Rasa Nostalgia Kampung Style memasuki minggu keempat dan tentunya pada minggu ini pelbagai resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti yang dijemput memeriahkan dapur Rasa Nostalgia Kampung Style ini. Perkongsian resipi yang tentunya menggamit memori ketika bulan Ramadan.

Episod ke-16 dimulakan dengan dimulakan dengan penampilan Chef Ismail bersama penyanyi, Amir Masdi. Menu istimewa yang dikongsi adalah Asam Pedas Kuah Lada dan Kuih Ros Goyang.

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

Dalam episod 17, giliran Chef Ismail dan Shashic pula berkongsi dua menu menggamit memori iaitu Nasi Minyak Daging Kurma dan Kuih Cara Berlauk.

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

Selain itu, Che Ta bersama penyanyi, Sufian Suhaimi turut beraksi di dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dalam episod ke-18. Memang kecoh dibuatnya! Tak kering gusi melihat aksi mereka berdua memasak Mee Bandung dan Cucur Udang Kari Nostalgia.

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

Episod ke-19 menyaksikan Sabronzo memasak bersama Che Ta dimana mereka memilih Sup Tulang Siam dan Bubur Nangka sebagai menu menggamit nostalgia di bulan Ramadan. Nampak sedap betul hidangan ini. Nak buatnya pun nampak ringkas.

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

Terakhir dalam minggu keempat menampilkan Che Ta bersama Ayu Raudhah berkongsi dua menu iaitu Ayam Geprek dan Kanji Utagha. Bila dua beradik ni beraksi di dapur, memang gamat dibuatnya. Anda kena tengok sendiri gelagat mereka berdua.

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

Semua resipi ini tentunya lebih enak dan menyelerakan apabila menggunakan rangkaian produk dari BABA’S. Kami kongsikan 10 resipi yang boleh anda cuba di rumah.

ASAM PEDAS KUAH LADA

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan mayong
  • Kerisik
  • 1 inci halia | dititik
  • 2 genggam daun kari secukupnya
  • 1 sudu besar halba
  • Daun limau purut
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 batang terung
  • 6 batang bendi
  • 2 sudu kecil gula

BAHAN KISAR:

  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu besar BABA’s Serbuk Jintan Manis
  • Segenggam cili kering | rendam dan rebus
  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan dengan air asam atau air limau dan rendam seketika untuk hilangkan bau hanyir.
  2. Panaskan minyak, masukkan halia yang telah dititik, segenggam daun kari dan halba. Kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan daun limau purut.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Tambahkan air asam jawa.
  6. Masukkan ikan, terung dan bendi. Biarkan masak seketika.
  7. Tambahkan gula dan kacau rata.
  8. Masukkan lebihan daun kari tadi.
  9. Jangan lupa masukkan kerisik dan gaul rata.
  10. Siap untuk dihidangkan.

KUIH ROS GOYANG

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

 BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan BABA’S Tepung Beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu makan air kapur
  • Secubit garam
  • Minyak untuk rendaman acuan
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, telur, garam, air kapur dan santan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus
  2. Tapis masuk ke dalam bekas besar untuk elakkan berketul.
  3. Panaskan periuk berisi minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng
  4. Celupkan acuan ke dalam periuk dalam anggaran 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas yang ada adunan kuih ros tadi.
  5. Celup ¾ daripada acuan untuk mudahkan kuih ros tanggal, jangan celup keseluruhan acuan
  6. Goyangkan loyang supaya ia tanggal dan goreng hingga keemasan. Siap!

NASI MINYAK & DAGING MASAK KURMA

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

IKLAN

NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg Beras basmathi
  • 6 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 6 cm kulit kayu manis
  • 3 helai daun pandan
  • 1.5 liter air

BAHAN HIRIS:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 1 sudu besar garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi.
  2. Tumiskan bawang hiris hingga kekuningan.
  3. Tumis rempah 4 sekawan.
  4. Masukkan kismis dan kacau seketika.
  5. kemudian masukkan beras dan goreng.
  6. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
  7. Pindah masuk dalam pressure cooker atau periuk nasi.
  8. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang. Kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan selama 10 minit.
  9. Sapu minyak sapi pada bahagian atas nasi dengan 1 sudu besar minyak sapi.
  10. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan
  11. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

 DAGING MASAK KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar BABA’S Serbuk Kurma
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • ½ kg daging | direbus
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato | dipotong 4
  • 2 biji kentang
  • Sedikir air asam jawa
  • Daun pandan
  • Daun pudina
  • Daun kari

BAHAN KISAR:

  • 2 biji tomato | dipotong 4
  • Segenggam daun pudina
  • 3 batang cili hijau
  • 1 mangkuk kacang gajus

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 cm halia

BAHAN YOGURT:

  • 1 mangkuk susu cair
  • 1 mangkuk kecil jus limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat yogurt; satukan susu cair dan jus limau nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, masukkan rempah tumis, bahan hiris dan daun pandan. Tumis hingga keperangan.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik bau.
  4. Tambahkan BABA’S Serbuk Kurma dan BABA’S Serbuk Lada Hitam ke dalam periuk.
  5. Masukkan daging, kentang dan tomato. Gaul sebati.
  6. Masukkan daun pudina dan daun kari.
  7. Masukkan yogurt tadi. Gaul rata. Tunggu hingga mendididih.
  8. Masukkan garam secukupnya dan gaul sebati.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

CARA BERLAUK

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN INTI DAGING:

  • 1 sudu makan BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas | dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
  • 100gm daging cincang
  • ½ biji bawang Holland | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | potong dadu
  • Daun sup secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

BAHAN KUIH CARA:

  • 1 sudu kecil BABA’S Serbuk Kunyit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK INTI:

  1. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, daun sup, gula dan garam.
  4. Masak sehingga daging kering airnya.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.
  2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil.
  3. Bila pan dah panas, tuangkan adunan kuih cara.
  4. Kemudian letak daging, daun sup, daun bawang dan cili.
  5. Masak atas api kecil, cucuk lidi bagi periksa dah masak atau belum.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

MI BANDUNG

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

Bahan untuk tumbuk kasar:

  • 2 sudu besar udang kering
  • 1-2 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Bahan lain:

  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Putih
  • Minyak
  • 4-5 biji bawang merah kecil (homemade bawang goreng)
  • 2 ketul tauhu
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 100gm isi ayam
  • Anggaran 1 liter air
  • 1 ikat sayur sawi
  • ½ batang lobak merah
  • ½ ketul kiub ayam
  • 1 biji tomato
  • 8-10 ekor udang
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada sulah (tambahan)

Hiasan:

  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Limau nipis
  • Mi kuning

CARA MEMASAK:

  1. Potong tomato, lobak merah, sawi yang dibahagikan batang dan daunnya.
  2. Hiris nipis isi ayam.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Kerapkan mengacau bawang lalu angkat dan toskan minyak selepas ia sudah keperangan.
  4. Kemudian, goreng tauhu sehingga keperangan dan goreng pula udang separuh masak lalu angkat.
  5. Tumis bahan tumbuk kasar sehingga keperangan dan naik bau.
  6. Selepas sudah garing, masukkan cili kisar dan sambung menumis selama anggaran 5 minit.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, hirisan isi ayam, dan BABA’S Serbuk Lada Putih. Gaul kesemuanya dan tunggu sehingga isi ayam masak.
  8. Masukkan air, batang sawi, hirisan lobak merah dan renehkan kuah sebentar.
  9. Masukkan kiub ayam (pilihan), hirisan tomato, udang, garam secukup rasa serta gula.
  10. Bancuh tepung jagung bersama air dan tuangkan kedalam kuah. Tuang sedikit dahulu dan lihat tahap kepekatan kuah yang diingini.
  11. Masukkan cili padi untuk tambah pedas kuah.
  12. Letak 4 biji telur dan daun sawi. Kemudian, kuah mee bandung siap dimasak.
  13. Celur mi dan sediakan bahan-bahan hiasan seperti daun bawang, cili merah serta limau nipis.
  14. Selepas itu, mee bandung siap untuk dihidang bersama bahan-bahan hiasan.

CUCUR UDANG KARI NOSTALGIA

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 sudu teh BABA’S Serbuk Kari
  • 600 gram udang (buang kulit dan cincang)
  • 2 biji bawang merah | cincang halus
  • 1 batang lobak merah | cincang halus
  • 2 tangkai lada merah | cincang halus
  • 4 tangkai daun bawang | cincang halus
  • 8 keping sengkuang cina | cincang halus
  • 120 gram udang kering | cincang halus
  • 300 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu makan gula
  • 1 ½  sudu teh garam
  • 3 biji telur
  • 200ml susu cair
  • 100ml air
  • ½ -1 kg minyak masak | untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali telur, susu, air dan minyak ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
  2. Masukkan telur, susu dan air. Gaul sebati dan ketepikan selama ½ jam.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga habis. Goreng sehingga kekuning-kuningan dengan api sederhana.
  5. Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

SUP TULANG SIAM

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar BABA’S Rempah Sup
  • 1kg daging + tulang
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 batang serai
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 batang cili padi
  • 2 biji tomato
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • 3 sudu sos ikan
  • 4 sudu limau nipis
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus tulang hingga empuk.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  3. Masukkan BABA’S Rempah Sup dan gaul sebati. Tambahkan air secukupnya.
  4. Masukkan tulang, kentang, tomato dan sos ikan. Biarkan mendidih.
  5. Bila dah mendidih, tambahkan gula, garam dan cili padi.
  6. Masukkan air perahan limau nipis.
  7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan daun bawang.
  8. Siap!

BUBUR NANGKA

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nangka
  • 1 cawan sago
  • 1 kotak santan
  • 2 helai daun pandan
  • 2-3 gula melaka
  • Garam
  • 3 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. rebuskan sago hingga kembang. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Didihkan air, masukkan gula Melaka dan daun pandan. Masak hingga gula cair mencair.
  3. Masukkan nangka dan sago ke dalam air gula.
  4. Masukkan santan dan kacau rata. Tunggu hingga mendidih tetapi jangan sampai pecah minyak.
  5. Tambah garam dan kacau rata.
  6. Siap dan sedia dihidangkan.

NASI AYAM GEPREK

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN AYAM:

  • 500gm Ayam
  • Tepung bestari pedas / tepung gandum
  • 2-3 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan tepung bestari pedas dan telur.
  2. Gaul sebati.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak atau keperangan.

BAHAN SAMBAL GEPREK:

  • 15 batang cili padi merah
  • 3 batang cili besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Kacang hancur

CARA MEMASAK SAMBAL GEPREK:

  1. Gorengkan cili padi merah, cili besar dan bawang putih.
  2. Masukkan kasar bahan yang digoreng tadi ke dalam lesung batu. Tambahkan garam dan gula. Tumbuk kasar.
  3. Taburkan kacang hancur.
  4. Siap!

BAHAN LAIN:

  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • Tauhu
  • Tempe

CARA MEMASAK:

  1. Gaul tauhu dan tempe dengan BABA’S Serbuk Kunyit.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak.
  3. Gorengkan tauhu dan tempe hingga bertukar keperangan.
  4. Siap

ULAM-ULAMAN:

  • Timun
  • Daun pudina
  • Daun selom
  • Kubis
  • Salad

 

KANJI UTARA

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk beras
  • 200gm daging | direbus
  • 2 sudu makan udang kering
  • Halba
  • 1 batang serai | diketuk
  • 1 inci halia | dihiris
  • Garam secukupnya
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih

BAHAN TUMIS DARAT:

  • Bawang merah
  • Daun sup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga menjadi bubur.
  2. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  3. Di dalam kuali lain, gorengkan bawang merah hingga kekuningan dan naik bau.
  4. Tuangkan bawang goreng tadi ke dalam bubur.
  5. Taburkan daun sup dan siap.

 

TONTON RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE

Nampak Menyelerakan Hidangan Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style Minggu Ke-4 Ni. Wajib Cuba!

Jangan lupa tonton RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE pada setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI