Selain sedap, bentuk dan hiasan adalah tarikan utama tetamu  untuk menjamah biskut-biskut yang terhidang di meja bila lebatan. Dengan menggunakan kreativiti,  korang boleh pelbagaikan hiasan, corak dan warna dipermukaan biskut dengan mengguna gula aising  sebagai hiasan. Tak salah mencuba korang mencuba untuk kelainan di Hari Raya nanti.

14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

  • 150 gm mentega
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm gula aising
  • 60 gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanila

BAHAN HIASAN:

  • Gula aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula aising dan esen vanila. Kacau rata.
  2. Masaukkan tepung jagung dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canaikan doh dan terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  6. Bila masak, keluarkan dari ketuhar.
  7. Setelah sejuk hias permukaan biskut dengan gula aising.
  8. Setelah gula aising keras,baru simpan dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT CORNFLAKES BERKEJY

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 80gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 10gm conflakes | kisar
  • 20gm keju parut
  • 10gm conflakes kisar
  • 1 sudu kecil esen vanila

BAHAN HIASAN:

  • Gul asing

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula halus dan esen vanila. Kacau rata.
  2. Masukkan conflakes kisar dan keju parut. Terus kacau.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canaikan adunan dan terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun ke dalam loyang pembakar.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan gula icing.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.

14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

 BISKUT  BADAM NESTUM

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm tepung gandum
  • 90gm mentega
  • 60gm gula aising
  • 30gm serbuk badam
  • 20nestum | kisar
  • 10gm tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila

BAHAN HIASAN:

  • Gula aising

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula aising dan esen vanila. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk badam, nestum dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canaikan adunan dan terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun ke dalam loyang pembakar.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan gula aising yang telah disiapkan.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT NESTUM

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 70gm gula halus
  • 1 sudu kecil shortening
  • 1/2 biji kuning telur
  • 160gm tepung gandum
  • 30gm nestum | kisar halus
  • 30gm tepung jagung

BAHAN HIASAN:

  •  Gula aising

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
  2. Masukkan nestum dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum.
  4. Uli hingga  menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan mengikut pilihan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan.
  8. Akhir sekali, hias dengan gula aising.
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT OAT

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 140gm tepung gandum
  • 100gm mentega
  • 30gm gula halus
  • 20gm croquant
  • 30gm oat kisar
  • 30gm tepung kentang
  • 10gm lemak sayuran

BAHAN HIASAN:

  • Gula aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula halus dan lemak sayuran. Kacau rata.
  2. Masukkan croquant dan oat. Terus kacau rata.
  3. Masukkan tepung kentang adan tepung gandum.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan adunan dan terap dengan acuan kesukaan.
  6. Susun ke dalam loyang pembakar.
  7. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  8. Setelah biskut sejuk hiaskan dengan gula aising.
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

 BISKUT  CORNFLAKES KELAPA

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 80gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 10gm conflakes | kisar
  • 10 kelapa kering
  • 1 sudu teh esen vanila

BAHAN HIASAN:

  • Gula aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula halus dan esen vanilla. Kacau rata.
  2. Masukkan conflakes kisar dan kelapa kering. Terus kacau rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canaikan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun ke dalam loyang pembakar.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan gula aising di atasnya.
  8. Jika belum sedia dihidangkan masukkannya dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

 BISKUT BADAM

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh vanila
  • 30gm serbuk badam
  • 40gm susu tepung
  • 30gm kelapa panggang
  • 40gm tepung beras
  • 100gm tepung gandum

BAHAN HIASAN:

  • Gula aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, gula aising dan vanilin. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk badam, susu tepung, kelapa panggang, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
  3. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canailan adunan dan terap dengan acuan kesukaan. Susun ke dalam loyang pembakar.
  5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  6. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
  7. Setelah gula aising keras, simpan dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

IKLAN

BISKUT LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • 110gm mentega
  • 50gm gula aising
  • 20gm crisco
  • 1/3sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu tEh lemon pes
  • 10gm tepung kastad
  • 160gm tepung gandum
  • 10gm tepung kentang

BAHAN HIASAN:

  • Gula Aising

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega,Crisco, pes lemon dan gula aising.
  2. Masukkan semua bahan kering dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Canaikan adunan dengan acuan kesukaan dan susun ke dalam loyan.
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  5. Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal aising.
  6. Setelah gula aising keras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT NESTUM  OAT

BAHAN-BAHAN:

  • 120 m mentega
  • 20 gm conflakes | kisar
  • 40 gm gula perang
  • 150 gm tepung gandum
  • 30 gm coklat urai
  • 30 gm oat | kisar halus

BAHAN HIASAN:

  • Gula Aising
  • Coklat

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dan gula perang. Kacau rata.
  2. Masukkan conflakes kisar, oat dan Terus kacau lagi.
  3. Kemudian masukkan pula tepung gandum dan uli hingga jadi doh lembut.
  4. Akhir sekali masukkan coklat urai, uli rata.
  5. Canai doh, kemudian terap dengan acuan kegemaran anda.
  6. Susun doh yang telah diterap di dalam dulang pembakar.
  7. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  8. Bila biskut, hiaskan di atasnya dengan royal icing
  9. Setelah gula aising mengeras, hiaskan di atasnya dengan huruf SELAMAT HARI RAYA menggunakan coklat yang telah dicairkan di atasnya.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara jika belum sedia dihidangkan

14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT COCO CRUNCH NESTUM

BAHAN-BAHAN:

  • 170gm tepung gandum
  • 140gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 20gm conflakes | kisar
  • 10gm coco crunch | kisar
  • 20gm tepung jagung
  • 1 sudu tehNescafe | bancuh dengan sedikit air

BAHAN HIASAN:

  • Gula aising

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan mentega, gula halus dan nescafe. Kacau sebati.
  2. Masukkan conflakes kisar, tepung jagungr dan cococrunch. Kacau rata lagi .
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Canailan adunan, kemudian terap dengan acuan kesukaan.
  5. Susun ke dalam loyang pembakar.
  6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  7. Bila biskut sejuk, hiaskan dengan royal icing.
  8. Setelah gula aising keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT  BADAM RANGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 10gm shortening
  • 1/2 biji kuning telur
  • 180gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 20 gm badam cincang

BAHAN HIASAN:

  • Royal icing

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Masukkan badam cincang. Kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh, kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
  8. Setelah royal icing sejuk, boleh simpan biskut dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT GAJUS

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 56gm gula halus
  • 10gm shortening
  • 1/2biji kuning telur
  • 180gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 1/4sudu teh serbuk penaik
  • 10 gm gajus | kisar halus

BAHAN HIASAN:

  • Gula Aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega, shortening, gula halus dan kuning telur. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau.
  3. Masukkan gajus dan adun lagi
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh dan terap dengan acuan kesukaan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan. Hiaskan dengan royal icing.
  8. Setelah royal icing keras, biskut sedia dihidangkan.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

BISKUT HAZELNUT

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula halus
  • 170gm tepung gandum
  • 20gm tepung jagung
  • 10gm hazelnut | kisar halus
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh  pes kopi

BAHAN HIASAN:

  • Gula Aising

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega dan gula halus. Kacau rata.
  2. Masukkan serbuk penaik dan tepung jagung. Terus kacau rata.
  3. Masukkan hazelnut dan tepung jagung. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canaikan doh kemudian terap dengan acuan kesukaan anda.
  6. Susun dalam loyang dan bakar selama 15 minit dengan suhu 170◦C.
  7. Bila masak, sejukkan.
  8. Hiaskan dengan royal icing.
  9. Bila royal icing keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.

 14 Koleksi Biskut Raya Sedap, Rangup & Cantik Sungguh Dengan Hiasan Gula Aising.

 TAT PUJANGGA
BAHAN-BAHAN:

  • 160gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu makan tepung jagung
  • 100gm mentega
  • 1 sudu makan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • Jem nenas secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Gula Aising

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan gula aising.  Gaul rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan gaul hingga menjadi doh.
  4. Canaikan adunan terap dengan acuan berbentuk bunga.
  5. Ambil jem nenas dan letakkan ditengah tengahnya.
  6. Susun ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 20 minit dengan suhu 170C.
  8. Bila sejuk, hiaskan dengan royal icing.
  9. Setelah icing sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI