Minggu ketiga Rasa Nostalgia Kampung Style dimulakan dengan kehadiran Zila Bakarin, diikuti dengan Amar Baharin, Esma Daniel, Iqram Dinzly dan Ayie Floor88 bersama hos jemputan, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan. Pelbagai resipi menarik yang dikongsikan oleh barisan selebriti tanah air ini. Tentunya resipi ini menggamit nostalgia ketika di bulan Ramadan.

Dalam episod ke-11, Zila Bakarin bersama Jaafar Onn telah berkongsi dua menu istimewa iaitu Ikan Singgang Cuka dan Karipap Kentang. Nampak sedap sungguh resipi yang dikongsi oleh mereka. Memang kena sangatlah masak untuk berbuka puasa.

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

Amar Baharin pula berkongsi resipi Rendang Ayam Tua Nenek dan Kuih Kaswi. Katanya, resipi rendang ini memang antara yang ditunggu-tunggu ketika bulan Ramadan. Siap ada buku resipi nenek lagi!

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

Bukan itu sahaja, Esma Daniel turut berkongsi menu nostalgianya dalam episod 13 iaitu Rendang Kerang dan Overnight Rolled Oats. Bukan overnight oats yang biasa, siap ada Masala Overnight Rolled Oats lagi. Menarik kan?

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

Paling tak sangka, pandai juga rupanya Iqram Dinzly memasak di dapur, dibantu oleh ibunya. Menu yang dikongsi adalah Kari Kepala Ikan dan Sambal Jawa. Hmm sedapnya!

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

Terakhir dalam minggu ketiga menampilkan Ayie Floor 88 bersama Che Ta berkongsi menu Briyani Ayam dan Sagu Gula Melaka di dapur Rasa Nostalgia Kampung Style. Sedapnya menu. Memang padu!

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

Resipi-resipi yang dikongsi oleh mereka tentunya lebih enak apabila menggunakan rangkaian produk dari BABA’S. Memang melengkapi hidangan kita dan auto jadi lebih sedap. Kami kongsikan resipi untuk anda cuba. Jom kita lihat bahan-bahannya.

IKAN SINGGANG CUKA

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • 5-6 keping ikan Tenggiri
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • Cili padi | dibelah dua (kuantiti mengikut tahap kepedasan)
  • Air secukupnya
  • 5 batang bendi
  • 2 batang cili merah
  • Asam keping
  • 2 biji tomato | dibelah 4
  • ½ biji timun
  • 1 mangkuk kecil cuka

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ikan tenggiri dengan BABA’S Serbuk Kunyit dan gorengkan ikan terlebih dahulu.
  2. Ambil satu senduk minyak goreng ikan tadi, tumiskan biji sawi, bawang kecil, bawang putih, halia, cili padi dan serai.
  3. Tambah air dan masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi serta bendi, cili merah, asam keping, dan cuka. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan timun, garam, gula dan tomato.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

KARIPAP KENTANG

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Daging
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • Air
  • Sedikit air kapur
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • Garam
  • Gula
  • 1 kiub pati ayam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk inti; goreng bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris.
  2. Masukkan kiub pati ayam dan gaul sebati.
  3. Masukkan BABA’S Serbuk Kari Daging dan BABA’S Serbuk Cili. Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
  4. Masukkan kentang yang telah dipotong dalam bentuk kiub.
  5. Tambah rasa dengan gula dan garam.
  6. Untuk kulit karipap; di dalam mangkuk berisi tepung, masukkan garam dan gaul sebati.
  7. Kemudian, masukkan marjerin yang telah dicairkan bersama sedikit minyak masak. Tuangkan air ke dalam tepung dan uli hingga sebati.
  8. Masukkan air kapur.
  9. panaskan minyak bersama marjerin. Kemudian, tuangkan air ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu.
  10. Kemudian, masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati.
  11. Rehatkan selama 4 jam.
  12. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.

 

RENDANG AYAM TUA NENEK

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Rendang
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 500gm ayam tua
  • Santan pekat
  • Kerisik
  • 2 batang serai | dititik
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 biji buah keras
  • 2 keping asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Gula melaka
  • 2 keping daun limau purut

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • Segenggam cili kering | direbus terlebih dahulu
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Masukkan serai, kulit kayu manis, buanga lawang, buah pelaga dan buah keras dan tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar dan gaul sebati.
  3. Masukkan BABA’S Serbuk Cili, BABA’S Serbuk Rendang dan BABA’S Serbuk Kunyit. Kacau dan biar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, asam keping serta daun limau purut, gaul dan masak sehingga ayam berubah warna.
  5. Tuangkan santan dan gaul sebati.
  6. Taburkan daun kunyit tambah pati kiub ayam.
  7. Masukkan kerisik dan garam.
  8. Bila dah pekat sikit, dan gula melaka.
  9. Siap.

 

KUIH KASWI

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawang tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 4 sudu tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • ¾ cawan gula putih
  • 4 ½ cawan air
  • Kelapa parut

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan gula merah dan gula putih bersama empat cawan air menggunakan api perlahan.
  2. Campurkan tiga jenis tepung di dalam satu bekas.
  3. Masukkan air gula yang sudah disejukkan seketika ke dalam campuran tepung.
  4. Gaul semua adunan sehingga sebati. Boleh juga menggunakan pengisar untuk memastikan semua adunan sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus dalam tempoh 15 hingga 20 minit.
  6. Selepas siap dikukus, taburkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.
  7. Kuih kaswi sedia disajikan dan dinikmati keenakannya.

 

OVERNIGHT ROLLED OATS

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

IKLAN

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Lada Hitam
  • 2 sudu oat
  • 2 sudu besar greek/Plain Yogurt
  • Susu rendah lemak secukupnya
  • 1 sudu kecil chia seed
  • Anggur
  • Nanas
  • Pisang
  • 1 sudu besar tomato | dipotong dadu
  • 1 sudu besar timun | dipotong dadu
  • Garam
  • Daun ketumbar | dicincang halus
  • Daun pudina | dicincang halus

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan oat, susu, yogurt dan chia seed.
  2. Kacau sebati.
  3. Tambahkan BABA’S Serbuk Lada Hitam dan BABA’S Serbuk Jintan Putih.
  4. Tambahkan sedikit susu.
  5. Campurkan buah-buahan bersama daun pudina dan daun ketumbar.
  6. Kacau rata dan simpan selama sekurang-kurangnya 12 jam.

 

RENDANG KERANG

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu BABA’S Serbuk Rendang
  • 3 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • 1kg kerang
  • 1 kotak santan pekat
  • 1 paket kerisik
  • 2 helai daun kunyit | dihiris
  • Kulit kayu manis | bahan tumis
  • Bunga lawang | bahan tumis
  • Buah keras | bahan tumis
  • Buah pelaga | bahan tumis
  • 1 keping asam keping
  • 3 helai daun limau purut
  • Gula
  • Garam
  • Gula melaka

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 1 genggam cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • Air secukupnnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, satukan BABA’S Serbuk Cili, BABA’S Serbuk Kunyit dan BABA’S Serbuk Rendang. Gaul sebati.
  2. Kisar halus bahan-bahan kisar bersama pes campuran tadi.
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Tumis hingga betul-betul naik minyak.
  4. Masukkan kerang, gaul dan masak sehingga berubah warna.
  5. Tuangkan santan, masukkan kerisik, asam keping dan garam.
  6. Bila dah pekat sikit, tambah daun limau purut dan gula melaka.
  7. Letak garam dan perasa. Taburkan daun kunyit bila kuah dah pekat.
  8. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

KARI KEPALA IKAN

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 sudu BABA’S Serbuk Kari Ikan
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 1 ekor kepala ikan merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit daun kari
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato | dibelah 4
  • 5 batang bendi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Biji sawi
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa
  • 2 batang terung

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar BABA’S Serbuk Kari Ikan
  • 2 cawan santan cair

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, halia, BABA’S Serbuk Kari Ikan dan santan cair.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah 4 sekawan.
  3. Masukkan juga bahan kisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun kari.
  5. Masukkan kepala ikan dan boleh tambahkan BABA’S Serbuk Cili jika mahu pedas. Tambahkan sedikit air dan gaul sebati.
  6. Masukkan biji sawi.
  7. Tambahkan air asam jawa.
  8. Masukkan bendi dan terung. Gaul sebati.
  9. Masukkan garam dan gula. Tuangkan juga santan pekat. Gaul sebati.
  10. Tambahkan tomato selama 2-3 minit.
  11. Siap dan sedia dihidang.

 

SAMBAL JAWA

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Cili
  • 1 sudu besar BABA’S Serbuk Kunyit
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili besar
  • Kentang | digoreng
  • Tempe | digoreng
  • Suhun
  • Tauhu | digoreng
  • Ikan bilis
  • Kicap
  • Garam
  • Gula

CARA MEMASAK:

  1. Goreng semua bahan di atas. Gunakan BABA’S Serbuk Kunyit untuk mencantikkan warna.
  2. Rendam suhun.
  3. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau.
  4. Tumbuk sedikit ikan bilis.
  5. Tumiskan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris.
  6. Kemudian, masukkan BABA’S Serbuk Cili dan BABA’S Serbuk Kunyit, garam dan sedikit gula.
  7. Masukkan suhun dan kacau. Masukkan bahan yang telah digoreng tadi.
  8. Akhir sekali, masukkan kicap. Kacau sebati.

 

BRIYANI AYAM

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan BABA’S Rempah Briyani
  • 1 sudu makan BABA’S Serbuk Kari Daging Pedas
  • 1 ekor ayam | dipotong 10
  • 1 mangkuk kecil puri tomato
  • 1 mangkuk kecil santan
  • Minyak sapi
  • Lemon
  • 1 senduk cili mesin
  • ½ tin tomato
  • ¾ tin susu
  • ½ biji lemon
  • Bawang goreng | hiasan

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • Minyak sapi
  • Minyak masak
  • 3 ulas bawang merah | dimayang
  • 2 ulas bawang putih | dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji cili merah | dipotong dua, jangan putus
  • 1 biji cili hijau | dipotong dua, jangan putus
  • 1 biji tomato | dibelah 4
  • Daun pandan simpul

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5cm halia dan lengkuas
  • 3 batang serai
  • Sedikit kismis
  • Sedikit gajus
  • 2 tangkai daun saderi
  • 2 tangkai daun pudina
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan tumis sampai garing.
  2. Sementara itu, satukan rempah briyani, rempah kari dan cili mesin yang dibancuh dengan air sampai jadi pes likat.
  3. Masukkan pes rempah dan masak sampai pecah minyak. Kacau supaya rempah tidak berkerak.
  4. Masukkan ayam, puri tomato, susu cair ke dalam rempah yang telah pecah minyak tadi.
  5. Masak hingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
  6. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Dah masak, taburkan gajus, bawang goreng, daun pudina dan daun saderi.

SAGU GULA MELAKA

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm sagu
  • 2 ketul gula Melaka
  • 4 sudu gula perang
  • Air
  • Susu cair

CARA MEMASAK:

  1. Rebus sagu bersama air hingga masak.
  2. Toskan sagu sambil lalukan di bawah air mengalir untuk membuang kanji. Toskan.
  3. Tambah sedikit sirap. Letak dalam peti sejuk.
  4. Untuk air gula melaka; panaskan 3 cawan air, gula Melaka dan gula perang. Panaskan.
  5. Bila sudah mendidih dan air gula sudah sedikit pekat, boleh tutup api.
  6. Untuk hidangan; letak sagu di dalam bekas, tuang air gula Melaka dan tuangkan susu cair.
  7. Siap dan sedia untuk dimakan.

TONTON RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE

10 Resipi Yang Menggamit Nostalgia Ramadan. Masak Masa Raya Pun Sedap!

Jangan lupa tonton RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE pada setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI