Biskut pelbagai rasa dan rupa yang menarik ni memang sedap dinikamati bila-bila masa pun. Ambil sebalang kunyah sambal menonton tv tau-tau licin aje balang tu. Yang pasti hiasan dan corak biskut tu boleh membangkit selera sesiapa jua.

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 Nah ni 12 aneka biskut@cookies dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin, Yummilicios Cakes n Cookies sudi berkongsi 12 resipi biskut  bersama RASA. Laku keras ni kalau buat jualan lagi pulak secara online.

 1. CEREAL & SUNFLOWER SEED COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • ½ biji telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 30 gm biji bunga matahari
  • 30 gm campuran ceri hijau dan merah

Bahan hiasan :

  • Serbuk nestum secukupnya
  • Biji bunga matahari panggang secukupnya

 CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla, telur, pukul rata
  3. Masukkan tepung gandum,dan baking powder.
  4. Masukkan biji bunga mata dan ceri.
  5. Gaul rata hingga terbentuk doh.
  6. Jemput sedikit dan salut dengan serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.
  7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan kuaci atau biji labu

2. MELTING MOMENTS COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 30 gm corn flakes | dihancur

Bahan hiasan:

Cornflakes hancur secukupnya untuk hiasan.

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.
  4. Masukkan cornflakes hancur, gaul rata hingga jadi doh
  5. Jemput sedikit doh dan golekkan ke dalam cornflakes hancur.
  6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar hingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat lembut.

3. PANDAN SNOW COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 85 gm mentega
  • 85 gm gula kastor
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 142 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
  • 2 sudu teh perisa pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau

Bahan hiasan:

  • Kelapa parut kering

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen perisa pandan, pewarna hijau dan telur, kemudian pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik
  4. Kemudian masukkan doh ke dalam beg piping.
  5. Bentukkan ikut bentuk kegemaran, dan taburkan kelapa parut kering.
  6. Panaskan oven dan bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF: Gunakan kelapa parut yang dijual dalam tin.

4. TRIPLE M & M COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  •  100 gm mentega
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 50 gm gula aising
  • ½ biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 230 gm tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik | diayak

Bahan hiasan :

  • Coklat M & M secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung, gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum, dan hingga membentuk doh.
  4. Simpankan sebentar di dalam peti ais lebih kurang 10 – 15 minit.
  5. Bentukkan bulat dan tekan dengan garfu.
  6. Susunkan coklat M & M diatasnya. Susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
  7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Susun biskut jarak jauh sedikit kerana ia akan mengembang. Dohnya agak lembut.

5. HAPPINESS SHIP COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  •  100 gm mentega
  • 1 sudu makan susu tepung
  • 50 gm gula aising
  • ½ biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 230 gm tepung gandum gandum | diayak
  • 30 gm badam  | dihancurkan kasar

Bahan hiasan :

  • Kacang badam, buah-buahan campuran dan coklat urai warna warni secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan susu tepung.
  3. Masukkan tepung gandum dan masukkan badam hingga menjadi doh.
  4. Simpankan doh sebentar di dalam peti ais selama 10 minit.
  5. Bentukkan dengan acuan bentuk kapal.
  6. Hiaskan dengan kacang badam, buah-buahan campuran dan taburkan coklat urai.
  7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius dan perang keemasan.

INFO CHEF : Coklat M & M ini juga boleh dimasukkan dalam adunan jika suka, anggaran 30 gm

6. MILKY ALIEN COOKIES

IKLAN

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  •  125 mentega
  • ½ tin susu pekat manis
  • 400 gm tepung jagung | diayak
  • 4 sudu makan susu tepung | diayak

Bahan hiasan :

  • Cip coklat dan coklat urai

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.
  2. Adunkan semua bahan hingga menjadi doh.
  3. Bentukkan menjadi seperti choc kiss.
  4. Hiaskan dengan cip coklat dan coklat urai.
  5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius, bakar api bawah sehingga 25 minit hingga di bawahnya perang keemasan.

INFO CHEF : Hanya dengan menggunakan empat bahan anda boleh membuat biskut alien yang sedap ini.

7. LEMON & CHERRY BUTTER COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan mentega
  • 1 ½ cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2/3 cawan jus lemon
  • 4 cawan tepung naik sendiri | diayak
  • ½ sudu teh garam halus
  • 3 sudu makan parutan kulit lemon
  • 1 sudu teh baking soda | diayak

Bahan hiasan :

  • Ceri merah dan ceri hijau

CARA MEMASAK :

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan jus lemon dan telur, pukul rata

3. Masukkan tepung naik sendiri.

4. Masukkan garam halus dan baking soda

5. Akhir sekali masukkan kulit lemon, gaul dana adun hingga membentuk doh

6, Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 10 minit.

7. Masukkan ke dalam piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dengan buah ceri

8. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.

INFO CHEF : Kaya dengan rasa lemon yang masam dan manis. Biskut ini tidak muak dimakan.

8. TANGY ORANGE BUTTER COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan mentega
  • 1 ½  cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2/3 cawan jus oren
  • 4 cawan tepung naik sendiri | diayak
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh baking soda | diayak
  • 2 sudu makan parutan kulit oren

Bahan hiasan :

IKLAN
  • Parutan kulit oren secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan jus oren dan telur dan pukul rata.

3. Masukkan tepung naik sendiri.

4. Masukkan garam halus dan baking soda

5. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren

6. Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 10 minit

7. Masukkan ke dalam piping beg, dan bentukkan serta hiaskan dengan kulit oren yang diparut

8. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.

INFO CHEF : Boleh tambah pewarna oren untuk warna lebih menyerlah. Gunakan oren Sunkist atau jenama berkualiti untuk rasa lebih sedap.

9. ROSE VELVET COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  • 200gm mentega
  • 30gm shortening
  • 220gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 300gm tepung gandum | diayak
  • 30gm tepung koko | diayak
  • 50gm tepung jagung | diayak
  • ¾ sudu teh serbuk penaik | diayak
  • ¾ sudu teh baking soda | diayak
  • ¼ sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1sudu makan pewarna merah

Bahan hiasan :

  • Biji manik warna perak saiz sederhana secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pukul mentega danshortening dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan cuka makan,vanilla,pewarna merah serta, telur, pukul rata

3. Masukkan tepung gandum,serbuk penaik,garam,tepung jagung dan tepung koko

4. Masukkan garam halus dan baking soda, gaul rata.

5. Masukkan adunan kedalam piping beg dengan nozzle bunga

6, Hiaskan dengan manik

7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius bakar lebih kurang 15-20min.

IKLAN

INFO CHEF : Adunannya agak lembut, jadi ia lebih sesuai dibentukkan secara piping.

10. CAPPUCINO BUTTER COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 240gm mentega
  • 4sudu teh pes serbuk kopi
  • 80gm gula aising
  • 220gm tepung naik sendiri | diayak
  • 80gm tepung jagung | diayak
  • 25gm serbuk badam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan:

  • Gula berbentuk hati warna merah secukupnya

CARA MEMASAK :

 1.Pukul mentega, gula aising hingga kembang.

2.Masukkan pes kopi,vanilla dan telur, pukul rata

3.Masukkan tepung naik sendiri,tepung jagung dan serbuk badam

4.Masukkan kedalam piping beg, dan paipkan seperti semperit.

5. Hiaskan dengan gula hati warna merah

6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Serbuk kopi dijadikan pes dengan mencampurkan dengan air secukupnya hingga menjadi pes.

11. COFFEE AND CEREAL COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN :

  • 50 gm mentega
  • 1 biji telur |  kuning sahaja
  • 20 gm gula aising
  • 80 gm tepung naik sendiri | diayak
  • 30 gm instant coffee | diayak
  • ½ sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan :

  • Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.
  4. Adun menjadi doh hingga boleh diterap dengan acuan biskut @ cookie cutter
  5. Hiaskan dengan corn flakes hancur dan cip coklat putih.
  6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda boleh memasukkan sedikit corn flakes untuk rasa yang lebih rangup

12. RAINBOW RING COOKIES

12 Biskut Gerenti Rangup & Sedap dari Nor Shahidah. Gerenti Laku Sangat Ni…

 BAHAN-BAHAN:

  • 200gm mentega
  • 80gm gula aising
  • 250gm tepung gandum | diayak
  • 80gm gajus | dikisar

Bahan hiasan:

  • Manik biji warna warni @ thousand sprinkles, secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega, gula icing hingga kembang.
  2. Masukkan gajus kisar dan tepung gandum
  3. Terapkan dengan acuan pemotong biskut
  4. Hiaskan dengan thousand sprinkles.
  5. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.

INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan jenis kacang yang lain seperti walnut dan pistachio.

RESEPI : NOR SHAHIDAH MOHD MAHAYADIN

Terima kasih : D’Kayangan , Seksyen 13, Shah Alam. Ig : shidamahayadin fb : Yummilicious cakes n cookies

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI