Rasa Nostalgia Kampung Style sudah tiba di penghujungnya. Berbaki dua episod, dapur Rasa Nostalgia Kampung Style diserikan dengan kehadiran Catriona Ross bersama Chef Ismail dalam episod 21 dan penampilan Azrel Ismail bersama Che Ta dalam episod 22.

Kali ini, Catriona Ross dan Chef Ismail telah memasak dua menu nostalgia iaitu Gulai Daging Kawah dan Puteri Mandi. Gelagat mereka berdua memang mencuit hati! Cukup bersahaja.

Catriona Ross & Azrel Ismail Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

Manakala dalam episod terakhir menampilkan Azrel Ismail bersama Che Ta dimana mereka berdua telah berkongsi dua menu istimewa iaitu Rendang Itik serta Pulut Kuning dan juga Kuih Denderam. Wah, seronok betul tengok mereka main bunga api. Tak sabar rasanya nak beraya.

Catriona Ross & Azrel Ismail Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

Resipi kali ini tentunya direncahkan oleh BABA’S sekaligus menjadikan masakan anda menjadi lebih lazat dan membuka selera. Kami kongsikan empat resipi istimewa yang boleh anda cuba. Gerenti jadi!

GULAI DAGING KAWAH

Catriona Ross & Azrel Ismail Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kurma
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Manis
  • 3 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas
  • 2 kilo daging
  • 1 relung kecil gula nisan
  • 1 gelas air asam jawa
  • 3 senduk kecil budu
  • ½  cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 4 batang serai | diketuk
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 inci halia | diitik
  • ½ inci lengkuas | dititik
  • 3 biji bawang merah | dihiris
  • ½ keping gula nise

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Di dalam mangkuk, satukan BABA’S Serbuk Jintan Putih, BABA’S Serbuk Kunyit, BABA’S Serbuk Kurma, BABA’S Serbuk Jintan Manis, 3 sudu BABA’S Serbuk Ketumbar, BABA’S Serbuk Cili dan Serbuk Kari Daging Pedas. Tambahkan air dan gaul rata. Lebihkan air.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai.
  3. Masukkan bawang putih, halia, lengkuas dan bawang merah. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah tadi ke dalam kuali dan gaul sebati. Masak hingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan daging ke dalam kuali.
  6. Tambahkan sedikit budu untuk menaikkan rasa.
  7. Masukkan gula nise dan santan. Kacau sebati.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.

PUTERI MANDI

Catriona Ross & Azrel Ismail Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

BAHAN-BAHAN:

Bahan Doh:

  • 1 cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • ½ cawan air daun pandan

Bahan Sira Gula Melaka:

  • 2 ketul gula melaka bersaiz kecil
  • 2 sudu besar gula | boleh sesuaikan rasa
  • 1 helai daun pandan
  • ¼ cawan air
  • Secubit garam
  • ¾ cawan kelapa parut

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Satukan semua bahan doh kecuali air.
  2. Gaul rata dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Kemudian bulat bulatkan doh dan tekan sedikit di bahagian tengah doh tersebut.
  3. Ulang sehingga habis.
  4. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh tadi.
  5. Rebus sehingga doh timbul di permukaan.
  6. Angkat dan letakkan di dalam mangkuk berisi air sejuk.
  7. Ketepikan seketika.
  8. Di dalam kuali, masukkan Bahan Sira Gula Melaka kecuali kelapa parut.
  9. Masak sehingga gula larut sepenuhnya.
  10. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak seketika.
  11. Toskan doh tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  12. Masak sehingga kuah sedikit kering.
  13. Tutupkan api dan letakkan di dalam pinggan.
  14. Siap dan sedia dihidang.

 

RENDANG ITIK & PULUT KUNING

Catriona Ross & Azrel Ismail Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

PULUT KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • 500gm beras pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • 3-4 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Rendam pulut yang digaul bersama Serbuk Kunyit BABA’S sehingga lembut.
  2. Toskan pulut, buang airnya. Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut diatasnya.
  3. Panaskan pengukus sehingga lembut. Tuangkan sedikit minyak masak.
  4. Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan untuk santan meresap.
  5. Taburkan hirisan bawang merah dan bawang putih serta daun pandan.
  6. Siap.

 

IKLAN

RENDANG ITIK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Rendang
  • 1 ekor itik
  • 2 cawan santan
  • 3 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 3 helai daun kunyit | dihiris halus

BAHAN KISAR:

  • 1 genggam cili kering | dikisar
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 5 batang serai | dipotong halus

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
  2. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan BABA’S Serbuk Rendang dan gaul sebati.
  4. Masukkan itik, gaul sebati dan tunggu hingga itik masak.
  5. Kemudian, masukkan santan dan kacau rata.
  6. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan hirisan daun kunyit.
  7. Siap.

 

KUIH DENDERAM

Catriona Ross & Azrel Ismail Kongsi Resipi Menarik Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style

BAHAN-BAHAN:

  • BABA’S Campuran Kuih Denderam
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Uli BABA’S Campuran Kuih Denderam dengan sedikit minyak. Uli hingga doh tidak melekat pada tangan.
  2. Bulatkan adunan, tekan sedikit dan lubangkan pada bahagian tengah.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kuih hingga keperangan,
  4. Siap!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI