Mini pizza ringkas dan gebu sesuai selera satu keluarga. Buat sendiri dengan sosej kegemaran anak-anak dan boleh tambah bahan kegemaran anda.
MINI PIZZA BUDGET
BAHAN-BAHAN DOH:
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air suam*
- 1 sudu besar yis mauripan*
- 1/2 sudu kecil gula*
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN TOPING:
- Cili sos/tomato sos
- 7 batang sosej (dihiris)
- Sedikit bawang besar cincang
- Mayonis
CARA MEMASAK:
- Larutkn bahan bertanda * hingga kembang.
- Gaulkan tepung gandum, garam, minyak bersama air yis tadi. Gaulkan dan uli hingga tidak melekat di tangan.
- Kalau doh masih lembik masukkn extra tepung gandum sedikit-sedikit dan uli hingga tidak melekat di tangan.
- Perap doh hingga naik dan kembang. Bila doh sudah naik bahagikan kepada 10 bahagian dan canai nipis.
- Cucuk dengan grafu permukaan doh dan sapu sedikit minyak.
- Letakkan sos dan taburkan sedikit bawang dan susun sosej.
- Perap 20minit hingga kembang.
- Bakar suhu 160°c 25 minot atau hingga masak
- Sudah masak paipkan mayonis.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Raja Zulaida Raja Kamal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lain Macam Sandwic Ni, Tapi Sedap Sungguh
Nak sarapan yang senang tapi ada pedas, ada manis, ada rasa lemak-lemak sikit, rasanya mesti korang suka makan crogue monsiuer sambal ikan bilis ni. Sandwic ni lain macam sebab ada gabungan makanan Melayu dan barat. Jom try buat.
CROQUE MONSIUER SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Roti sandwic secukupnya
• Beberapa keping keju cheddar
• Beberapa helai daun salad
• 2 Sudu makan mentega
BAHAN INTI
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih (dicencang)
• 1 biji bawang besar (dicencang)
• 2 biji tomato
• 4 sudu makan puri tomato
• 3 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh oregano
• 1 sudu teh mix herbs
• 1 sudu makan sos cili
• 75 gram ikan bilis
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, oregano, mix herbs dan sos cili. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga masak. Matikan api, ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan inti sambal ikan bilis di atas kepingan roti, diikuti kepingan keju cheddar dan hirisan salad.
2. Ulangi langkah yang sama untuk satu lagi lapisan.
3. Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masak roti tadi sehingga kedua-dua bahagian roti menjadi keperangan dan keju cair.
4. Angkat, potong roti dan nikmati segera.
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan
Roti Bakar Telur Bersama Keju, Menu Sarapan Ringkas Tapi Sedap
Sarapan sangat penting. Ramai yang skip sarapan sebab tak sempat nak memasak. Sibuk sesangat. Nak sarapan tak payah susah-susah nak sedia macam-macam. Sediakan sesuatu yang ringkas tapi mengenyangkan. Misalnya roti bakar telur bersama keju ni. Nampak sedap kan?
ROTI BAKAR TELUR BERSAMA KEJU
Bahan-bahan
4 biji telur
1 1/2 camca besar serbuk lada hitam
Secubit garam
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 camca minyak bijan
Minyak untuk menggoreng
7 keping roti
Hirisan keju mozarella secukupnya
Caranya membuat
1. Pukul telur, lada hitam, garam, bawang dan minyak bijan.
2. Ambil sekeping roti dan letakkan di dalam adunan telur tadi. Terbalik-balikkan supaya rata.
3. Di dalam kuali, griskan minyak. Masukkan roti tadi ke dalam kuali.
4. Sementara menunggu bahagian bawah masak, taburkan keju di atas roti.
5. Terbalikkan pula bahagian yang ada keju tersebut.
6. Goreng sehingga keperangan.
7. Ulang langkah ini hingga roti habis.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Marsila Mas dari Telegram KakiMakan
Ni Cara Buat Lemon Tart Meringue Dan Biscotti Paling Sedap. Ilham Hebat Hotel Armada, PJ
Menu bakeri dan pasteri dari Hotel Armada PJ kali ini cukup istimewa. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru.
Ni min kongsikan 2 daripada resipinya, Lemon Meringue Tart dan Pistachio Biscotti. Kalau tart rapuh dan lembut, bicotti sejenis biskut berasal dari Itali ni pulak garing dan ringan.
Cuba tengok 2 resipi, ni ringkas aje bahannya…
1. LEMON MERINGUE TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit (sugar dough) :
- 125gm mentega
- 125gm gula
- 50gm telur
- 250gm tepung gandum
- 3gm garam
- 1gm esen vanila
Bahan untuk inti lemon :
- 220gm gula
- 200gm telur
- 1 biji lemon | diambil jusnya
- 260gm mentega
Bahan ‘topping’ meringue:
- 50gm telur putih
- 100gm gula halus
CARA MEMASAK :
Cara buat inti lemon :
1. Didihkan gula dan jus lemon, api perlahan dan kacau
2. Tuangkan larutan jus lemon yang mendidih tadi ke dalam telur. Biarkan sehingga menjadi pekat.
Cara buat meringue (topping):
3. Masukkan putih telur dengan gula ke dalam mangkuk, pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat dan pastikan pukul telur putih dengan kecepatan sederhana dalam ‘mixing bowl’
Cara masak lemon meringue tart:
4. Campurkan tepung, gula mentega dan garam, gaulkan hingga sebati
5. Kemudian masukkan esen vanila dan telur dan adunkan sehingga menjadi doh.
6 .Masukkan ke dalam acuan tart, tekan dan ratakan doh dan di sekeliling acuan.
7. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 15 minit.
8. Tuangkan inti lemon ke atas pai lalu hiaskan dengan meringue.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Keistimewaan : Gabungan rasa masam dan manis yang enak
Info Chef : Bakar kulit tart tidak melebihi 15 minit. Pembuatan pastri tart dan inti yang sedap kunci kelazatan pai
2. PISTACHIO BISCOTTI
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 200gm tepung gandum
- 140gm gula
- 3gm tepung penaik
- 150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit
4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.
5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis
6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup.
7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar selama dua kali
Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali
Keistimewaan : Ringan dan rangup
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
TERIMA KASIH : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Selangor Darul Ehsan,Petaling Jaya, Selangor . www.armada.com.my