Hero Remaja kembali lagi dalam edisi yang ke-11 dengan kehadiran Scha Alyahya dan Dato’ Rosyam Nor sebagai juri tetap program pencarian “Hero Remaja 2021” dan Shaza Bae (Dewi Remaja 2019) bergandingan dengan Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020) sebagai hos sepanjang program ini yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) atau boleh distrim melalui aplikasi Astro Go dan On Demand sebanyak 8 episod setiap hari Sabtu bermula 11 September ini tepat jam 9 Malam.
12 Finalis Hero Remaja 2021 akan di nilai dari segi potensi dan kelebihan setiap finalis sepanjang program ini sebelum dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir nanti.
Ads
Mulai 22 September, penonton juga boleh menonton keletah dan gelagat sebanyak 8 “webepisode” pengalaman Bersama 12 finalis Hero Remaja 2021 ini menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan.
Kelebihan program pencarian “Hero Remaja 2021” kalini adalah finalis perlu merebut dua gelaran selain gelaran juara Hero Remaja 2021 iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite. Penonton yang mempunyai hero pilihan boleh mengundi dengan menekan butang ‘vote’ pada profil hero pilihan anda melalui laman web www.remaja.my/hero pada setiap hari dan akan terus di buka sehingga finale.
Turut di raikan selaku penaja program pencarian “Hero Remaja 2021”, Nivea Men yang akan mempersiapkan finalis sepanjang program ini ditayangkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021 melalui laman web www.remaja/hero, Facebook [Majalah Remaja], dan Instagram [majalahremaja]
Hashtag :
#HeroRemaja
#HeroRemaja2021
#majalahremaja
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau bercakap tentang masakan Melayu, memang sukar untuk dipisahkan daripada penggunaan cili. Sama ada sambal tumis, masak merah, asam pedas, kari atau pelbagai jenis lauk berkuah, cili merupakan antara bahan yang memainkan peranan penting dalam memberikan rasa pedas serta warna yang menarik pada masakan.
Namun begitu, masih ramai yang keliru antara cili boh, cili kisar dan cili kering. Ada yang menganggap ketiga-tiganya adalah bahan yang sama, cuma berbeza nama. Hakikatnya, setiap satu mempunyai ciri, kegunaan dan cara penyediaan yang berbeza.
Mengetahui perbezaan cili boh dan cili kisar bukan sahaja membantu menghasilkan masakan yang lebih sedap, malah boleh menjimatkan masa ketika memasak serta memudahkan pemilihan bahan mengikut jenis hidangan yang ingin disediakan.
Cili kering merupakan cili merah yang telah melalui proses pengeringan bagi mengurangkan kandungan air dan memanjangkan jangka hayat penyimpanannya.
Ia biasanya dijual dalam bentuk asal yang panjang, berkedut dan berwarna merah gelap. Sebelum digunakan dalam masakan, cili kering perlu diproses terlebih dahulu.
Kebiasaannya, cili kering akan dipotong, dibuang sebahagian biji jika mahu mengurangkan kepedasan, direbus sehingga lembut dan seterusnya dikisar bersama sedikit air.
Daripada proses inilah terhasilnya cili kisar atau cili boh yang sering digunakan dalam masakan harian.
Kelebihan membeli cili kering ialah pengguna boleh mengawal sendiri tahap kepedasan, kebersihan dan kualiti bahan yang digunakan. Selain itu, ia juga lebih tahan lama jika disimpan dengan betul di dalam bekas kedap udara.
Cili kisar ialah cili kering yang telah direbus dan dikisar bersama air sehingga menjadi pes yang halus dan mudah digunakan.
Di pasar raya, cili kisar biasanya dijual dalam paket atau bekas plastik yang sedia digunakan terus tanpa perlu diproses semula.
Teksturnya lebih cair berbanding cili boh kerana kandungan air yang lebih tinggi.
Cili kisar sering digunakan untuk sambal tumis, mee goreng, nasi goreng, kuah mi rebus, kari dan pelbagai jenis gulai.
Oleh kerana kandungan airnya lebih banyak, bahan ini biasanya perlu ditumis lebih lama bagi menghilangkan bau mentah dan menghasilkan warna yang lebih menarik.
Ramai tukang masak berpengalaman berpendapat bahawa proses menumis sehingga benar-benar pecah minyak merupakan antara rahsia utama untuk mendapatkan sambal yang sedap dan tahan lebih lama.
Cili boh juga berasal daripada cili kering yang telah direbus dan dikisar. Namun begitu, kandungan airnya lazimnya lebih rendah berbanding cili kisar.
Disebabkan teksturnya yang lebih pekat, ia sering digunakan dalam masakan yang memerlukan warna merah yang lebih menyerlah serta rasa cili yang lebih kuat.
Antara masakan popular yang menggunakan cili boh ialah sambal nasi lemak, sambal ayam penyet, sambal ikan bakar, asam pedas dan sambal sotong.
Ramai peniaga makanan memilih bahan ini kerana ia mampu memberikan warna merah yang lebih cantik tanpa perlu menggunakan kuantiti yang terlalu banyak.
Ramai pengguna beranggapan bahawa nama produk menentukan tahap kepedasan. Sebenarnya, kepedasan lebih banyak dipengaruhi oleh jenis cili yang digunakan semasa penghasilan produk tersebut.
Walau bagaimanapun, setiap jenama mempunyai formulasi tersendiri. Sebab itu terdapat produk yang kurang pedas dan ada juga yang sangat menyengat walaupun berada dalam kategori yang sama.
Ini merupakan antara persoalan yang paling kerap ditanya ketika menyediakan cili kering untuk kegunaan sendiri.
Ramai beranggapan bahawa biji cili ialah bahagian paling pedas. Hakikatnya, kandungan pedas utama banyak tertumpu pada lapisan putih di bahagian dalam cili yang dikenali sebagai plasenta.
Walaupun begitu, biji cili masih menyumbang kepada tahap kepedasan dan turut mempengaruhi tekstur masakan.
Jika mahukan sambal yang lebih merah, halus dan tidak terlalu pedas, sebahagian biji boleh dibuang sebelum proses merebus dilakukan.
Jika gemarkan rasa pedas yang lebih kuat, biji tersebut boleh dikekalkan.
Sama ada menggunakan cili kisar atau cili boh, penyimpanan yang betul amat penting bagi mengelakkan kerosakan serta pertumbuhan kulat.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa kedua-dua jenis pes ini boleh dibekukan selama beberapa minggu tanpa menjejaskan kualiti dengan ketara jika disimpan dengan baik.
Memahami perbezaan cili boh dan cili kisar membantu pengguna memilih bahan yang paling sesuai mengikut jenis masakan. Jika mahu menyediakan bahan dari awal, cili kering merupakan pilihan terbaik. Jika mahukan penyediaan yang cepat dan praktikal, cili kisar sangat sesuai untuk kegunaan harian. Bagi mereka yang mengutamakan warna merah yang lebih menyerlah dan rasa yang lebih pekat, cili boh sering menjadi pilihan utama.
Apa yang penting, pemilihan bahan yang betul sejak awal mampu memberi kesan besar kepada hasil akhir masakan. Kadangkala rahsia masakan yang menjadi bukan hanya terletak pada resipi, tetapi juga pada pemahaman terhadap bahan yang digunakan.
Jollibee, rangkaian restoran yang popular, bekerjasama dengan sambal Nasi Lemak Village Park kegemaran tempatan untuk “menyertakan kegembiraan anda” dengan sentuhan Malaysia pada Chickenjoy ikonik mereka, Nasi Lemak Chickenjoy.
Tawaran edisi terhad ini menggabungkan Chickenjoy istimewa Jollibee dengan sambal terkenal Village Park, dihidangkan bersama nasi lemak, ikan bilis rangup, hirisan timun yang menyegarkan dan telur rebus. Gabungan hidangan ini yang sangat memuaskan dengan rasa yang enak. Sambal Village Park dengan rasa pedas melengkapkan Chickenjoy dengan sempurna.
Kerangupan ayam yang digandingkan dengan nasi lemak yang harum, ikan bilis yang rangup dan hirisan timun yang menyegarkan, setiap suapan pastinya memenuhi citarasa.
“Sejak memperkenalkan Jollibee Chickenjoy pada 1978, misi kami adalah untuk menyebarkan keseronokan makan dan menawarkan menu yang lazat. Bekerjasama dengan sambal Nasi Lemak Village Park yang popular di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia, kami telah mencipta semula hidangan kebangsaan yang digemari ini dengan Chickenjoy istimewa kami,” kata Ng Sze En, Pengurus Pemasaran Jollibee Malaysia.
Nasi Lemak Chickenjoy kini boleh didapati di semua cawangan Jollibee di seluruh Malaysia Barat dan Timur dengan harga RM15.99, menampilkan seketul Chickenjoy. Bagi mereka yang ingin menggandakan kegembiraan, pelanggan boleh memilih Nasi Lemak Chickenjoy dengan dua ketul Chickenjoy, berharga RM20.99 di Malaysia Barat dan RM21.99 di Malaysia Timur.
Raikan kegembiraan bersama rakan dan keluarga dengan pilihan set kombo Jollibee yang sesuai.
Jollibee Nasi Lemak Chickenjoy Value Bundles Di Malaysia Barat:
Set Bundle Jollibee untuk 2 (Harga RM44.99)
Set Bundle Jollibee termasuk dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy setiap satu dengan satu (1) ketul Chickenjoy. Set ini juga dilengkapi dengan satu (1) Coleslaw besar, satu (1) Jolly Cheesy Fries, dan dua (2) minuman ringan sederhana pilihan anda.
Set Bundle Jollibee untuk Kumpulan (Harga RM 84.99)
Sesuai untuk majlis dengan kuantiti yang lebih besar. Set ini termasuk lima (5) ketul Chickenjoy, dua (2) hidangan kuah, dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy set setiap satu dengan satu ( 1) ketul Chickenjoy, satu (1) Jolly Cheesy Fries, satu (1) coleslaw besar, dan empat (4) minuman ringan sederhana pilihan anda.
Jollibee Nasi Lemak Chickenjoy Value Bundles di Malaysia Timur:
Set Bundle Jollibee untuk 2 (Harga RM44.99)
Set Bundle Jollibee di Malaysia Timur didatangkan dengan dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy, setiap satu dengan satu (1) ketul Chickenjoy, dua (2) coleslaw saiz sederhana, satu (1) Jolly Cheesy Fries dan dua (2) minuman ringan sederhana pilihan anda.
Set Bundle Jollibee untuk Kumpulan (Harga RM 84.99)
Set Bundle Jollibee untuk kumpulan termasuk lima (5) ketul Chickenjoy, dua (2) hidangan kuah, dua (2) hidangan Nasi Lemak Chickenjoy set setiap satu dengan satu (1) ketul daripada Chickenjoy, satu (1) Jolly Cheesy Fries, dua (2) coleslaw sederhana dan empat (4) minuman ringan sederhana pilihan anda.
Hidangan pakej Jollibee Nasi Lemak Chickenjoy dan Nasi Lemak Chickenjoy boleh didapati sekarang sehingga 30 November 2024. Ia juga boleh dipesan untuk dibawa pulang atau dihantar melalui GrabFood atau FoodPanda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Nasi Lemak Chickenjoy dan tawaran Jollibee lain ikuti Jollibee di media sosial.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Kaswi Beras Pulut Hitam yang lembut, lemak manis dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama tip untuk menghasilkan kuih tradisional yang sedap dan memikat selera.