. Pastu isi lah cheese ( nak buat dengan cara sendiri pun xpe )
3.Sebelum nak goreng. Salut dengan serbuk roti.
4.Goreng sampai masak.
Dah siap!! Senang kan?!
Cuti sekolah ni ajak anak-anak sekali pun lagi seronok. Selamat mencuba!!
Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
Terasa nak makan Apam Balik panas-panas tapi tak tau nak beli dekat mana? Meh cuba buat sendiri. Resipi ni memang mudah. 30 minit je dah siap dan boleh makan. Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri. Masak pun guna kuali non-stick je. Boleh cuba.
APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanilla – jika suka
BAHAN INTI:
Jagung cream dalam tin
Kacang tumbuk
Gula
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.
4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).
5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.
6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. Nak letak coklat pun boleh.
7. Biar hingga rangup dan angkat. Semasa masak, pastikan guna api yang kecil.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!