Rasa tahun ini kembali dengan program memasak Rasa Nostalgia Kampung Style yang telah ditayangkan bermula 22 Mac yang lalu, setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
Episod pertama menampilkan Chef Adu selaku hos dan Dato’ AC Mizal bersama anaknya, Reeve Damien yang telah berkongsi sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan. Gulai Lemak Cili Api Udang dan pencuci mulut, Bubur Pulut Hitam menjadi pilihan mereka. Mudah dimasak, rasa pun enak.
Dalam episod kedua, Chef Adu bersama Roy Azman dan adiknya, Uji memasak dua menu nostalgia mereka iaitu Gulai Ikan Masin Nanas dan Kuih Qasidah yang melambangkan negeri kelahiran asal mereka iaitu Temerloh, Pahang. Fuhhh sedapnya! Memang tak jemu dimakan.
Namie dari kumpulan UBI bersama ibunya mengimbau kenangan bulan Ramadan dengan menghidangkan masakan negeri asal Batu Kikir, Negeri Sembilan iaitu Perut Lembu Masak Lemak Cili Api dan Kuih Sopang dalam episod ketiga Rasa Nostalgia Kampung Style.
Ramai yang tidak menyangka yang pelakon, Ezzaty Abdullah adalah seorang hantu durian. Mewakili negeri Pahang, Ezzaty bersama adiknya akan menyediakan juadah berbuka puasa yang cukup istimewa iaitu Ikan Patin Tempoyak dan Pengat Durian.
Untuk episod 5 pula menampilkan anak jati kelahiran Sabah, Zizi Kirana bersama rakan baiknya, Ain AF yang bakal menyediakan juadah berbuka dipanggil Sagol/Sinagol dan Kelupis. Teringin nak cuba? Boleh salin resipi dan cuba sendiri di rumah nanti.
Kami kongsikan 10 resipi nostalgia yang telah dikongsi oleh lima barisan selebriti ini. Masakan tentunya jadi lebih enak apabila menggunakan rempah daripada BABA’S.
MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
Udang Galah
Segenggam cili padi
1 sudu besar BABA’S Serbuk kunyit
Sekeping asam keping
2 batang serai
Daun kunyit
Santan
Air
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar cili padi.
Di dalam kuali, masukkan BABA’S Serbuk Kunyit, air dan bahan tumbuk tadi. Masukkan juga serai dan asam keping. Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
Bila sudah mendidih, masukkan udang dan daun kunyit. Tunggu sehingga udang sedikit masak.
Kemudian, masukkan santan dan garam secukupnya.
Siap dan sedia dihidangkan.
BUBUR PULUT HITAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan pulut hitam
6 cawan air | untuk merebus pulut
2 helai daun pandan | carik dan simpul
2 cawan santan
½ ketul gula Melaka
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air dan daun pandan sehingga lembut dengan api sederhana. Biarkan pulut hitam masak dan kuah menjadi pekat.
Masukkan gula Melaka, secubit garam dan santan.
Masak sehingga sebati.
Siap.
GULAI IKAN MASIN NANAS
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang kering (atau apa-apa jenis ikan)
1 biji nanas mengkal
4 sudu BABA’S Serbuk Kari Ikan Masin
5 keping asam gelugur
Santan
Garam | jika perlu
BABA’S Serbuk Cili
BAHAN TUMBUK:
4 ulas bawang putih | ditumbuk
2 ulas bawang besar | ditumbuk
Sedikit halia | ditumbuk
Sedikit gula
Sedikit garam
BAHAN TUMIS:
3 tangkai daun kari
Sedikit halba
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Manis
CARA MEMASAK:
Ikan potong ikut saiz yang disukai.
Rendam ikan untuk hilangkan sedikit masinnya.
Tumbuk kasar sedikit bawang merah, bawang putih, halia, gula dan garam.
Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumiskan daun kari, halba dan bahan tumbuk. Gaul sebati.
Masukkan BABA’S Serbuk Jintan Putih dan BABA’S Serbuk Jintan Manis. Kacau sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan BABA’S Serbuk Kari Ikan Masin dan tambahkan sedikit air.
Masukkan ikan talang kering dan gaul sebati.
Masukkan nanas, asam gelugur serta sedikit BABA’S Serbuk Cili. Gaul sebati.
Jangan lupa masukkan santan dan kacau sebati.
Bila ikan dah masak, boleh tutup api.
Hidangan sedia dihidangkan.
KUIH QASIDAH
BAHAN-BAHAN:
BABA’S Campuran Kesari
5 ulas bawang merah | dihiris halus
4 sudu besar minyak (untuk gorengan)
7 sudu besar gula pasir
Minyak sapi / butter
Sedikit air kapur
Sedikit air
Sedikit garam halus
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali, masukkan minyak sapi dan minyak ke dalam kuali. Tunggu sehingga minyak panas.
Sementara menunggu minyak panas, masukkan air kapur, garam, sedikit air ke dalam mangkuk berisi bawang merah. Gaul sebati.
Bila minyak dah panas, goreng bawang merah sehingga garing. Angkat dan toskan.
Di dalam kuali lain, panaskan air dan masukkan BABA’S Campuran Kesari. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul, pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan bawang goreng diatasnya.
Hiaskan dengan daun kari. Sedia dihidangkan.
PERUT LEMBU MASAK LOMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Perut lembu – dibersihkan, direbus & dipotong
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1 biji kelapa – perah santan
1 batang serai | dititik
Segenggam cili padi | kisar/tumbuk
Rebung
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perut lembu direbus hingaa lembut dan empuk.
Tumbuk kasar cili padi, sedikit garam dan BABA’S Serbuk Kunyit.
Di dalam periuk, masukkan perut lembu yang sudah dipotong serta bahan-bahan tumbuk tadi.
Masukkan serai, rebung dan santanke dalam periuk.
Rebuskan lagi hingga mendidih. Taburkan garam secukupnya.
Biarkan atas api yang perlahan. Kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
KUIH SOPANG
BAHAN-BAHAN:
500g tepung pulut
Air
Kelapa parut
Garam
Gulau anau
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Untuk inti, masukkan kelapa parut dan gula anau ke dalam kuali. Tambahkan air secukupnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula pasir. Kacau hingga gula anau mencair dan sebati.
Di dalam mangkuk; masukkan tepung pulut dan air. Uli sehingga menjadi doh yang kenyal.
Sediakan pengukus dan masukkan air. Panaskan pengukus.
Ambil plastik, sapukan mentega atau minyak untuk ratakan doh.
Ambil sedikit doh, bulatkan dan tekan di bahagian tengah. Masukkan inti, kemudian lipat seperti bentuk karipap.
Masukkan kuih ke dalam loyang pengukus.
Tuangkan santan yang telah dibancuh dengan air dan garam. Tuangkan agak-agak menutupi aras Kuih Sopang.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Siap untuk dihidangkan.
IKAN PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan patin
Tempoyak
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
Daun kesum
½ batang timun tua
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar cili padi, kunyit dan tambahkan sedikit BABA’S Serbuk Cili.
Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam kuali dan tambahkan sedikit air. Masukkan juga BABA’S Serbuk Kunyit. Kacau rata.
Masukkan sedikit tempoyak dan gaul rata. Tunggu hingga menggelegak.
Masukkan asam keping dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan ikan dan timun tua. Tunggu sehingga ikan masak.
Tambahkan daun kesum dan bunga kantan.
Bila dah mendidih, boleh tambah garam dan gula secukupnya.
Siap untuk dihidangkan.
SERAWA DURIAN & SERABAI
Ads
BAHAN-BAHAN SERAWA DURIAN:
1 biji durian
Gula Melaka Asli
2 cawan santan
2 helai daun pandan | diikat
CARA MEMASAK:
Cairkan gula Melaka dengan sedikit air di dalam kuali. Masukkan juga daun pandan.
Masukkan isi durian dan santan.
Kacau hingga menggelegak.
Tambahkan secubit garam.
Padamkan api dan siap!
BAHAN-BAHAN SERABAI:
2 cawan BABA’S Tepung Puttu Mayam
1 sudu kecil serbuk yis
½ cawan nasi
2 cawan santan
Gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan BABA’S Tepung Puttu Mayam, santan, nasi, sedikit gula, serbuk yis dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Jangan biarkan adunan terlalu cair.
Tuang ke dalam bekas dan biarkan selama setengah jam, sehingga yis kembang.
Masukkan sedikit minyak dan ambil sesenduk adunan serabai lalu tuang di atas kuali. Tutup dengan penutup.
Tunggu dalam beberapa minit dan boleh diangkat.
SAGOL @ SINAGOL
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
500gm ikan pari | boleh juga guna ikan jenis lain
Sekeping asam keping
3 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 inci halia | ditumbuk
Cili padi secukupnya (kuantiti mengikut tahap kepedasan) | ditumbuk
2 batang serai | diketuk
Minyak masak
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
Rebuskan ikan hingga masak. Masukkan juga asam keping dan sedikit garam. Biarkan selama 10-15 minit.
Toskan airnya dan biarkan sejuk. Air rebusan disimpan untuk kuah.
Jika ingin cepat sejuk carik-carikkan pari dengan mengasingkan isi dengan tulang.
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili dan halia. Masukkan juga BABA’S Serbuk Kunyit dan tumbuk sekali dengan bahan-bahan tadi.
Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tadi serta serai. Tumis hingga naik bau.
Kemudian, masukkan isi ikan dan gaul sebati.
Boleh tambahkan air rebusan ikan tadi jika mahu sedikit berkuah.
Tambahkan garam dan gula secukupnya.
Siap dan sedia dihidangkan.
KELUPIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
Garam
Daun pisang
Tali raffia
CARA MEMASAK:
Masukkan santan ke dalam kuali dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan beras pulut. Kacau hingga sebati dan masak.
Ambil daun pisang dan sudukan ke dalam daun pisang. Bungkus dan lipat dengan kemas.
Ikat bungkusan pulut dengan tali raffia supaya tidak terbuka.
Bungkus lagi hingga adunan habis.
Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam.
Sejukkan pulut dan sedia dihidangkan.
AMBUYAT
Ads
BAHAN-BAHAN:
Tepung sagu
Air suhu bilik
Air panas
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung sagu ke dalam periuk dan masukkan air bersuhu bilik secukupnya.Kacau hingga sebati.
Masukkan pula air panas sehingga nampak tepung menjadi pejal.
Kemudian, kacau hingga menjadi jernih.
Jika air tak cukup panas, boleh masak di atas dapur gas.
Siap dan sedia dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE
Jangan lupa tonton RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE pada setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minggu ketiga Rasa Nostalgia Kampung Style dimulakan dengan kehadiran Zila Bakarin, diikuti dengan Amar Baharin, Esma Daniel, Iqram Dinzly dan Ayie Floor88 bersama hos jemputan, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan. Pelbagai resipi menarik yang dikongsikan oleh barisan selebriti tanah air ini. Tentunya resipi ini menggamit nostalgia ketika di bulan Ramadan.
Dalam episod ke-11, Zila Bakarin bersama Jaafar Onn telah berkongsi dua menu istimewa iaitu Ikan Singgang Cuka dan Karipap Kentang. Nampak sedap sungguh resipi yang dikongsi oleh mereka. Memang kena sangatlah masak untuk berbuka puasa.
Amar Baharin pula berkongsi resipi Rendang Ayam Tua Nenek dan Kuih Kaswi. Katanya, resipi rendang ini memang antara yang ditunggu-tunggu ketika bulan Ramadan. Siap ada buku resipi nenek lagi!
Bukan itu sahaja, Esma Daniel turut berkongsi menu nostalgianya dalam episod 13 iaitu Rendang Kerang dan Overnight Rolled Oats. Bukan overnight oats yang biasa, siap ada Masala Overnight Rolled Oats lagi. Menarik kan?
Paling tak sangka, pandai juga rupanya Iqram Dinzly memasak di dapur, dibantu oleh ibunya. Menu yang dikongsi adalah Kari Kepala Ikan dan Sambal Jawa. Hmm sedapnya!
Terakhir dalam minggu ketiga menampilkan Ayie Floor 88 bersama Che Ta berkongsi menu Briyani Ayam dan Sagu Gula Melaka di dapur Rasa Nostalgia Kampung Style. Sedapnya menu. Memang padu!
Resipi-resipi yang dikongsi oleh mereka tentunya lebih enak apabila menggunakan rangkaian produk dari BABA’S. Memang melengkapi hidangan kita dan auto jadi lebih sedap. Kami kongsikan resipi untuk anda cuba. Jom kita lihat bahan-bahannya.
IKAN SINGGANG CUKA
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
5-6 keping ikan Tenggiri
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu kecil biji sawi
1 inci halia
2 batang serai
Cili padi | dibelah dua (kuantiti mengikut tahap kepedasan)
Air secukupnya
5 batang bendi
2 batang cili merah
Asam keping
2 biji tomato | dibelah 4
½ biji timun
1 mangkuk kecil cuka
CARA MEMASAK:
Perapkan ikan tenggiri dengan BABA’S Serbuk Kunyit dan gorengkan ikan terlebih dahulu.
Ambil satu senduk minyak goreng ikan tadi, tumiskan biji sawi, bawang kecil, bawang putih, halia, cili padi dan serai.
Tambah air dan masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi serta bendi, cili merah, asam keping, dan cuka. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan timun, garam, gula dan tomato.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
KARIPAP KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Daging
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil minyak masak
2 sudu besar marjerin
Air
Sedikit air kapur
3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
Garam
Gula
1 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Untuk inti; goreng bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.
Masukkan kiub pati ayam dan gaul sebati.
Masukkan BABA’S Serbuk Kari Daging dan BABA’S Serbuk Cili. Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
Masukkan kentang yang telah dipotong dalam bentuk kiub.
Tambah rasa dengan gula dan garam.
Untuk kulit karipap; di dalam mangkuk berisi tepung, masukkan garam dan gaul sebati.
Kemudian, masukkan marjerin yang telah dicairkan bersama sedikit minyak masak. Tuangkan air ke dalam tepung dan uli hingga sebati.
Masukkan air kapur.
panaskan minyak bersama marjerin. Kemudian, tuangkan air ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu.
Kemudian, masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati.
Rehatkan selama 4 jam.
Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
RENDANG AYAM TUA NENEK
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
2 sudu besar BABA’S Serbuk Rendang
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
500gm ayam tua
Santan pekat
Kerisik
2 batang serai | dititik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 biji buah keras
2 keping asam keping
Gula
Garam
Gula melaka
2 keping daun limau purut
BAHAN-BAHAN KISAR:
Segenggam cili kering | direbus terlebih dahulu
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 kiub pati ayam
2 inci lengkuas
1 inci halia
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Masukkan serai, kulit kayu manis, buanga lawang, buah pelaga dan buah keras dan tumis hingga naik bau.
Kemudian, masukkan bahan kisar dan gaul sebati.
Masukkan BABA’S Serbuk Cili, BABA’S Serbuk Rendang dan BABA’S Serbuk Kunyit. Kacau dan biar sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, asam keping serta daun limau purut, gaul dan masak sehingga ayam berubah warna.
Tuangkan santan dan gaul sebati.
Taburkan daun kunyit tambah pati kiub ayam.
Masukkan kerisik dan garam.
Bila dah pekat sikit, dan gula melaka.
Siap.
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 sudu tepung beras
1 cawan gula merah
¾ cawan gula putih
4 ½ cawan air
Kelapa parut
CARA MEMASAK:
Cairkan gula merah dan gula putih bersama empat cawan air menggunakan api perlahan.
Campurkan tiga jenis tepung di dalam satu bekas.
Masukkan air gula yang sudah disejukkan seketika ke dalam campuran tepung.
Gaul semua adunan sehingga sebati. Boleh juga menggunakan pengisar untuk memastikan semua adunan sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus dalam tempoh 15 hingga 20 minit.
Selepas siap dikukus, taburkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
Kuih kaswi sedia disajikan dan dinikmati keenakannya.
OVERNIGHT ROLLED OATS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
2 sudu oat
2 sudu besar greek/Plain Yogurt
Susu rendah lemak secukupnya
1 sudu kecil chia seed
Anggur
Nanas
Pisang
1 sudu besar tomato | dipotong dadu
1 sudu besar timun | dipotong dadu
Garam
Daun ketumbar | dicincang halus
Daun pudina | dicincang halus
CARA MEMASAK:
Campurkan oat, susu, yogurt dan chia seed.
Kacau sebati.
Tambahkan BABA’S Serbuk Lada Hitam dan BABA’S Serbuk Jintan Putih.
Tambahkan sedikit susu.
Campurkan buah-buahan bersama daun pudina dan daun ketumbar.
Kacau rata dan simpan selama sekurang-kurangnya 12 jam.
RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
2 sudu BABA’S Serbuk Rendang
3 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1kg kerang
1 kotak santan pekat
1 paket kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris
Kulit kayu manis | bahan tumis
Bunga lawang | bahan tumis
Buah keras | bahan tumis
Buah pelaga | bahan tumis
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
Gula
Garam
Gula melaka
BAHAN-BAHAN KISAR:
1 genggam cili kering
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
Air secukupnnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan BABA’S Serbuk Cili, BABA’S Serbuk Kunyit dan BABA’S Serbuk Rendang. Gaul sebati.
Kisar halus bahan-bahan kisar bersama pes campuran tadi.
Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Tumis hingga betul-betul naik minyak.
Masukkan kerang, gaul dan masak sehingga berubah warna.
Tuangkan santan, masukkan kerisik, asam keping dan garam.
Bila dah pekat sikit, tambah daun limau purut dan gula melaka.
Letak garam dan perasa. Taburkan daun kunyit bila kuah dah pekat.
Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN:
1 sudu BABA’S Serbuk Kari Ikan
2 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
1 ekor kepala ikan merah
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit daun kari
1 cawan santan pekat
1 biji tomato | dibelah 4
5 batang bendi
Garam dan gula secukup rasa
Biji sawi
Air secukupnya
Air asam jawa
2 batang terung
BAHAN KISAR:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 inci halia
2 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Ikan
2 cawan santan cair
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, halia, BABA’S Serbuk Kari Ikan dan santan cair.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah 4 sekawan.
Masukkan juga bahan kisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari.
Masukkan kepala ikan dan boleh tambahkan BABA’S Serbuk Cili jika mahu pedas. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati.
Masukkan biji sawi.
Tambahkan air asam jawa.
Masukkan bendi dan terung. Gaul sebati.
Masukkan garam dan gula. Tuangkan juga santan pekat. Gaul sebati.
Tambahkan tomato selama 2-3 minit.
Siap dan sedia dihidang.
SAMBAL JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili besar
Kentang | digoreng
Tempe | digoreng
Suhun
Tauhu | digoreng
Ikan bilis
Kicap
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
Goreng semua bahan di atas. Gunakan BABA’S Serbuk Kunyit untuk mencantikkan warna.
Rendam suhun.
Hiris bawang merah, bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau.
Tumbuk sedikit ikan bilis.
Tumiskan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris.
Kemudian, masukkan BABA’S Serbuk Cili dan BABA’S Serbuk Kunyit, garam dan sedikit gula.
Masukkan suhun dan kacau. Masukkan bahan yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali, masukkan kicap. Kacau sebati.
BRIYANI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan BABA’S Rempah Briyani
1 sudu makan BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas
1 ekor ayam | dipotong 10
1 mangkuk kecil puri tomato
1 mangkuk kecil santan
Minyak sapi
Lemon
1 senduk cili mesin
½ tin tomato
¾ tin susu
½ biji lemon
Bawang goreng | hiasan
BAHAN-BAHAN TUMIS:
Minyak sapi
Minyak masak
3 ulas bawang merah | dimayang
2 ulas bawang putih | dimayang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 biji cili merah | dipotong dua, jangan putus
1 biji cili hijau | dipotong dua, jangan putus
1 biji tomato | dibelah 4
Daun pandan simpul
BAHAN-BAHAN KISAR:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia dan lengkuas
3 batang serai
Sedikit kismis
Sedikit gajus
2 tangkai daun saderi
2 tangkai daun pudina
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan tumis sampai garing.
Sementara itu, satukan rempah briyani, rempah kari dan cili mesin yang dibancuh dengan air sampai jadi pes likat.
Masukkan pes rempah dan masak sampai pecah minyak. Kacau supaya rempah tidak berkerak.
Masukkan ayam, puri tomato, susu cair ke dalam rempah yang telah pecah minyak tadi.
Masak hingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Perasakan dengan garam dan gula.
Dah masak, taburkan gajus, bawang goreng, daun pudina dan daun saderi.
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
200gm sagu
2 ketul gula Melaka
4 sudu gula perang
Air
Susu cair
CARA MEMASAK:
Rebus sagu bersama air hingga masak.
Toskan sagu sambil lalukan di bawah air mengalir untuk membuang kanji. Toskan.
Tambah sedikit sirap. Letak dalam peti sejuk.
Untuk air gula melaka; panaskan 3 cawan air, gula Melaka dan gula perang. Panaskan.
Bila sudah mendidih dan air gula sudah sedikit pekat, boleh tutup api.
Untuk hidangan; letak sagu di dalam bekas, tuang air gula Melaka dan tuangkan susu cair.
Siap dan sedia untuk dimakan.
TONTON RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE
Jangan lupa tonton RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE pada setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
Minggu kedua Rasa Nostalgia Kampung Style menyaksikan lima orang selebriti tanah air iaitu Betty Rahmad, Sazzy Falak, Ezzrin Loy, Ustazah Asni Mansor dan Aishah Retno bersama Chef Wan dan Chef Ismail sebagai hos jemputan berkongsi resipi nostalgia masing-masing di bulan Ramadan.
Episod ke-6 menampilkan gandingan Chef Wan sebagai hos dan Betty Rahmad sebagai selebriti jemputan. Dua menu yang menjadi pilihan mereka Sambal Bilis Jering Cambah dan Kuih Onde-Onde. Hasilnya nampak sedap-sedap belaka. Memang kecur liur dibuatnya.
Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style episod 7, Chef Wan pula telah memasak menu ‘special’ untuk Sazzy Falak iaitu Ayam Kalio dan Cucur Jagung Dhal. Wow nampak sungguh menyelerakan. Cara nak buatnya juga cukup mudah.
Dalam episod 8, Chef Wan dan Ezzrin Loy telah memilih Rendang Udang dan Puding Karamel sebagai menu nostalgia untuk berbuka puasa. Rendang Udang tu memang nampak meriah. Anda memang wajib cuba untuk Hari Raya nanti.
Bulan puasa ni semua nampak sedap. lebih-lebih lagi kalau lauk pauk kampung. Memang berselera makan masa berbuka. Untuk episod ke-9, Chef Ismail bersama Ustazah Asni Mansor untuk memasak menu nostalgia iaitu Daging Salai Lomak dan Apam Johol. Wah, hebat juga menunya!
Episod ke-10 pula menyaksikan Aisha Retno masuk dapur. Ha…Biasa tengok di pentas nyanyian je. Kali ni, bersingsing lengan masak menu nostalgia Ramadan. Meriah betul jadinya. Aisha memilih Bakso dan Lompat Tikam untuk dihidangkan kepada Chef Ismail.
Nampaknya, semua resipi mereka sedap-sedap belaka. Hasilnya pun memang nampak menyelerakan. Apatah lagi bila menggunakan rempah BABA’S. Bertambah enak masakan dibuatnya. Kami kongsikan 10 resipi yang boleh dicuba nanti. Jom kita lihat bahan-bahannya.
SAMBAL BILIS JERING CAMBAH
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
2-3 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Halia | dikisar
Lengkuas | dikisar
Cili padi hijau secukupnya | dikisar
5 tangkai cili merah besar | dikisar
Sedikit belacan | dikisar
1 helai daun limau purut | dikisar
Sedikit air
Garam
Minyak masak
Ikan bilis
Jering cambah secukupnya | dihiris sederhana
CARA MEMASAK:
Gaulkan rata BABA’S Serbuk Kunyit bersama ikan bilis. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana atau kecil hingga pecah minyak. Masukkan BABA’S Serbuk Cili. Sesekali kacau untuk elakkan hangus.
Bila sambal sudah masak, bolehlah masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi bersama jering cambah. Gaul rata.
Tambahkan BABA’S Serbuk Ketumbar dan sedikit garam. Gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
KUIH ONDE-ONDE
BAHAN-BAHAN:
5-6 helai daun pandan
1 ½ cawan air
1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung berasa/tepung gandum
¼ sudu kecil pewarna hijau
Gula melaka secukupnya
Garam
Kelapa parut | gaul bersama kuih
CARA MEMASAK:
Gunting kasar daun pandan. Kisar dengan air dan tapis. Ambil airnya sahaja.
Masukkan tepung pulut dan tepung beras.
Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
Masukkan pewarna hijau jika mahu.
Uli menjadi doh dan ketepikan.
Potong kepada kiub kecil gula nise @ gula melaka.
Kemudian, ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
Letak gula di tengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
Panaskan air. Air perlu dalam jumlah yang banyak supaya ada ruang untuk buah melaka timbul.
Bila dah terapung, boleh angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih panas.
AYAM KALIO
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Manis
BABA’S Serbuk Lada Hitam
1 ekor ayam
300ml santan
10 tangkai cili merah | dikisar
10 tangkai cili padi | dikisar
5 biji buah keras | dikisar
6 batang serai | dikisar
2 helai daun limau purut | dikisar
Kulit limau purut | ambil warna hijau sahaja & dikisar
1 inci halia | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 ulas bawang merah | dikisar
3 helai daun kaun kunyit | dihiris nipis
Sedikit air
Garam
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan juga dua batang serai yang telah diketuk serta daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata.
Masukkan ayam. Bila ayam sudah agak kecut, boleh masukkan BABA’S Serbuk Kunyit, BABA’S Serbuk Ketumbar dan BABA’S Serbuk Jintan Putih. Gaul sebati.
Boleh tambahkan lagi daun limau purut jika suka.
Kemudian, masukkan santan. Gaul sebati.
Tambahkan juga BABA’S Serbuk Cili untuk menaikkan warna.
Masukkan garam secukup rasa. Perahkan jus limau mengikut cita rasa.
Reneh hingga kering dan pekat.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
CUCUR JAGUNG DHAL
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
1 sudu kecil BABA’S Serbuk Ketumbar
2 cawan tepung gandum
Garam
Bawang besar
Cili hijau | dihiris
1 mangkuk kacang dhal
2 biji telur
Udang kering
Daun kucai secukupnya
Soda bikarbonat
3 sudu besar jagung dalam tin
CARA MEMASAK:
Potong memanjang daun kucai dan potong dadu bawang besar.
Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, BABA’S Serbuk Kunyit, BABA’S Serbuk Ketumbar, garam, bawang besar, lada hijau, daun kucai, garam, kacang dhal, jagung dan udang kering ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
Tambah air jika perlu.
Senduk adunan cucur dan masukkan ke dalam kuali.
Goreng hingga keperangan dan angkat.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Ikan
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
3 ekor udang galah
5 biji bawang besar | dihiris
5 ulas bawang putih
2 inci halia | dihiris
2 batang serai | dihiris
Minyak masak
Daun kunyit
Cili kisar
Santan
Kerisik
Gula melaka
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, serai dan halia hingga kekuningan.
Kisar bawang besar, bawang putih serai dan halia.
Tuang bahan kisar ke dalam kuali berisi bawang merah, serai dan halia tadi.
Kemudian, masukkan cili yang dikisar, diikuti dengan BABA’S Serbuk Kari Ikan, BABA’S Serbuk Ketumbar dan BABA’S Serbuk Cili. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan rempah masak untuk seketika. Kemudian, masukkan gula melaka, kerisik dan santan.
Masukkan udang galah dan biarkan rendang masak untuk seketika.
Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan gula
6 biji telur
3 biji kuning telur
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 mangkuk kecil krim
300ml susu UHT
¼ cawan gula kastor
CARA MEMASAK:
Atas api perlahan, masak gula sehingga keperangan. Tuangkan ke dalam loyang pembakar.
Satukan telur, kuning telur, garam, esen vanilla, krim, susu UHT dan gula di dalam satu mangkuk dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 30-35 minit pada suhu 160C.
Siap dan sedia dihidangkan.
DAGING SALAI LOMAK
BAHAN-BAHAN:
3kg daging salai
1 mangkuk santan segar
3 keping asam keping
Segenggam pucuk ubi
BAHAN KISAR:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampong
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging salai dan bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan juga asam keping.
Masukkan santan dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan pucuk ubi. Sentiasa kacau.
Masak sehingga daging empuk.
Siap untuk dihidangkan.
APAM JOHOL
BAHAN-BAHAN:
Daun rambai
300gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
100gm gula merah | larutkan dengan 1 ½ cawan air
2 sudu besar gula pasir
½ bungkus yis
CARA MEMASAK:
Untuk menghidupkan yis; masukkan yis, gula pasir dan sedikit air ke dalam mangkuk. Tunggu hingga berbuih.
Satukan marjerin dengan tepung hingga sebati.
Tuangkan gula pasir dan gula merah ke dalam mangkuk.
Bila yis dah aktif, boleh masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan lagi sedikit air.
Gaul sebati. Kalau nak cepat, boleh kisar adunan menggunakan pengisar.
Pastikan bancuhan adunan tidak terlalu cair.
Perap adunan sehingga naik 2 kali ganda/perap sehingga 3 jam.
Bersihkan daun rambai sebelum membungkus.
Sapukan permukaan daun rambai dengan minyak dan letakkan bancuhan adunan.
Letakkan ¾ penuh adunan pada daun.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
BAKSO
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA DAGING BAKSO:
500 gram daging lembu
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 biji bawang merah | ditumbuk
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Garam
SUP BAKSO:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar BABA’S Serbuk Ketumbar
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
500 gram tulang lembu
3-4 ulas bawang putih | ditumbuk
1 batang serai – diketuk
2 biji buah keras
Garam
Gula
3-4 liter air rebusan daging
BAHAN SAYURAN:
Kubis – hiris halus
Daun sup daun bawang – hiris halus
Bawang goreng
SAMBAL:
Segenggam cili padi merah
4-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka makan
Air rebusan daging
CARA MEMASAK:
BEBOLA DAGING BAKSO
Masukkan kesemua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus
Masukkan adunan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit sebelum digentel bulat menjadi bebola daging mengikut saiz
Masak air hingga mendidih dan masukkan bebola daging, rebus menggunakan api kecil sehingga bebola timbul
Ceduk keluar dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air ais.
SUP BAKSO:
Masukkan tulang lembu, bawang putih, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Ketumbar, BABA’S Serbuk Jintan Putih dan masukkan air.
Masukkan buah keras, serai dan halia ketuk.
Rebus hingga mendidih. Masukkan daram dan gula secukup rasa.
SAMBAL:
Rebus cili untuk hilangkan rasa pijar.
Tumbuk sehingga lumatdan masukkan cuka
Tuang sedikit air rebusan daging
LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK WARNA HIJAU:
1 cawan BABA’S Tepung Beras
3 cawan air (2cawan air + 1 cawan air daun pandan)
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
KEPALA SANTAN:
2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
PULUT MERAH:
1 cawan beras pulut
Sedikit pewarna merah
Santan cair
AIR NISE:
2 keping nise/gula Melaka
1 cawan air
Sedikit gula pasir
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK:
UNTUK WARNA PUTIH & HIJAU:
Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk.
Masukkan santan dan gaul sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah air.
Masukkan sedikit tepung jagung untuk mendapatkan tekstur yang berkilat.
Jangan lupa masukkan garam dan air kapur.
Untuk bahagian berwarna hijau, tambahkan pewarna hijau pandan.
Di dalam periuk, masukkan adunan dan kacau sebati dengan api sederhana.
Kacau sehingga meletup-letup dan berkilat.
Masukkan ke dalam loyang atau bekas.
Mulakan dengan warna putih, diikuti dengan warna hijau.
KEPALA SANTAN
Kacau sebati dengan api sederhana sehingga mendidih
Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.
PULUT MERAH
Basuh beras pulut, rendam dengan pewarna merah dalam 15 minit.
Toskan beras pulut.
Masukkan beras pulut dalam acuan bersama santan cair paras tenggelam beras pulut dan sedikit garam.
Kukus sehingga masak.
AIR NISE:
Masukkan ketulan gula Melaka, daun pandan, sedikit gula pasir dan air secukupnya.
Masak sehingga larut.
TONTON RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE
Jangan lupa tonton RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE pada setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
Rasa Nostalgia Kampung Style memasuki minggu keempat dan tentunya pada minggu ini pelbagai resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti yang dijemput memeriahkan dapur Rasa Nostalgia Kampung Style ini. Perkongsian resipi yang tentunya menggamit memori ketika bulan Ramadan.
Episod ke-16 dimulakan dengan dimulakan dengan penampilan Chef Ismail bersama penyanyi, Amir Masdi. Menu istimewa yang dikongsi adalah Asam Pedas Kuah Lada dan Kuih Ros Goyang.
Dalam episod 17, giliran Chef Ismail dan Shashic pula berkongsi dua menu menggamit memori iaitu Nasi Minyak Daging Kurma dan Kuih Cara Berlauk.
Selain itu, Che Ta bersama penyanyi, Sufian Suhaimi turut beraksi di dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dalam episod ke-18. Memang kecoh dibuatnya! Tak kering gusi melihat aksi mereka berdua memasak Mee Bandung dan Cucur Udang Kari Nostalgia.
Episod ke-19 menyaksikan Sabronzo memasak bersama Che Ta dimana mereka memilih Sup Tulang Siam dan Bubur Nangka sebagai menu menggamit nostalgia di bulan Ramadan. Nampak sedap betul hidangan ini. Nak buatnya pun nampak ringkas.
Terakhir dalam minggu keempat menampilkan Che Ta bersama Ayu Raudhah berkongsi dua menu iaitu Ayam Geprek dan Kanji Utagha. Bila dua beradik ni beraksi di dapur, memang gamat dibuatnya. Anda kena tengok sendiri gelagat mereka berdua.
Semua resipi ini tentunya lebih enak dan menyelerakan apabila menggunakan rangkaian produk dari BABA’S. Kami kongsikan 10 resipi yang boleh anda cuba di rumah.
ASAM PEDAS KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan mayong
Kerisik
1 inci halia | dititik
2 genggam daun kari secukupnya
1 sudu besar halba
Daun limau purut
Sedikit air asam jawa
1 batang terung
6 batang bendi
2 sudu kecil gula
BAHAN KISAR:
2 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
1 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas
1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
1 sudu besar BABA’s Serbuk Jintan Manis
Segenggam cili kering | rendam dan rebus
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan dengan air asam atau air limau dan rendam seketika untuk hilangkan bau hanyir.
Panaskan minyak, masukkan halia yang telah dititik, segenggam daun kari dan halba. Kacau rata.
Kemudian, masukkan daun limau purut.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa.
Masukkan ikan, terung dan bendi. Biarkan masak seketika.
Tambahkan gula dan kacau rata.
Masukkan lebihan daun kari tadi.
Jangan lupa masukkan kerisik dan gaul rata.
Siap untuk dihidangkan.
KUIH ROS GOYANG
BAHAN-BAHAN:
4 cawan BABA’S Tepung Beras
½ cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan santan
2 biji telur ayam
1 sudu makan air kapur
Secubit garam
Minyak untuk rendaman acuan
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung beras, tepung gandum, telur, garam, air kapur dan santan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus
Tapis masuk ke dalam bekas besar untuk elakkan berketul.
Panaskan periuk berisi minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng
Celupkan acuan ke dalam periuk dalam anggaran 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas yang ada adunan kuih ros tadi.
Celup ¾ daripada acuan untuk mudahkan kuih ros tanggal, jangan celup keseluruhan acuan
Goyangkan loyang supaya ia tanggal dan goreng hingga keemasan. Siap!
NASI MINYAK & DAGING MASAK KURMA
NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
1kg Beras basmathi
6 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 cm kulit kayu manis
3 helai daun pandan
1.5 liter air
BAHAN HIRIS:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu besar garam
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi.
Tumiskan bawang hiris hingga kekuningan.
Tumis rempah 4 sekawan.
Masukkan kismis dan kacau seketika.
kemudian masukkan beras dan goreng.
Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
Pindah masuk dalam pressure cooker atau periuk nasi.
Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang. Kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak sapi pada bahagian atas nasi dengan 1 sudu besar minyak sapi.
Keluarkan hirisan halia dan daun pandan
Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.
DAGING MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar BABA’S Serbuk Kurma
1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
½ kg daging | direbus
2 sudu besar minyak sapi
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
2 cawan santan pekat
1 biji tomato | dipotong 4
2 biji kentang
Sedikir air asam jawa
Daun pandan
Daun pudina
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji tomato | dipotong 4
Segenggam daun pudina
3 batang cili hijau
1 mangkuk kacang gajus
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
BAHAN YOGURT:
1 mangkuk susu cair
1 mangkuk kecil jus limau nipis
CARA MEMASAK:
Untuk membuat yogurt; satukan susu cair dan jus limau nipis. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi, masukkan rempah tumis, bahan hiris dan daun pandan. Tumis hingga keperangan.
Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik bau.
Tambahkan BABA’S Serbuk Kurma dan BABA’S Serbuk Lada Hitam ke dalam periuk.
Masukkan daging, kentang dan tomato. Gaul sebati.
Masukkan daun pudina dan daun kari.
Masukkan yogurt tadi. Gaul rata. Tunggu hingga mendididih.
Masukkan garam secukupnya dan gaul sebati.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
CARA BERLAUK
BAHAN INTI DAGING:
1 sudu makan BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas | dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
100gm daging cincang
½ biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | potong dadu
Daun sup secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
BAHAN KUIH CARA:
1 sudu kecil BABA’S Serbuk Kunyit
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK INTI:
Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
Masak sehingga daging kering airnya.
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.
Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil.
Bila pan dah panas, tuangkan adunan kuih cara.
Kemudian letak daging, daun sup, daun bawang dan cili.
Masak atas api kecil, cucuk lidi bagi periksa dah masak atau belum.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk tumbuk kasar:
2 sudu besar udang kering
1-2 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Bahan lain:
1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Putih
Minyak
4-5 biji bawang merah kecil (homemade bawang goreng)
2 ketul tauhu
2-3 sudu besar cili kisar
2 sudu sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
100gm isi ayam
Anggaran 1 liter air
1 ikat sayur sawi
½ batang lobak merah
½ ketul kiub ayam
1 biji tomato
8-10 ekor udang
Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah (tambahan)
Hiasan:
Daun bawang
Cili merah
Limau nipis
Mi kuning
CARA MEMASAK:
Potong tomato, lobak merah, sawi yang dibahagikan batang dan daunnya.
Hiris nipis isi ayam.
Panaskan minyak dan goreng bawang yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Kerapkan mengacau bawang lalu angkat dan toskan minyak selepas ia sudah keperangan.
Kemudian, goreng tauhu sehingga keperangan dan goreng pula udang separuh masak lalu angkat.
Tumis bahan tumbuk kasar sehingga keperangan dan naik bau.
Selepas sudah garing, masukkan cili kisar dan sambung menumis selama anggaran 5 minit.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, hirisan isi ayam, dan BABA’S Serbuk Lada Putih. Gaul kesemuanya dan tunggu sehingga isi ayam masak.
Masukkan air, batang sawi, hirisan lobak merah dan renehkan kuah sebentar.
Masukkan kiub ayam (pilihan), hirisan tomato, udang, garam secukup rasa serta gula.
Bancuh tepung jagung bersama air dan tuangkan kedalam kuah. Tuang sedikit dahulu dan lihat tahap kepekatan kuah yang diingini.
Masukkan cili padi untuk tambah pedas kuah.
Letak 4 biji telur dan daun sawi. Kemudian, kuah mee bandung siap dimasak.
Celur mi dan sediakan bahan-bahan hiasan seperti daun bawang, cili merah serta limau nipis.
Selepas itu, mee bandung siap untuk dihidang bersama bahan-bahan hiasan.
CUCUR UDANG KARI NOSTALGIA
BAHAN-BAHAN:
3 sudu teh BABA’S Serbuk Kari
600 gram udang (buang kulit dan cincang)
2 biji bawang merah | cincang halus
1 batang lobak merah | cincang halus
2 tangkai lada merah | cincang halus
4 tangkai daun bawang | cincang halus
8 keping sengkuang cina | cincang halus
120 gram udang kering | cincang halus
300 gram tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan gula
1 ½ sudu teh garam
3 biji telur
200ml susu cair
100ml air
½ -1 kg minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur, susu, air dan minyak ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
Masukkan telur, susu dan air. Gaul sebati dan ketepikan selama ½ jam.
Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga habis. Goreng sehingga kekuning-kuningan dengan api sederhana.
Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.
SUP TULANG SIAM
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar BABA’S Rempah Sup
1kg daging + tulang
3 biji ubi kentang
1 batang serai
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang cili padi
2 biji tomato
Daun ketumbar
Daun bawang
3 sudu sos ikan
4 sudu limau nipis
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk.
Panaskan minyak dan tumiskan serai, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Masukkan BABA’S Rempah Sup dan gaul sebati. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan tulang, kentang, tomato dan sos ikan. Biarkan mendidih.
Bila dah mendidih, tambahkan gula, garam dan cili padi.
Masukkan air perahan limau nipis.
Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan daun bawang.
Siap!
BUBUR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nangka
1 cawan sago
1 kotak santan
2 helai daun pandan
2-3 gula melaka
Garam
3 cawan air
CARA MEMASAK:
rebuskan sago hingga kembang. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Didihkan air, masukkan gula Melaka dan daun pandan. Masak hingga gula cair mencair.
Masukkan nangka dan sago ke dalam air gula.
Masukkan santan dan kacau rata. Tunggu hingga mendidih tetapi jangan sampai pecah minyak.
Tambah garam dan kacau rata.
Siap dan sedia dihidangkan.
NASI AYAM GEPREK
BAHAN AYAM:
500gm Ayam
Tepung bestari pedas / tepung gandum
2-3 biji telur
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan tepung bestari pedas dan telur.
Gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak atau keperangan.
BAHAN SAMBAL GEPREK:
15 batang cili padi merah
3 batang cili besar
3 ulas bawang putih
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Kacang hancur
CARA MEMASAK SAMBAL GEPREK:
Gorengkan cili padi merah, cili besar dan bawang putih.
Masukkan kasar bahan yang digoreng tadi ke dalam lesung batu. Tambahkan garam dan gula. Tumbuk kasar.
Taburkan kacang hancur.
Siap!
BAHAN LAIN:
2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
Tauhu
Tempe
CARA MEMASAK:
Gaul tauhu dan tempe dengan BABA’S Serbuk Kunyit.
Di dalam kuali, panaskan minyak.
Gorengkan tauhu dan tempe hingga bertukar keperangan.
Siap
ULAM-ULAMAN:
Timun
Daun pudina
Daun selom
Kubis
Salad
KANJI UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk beras
200gm daging | direbus
2 sudu makan udang kering
Halba
1 batang serai | diketuk
1 inci halia | dihiris
Garam secukupnya
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
BAHAN TUMIS DARAT:
Bawang merah
Daun sup
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga menjadi bubur.
Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Di dalam kuali lain, gorengkan bawang merah hingga kekuningan dan naik bau.
Tuangkan bawang goreng tadi ke dalam bubur.
Taburkan daun sup dan siap.
TONTON RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE
Jangan lupa tonton RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE pada setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...