Pokok pandan adalah salah satu tanaman herba yang popular serta pelbagai guna. Ia boleh digunakan dalam masakan, kuih muih dan juga manisan. Malah ada juga yang menjadikan tumbuhan ini sebagai pewangi ruangan dek kerana baunya yang harum.
Anda ada tanam di dalam pasu dan menghadapi masalah pokok yang tidak besar merimbun dan berdaun halus? Bermacam jenis baja diletak, tapi tetap tidak subur. Jika ada laman yang luas, tiada masalah untuk menanam pokok ini terus di atas tanah namun bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad atau tinggal di apartment, tentunya pernah berhadapan dengan masalah ini.
Menerusi perkongsian di FB, saudari Jue Jerry ada menerangkan cara-cara untuk menggemukkan pokok pandan di dalam pasu. Ia juga untuk mengelakkan dari binatang berbisa seperti ular dari tinggal di perdu pandan yang rimbun. Cubalah tip ini dan lihat perbezaan pada tanaman anda.
TIP UNTUK GEMUKKAN POKOK PANDAN DI DALAM PASU
1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2 pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.
3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.
IKLAN
INFO: saudari Jue Jerry letak pokok pandan berisi air di dapur. Hasilnya dapur mewangikan kawasan dapur dan mengelakkan dari didatangi lipas.
Nak buat daging goreng, masalah utamanya adalah daging itu liat. Tak lembut macam daging yang dimasak berkuah. Kalau kuah, bolehlah kita masak lama supaya daging makin lembut.
RASA ingin kongsikan cara buat daging goreng atau tumis yang betul supaya daging tidak liat walaupun dimasak tak terlalu lama.
Lagipun tak lama lagi Hari Raya Aidiladha. Bolehlah cuba masak daging guna petua ni. Daging lembut dan sedap.
TIP PERTAMA: HIRIS NIPIS-NIPIS
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
TIP KEDUA: JANGAN DICUCI
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika dimasak. Cukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur. Kalau nak cuci, cuci daging sebelum dihiris.
TIP KETIGA: PERAP
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
PETUA KEEMPAT: MASAK SEKEJAP
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan resipi masakan daging di sini.
JOM CUBA RESIPI DI BAWAH!
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu kecil kicap
2 sudu kecil minyak sayur
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu besar air
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong, celur dan angkat
2 sudu besar minyak masak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bagi anda yang mengalami masalah lipas, boleh cuba buat perangkap menggunakan bahan-bahan mudah ini. Serangga ini memang sangat merbahaya kerana ia boleh mengotorkan makanan dan minuman serta mencemarkan kawasan dapur anda. Malah, ada juga kes lipas halus yang masuk ke dalam telinga. Memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika terkena kepada anak-anak yang masih kecil.
Petua di bawah adalah perkongsian dari saudari Nor Hidayah. Beliau mencuba cara ini untuk memerangkap lipas dalam kereta. Berkesan! Lihatlah berapa banyak yang berjaya ditangkap, Anda juga boleh cuba cara ini dengan meletakkannya di dalam almari kabinet dapur anda. Selamat mencuba!
PERANGKAP LIPAS 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak terpakai (yang dah guna)
Susu pekat manis
Marjerin
CARA-CARA:
Sukatan bahan-bahan diatas ikut suka sahaja.
Letakkan dalam bekas dan gaul hingga sebati.
Biarkan semalaman di dalam kereta ( atau almari kabinet dapur).
Lihat hasilnya pada keesokan paginya. Selamat mencuba!
Cemburu tak tengok orang lain berkulit cantik dan nampak jauh lebih muda dari usia. Hinggakan ramai yang sanggup berhabis duit nak beli makanan kesihatan atau suplimen yang dipercayai boleh membuatkan kulit nampak anjal, muda dan sihat.
Padahal terdapat banyak makanan semulajadi yang boleh membantu anda untuk mendapatkan impian kulit cantik dan sihat. Jom kita semak senarai makanan ini…
1. IKAN LAUT DALAM
Ikan laut dalam yang mengandungi asid lemak omega 3 seperti ikan herrring, kod dan salmon adalah makanan terhebat untuk kulit sihat. Asid lemak omega 3 diperlukan untuk memelihara keanjalan dan kelembapan kulit. Malah kekurangan asid lemak ini boleh mengakibatkan kulit menjadi kering. Asid lemak ini boleh mengurangkan keradangan yang menyebabkan kemerahan dan jerawat.
Ia juga boleh menngurangi sensitiviti kulit terhadapnpancaran UV matahari. Ikan ni juga adalah sumber vitamin E yang boleh melindungi kulit dari radikal bebas dan keradangan.
Selain sumber tinggi proten yang berkualiti bagi mengekalkan keutuhan kulit. Ikan ini juga menyumbang khasiat zink sejnis mineral untuk merangsang pengeluaran sel kulit baharu dan kesihatan kulit keseluruhannya.
2. AVOCADO
Avokado kaya dengan lemak sihat. Lemak ini membantu dalam memelihara kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga dkenalpasti boleh melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang boleh mengakibatkan kedutan dan lain-lain tanda penuaan kulit. Avokado juga adalah sumber vitamin E yang baik.
Menariknya vitamin E lebih berkesan apabila digabung dengan vitamin C yang juga terdapat dalam avokado. Dengan adanya vitamin C membantu kulit menghasilkan kolagen iaitu struktur protein utama yang memelihara kulit sihat dan anjal.
3.WALNUT
Walnut juga adalah sumber asid lemak baik untuk tubuh. Malah ia mempunyai asid lemak omega 3 dan omega 6 tertinggi berbanding jenis kekacang yang lain. Kedua asid lemak ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Keduanya menjaga kesihatan kulit . Walnut juga mempunyai nutrisi lain seperti zink yang membantu kulit bergunsi sebagai pelindung dan penyembuh luka dan juga menentang bakteria dan keradangan kulit. Ia juga mengandungi vitaminc C, E, protin dan selenium yang kesemuanya adalah nutrisi untuk kulit.
4. BIJI BUNGA MATAHARI
Secara amnya, kekacang dan biji bijian adalah sumber terbaik dan berkhasiat kulit sihat. Biji bunga matahari mengandungi Vitamin E, selenium , zink dan protein. Ia adalah sumber nutrisi terbaik dan penting sebagai anti oksidan untuk kulit.
5. UBI KELEDEK
Beta karoten berfungsi sebagai pro vitamin A, maknanya ia boleh bertukar menjadi vitamin A di dalam tubuh. Ia boleh didapati di dalam oren ,lobak merah, bayam dan juga ubi keledek. Ia memelihara kulit sihat dengan bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi
Ini melindungi dari kesan terbakar dari sinar matahari, sel kulit mati, kulit kering dan garisan kedut. Jumlah beta karoten yang tinggi juga memberikan kesan hangat dan membuat kulit lebih berseri.
6. LADA BENGGALA MERAH ATAU KUNING
Seperti juga ubi keledek, lada benggala juga adalah sumber beta karoten yang baik. Secawan lada benggala cincang mengandungi lebih 92 peratus vitamin A yang disyorkan oleh RDI (Reference Daily Intake ) untuk tubuh. Ia juga membekalkan vitamin C yang diakui boleh mengurangkan risiko kedutan dan kulit kering selaras peningkatan usia.
7. BROKOLI
Brokoli mengandungi banyak mineral dan vitamin penting untuk kulit sihat , ini termasuklah zink, vitamin A dan vitamin C. Ia menganduni lutein iaitu carotenoid yang bertindak seperti beta karoten. Lutein melindungi kulit anda dari kerosakan oksidatif yang membuatkan kulit menjadi kering dan kedut.
Ia juga mengandungi sulforaphane yang dipercayai bersifat anti kanser temasuk beberapa jenis kanser kulit. Ia adalah ejen pelindung yang kuat menentang kerosakan kulit daripada matahari. Bertindak dua cara iaitu meneutralkan radikal bebas merbahaya dan menghidupkan sistem perlindungan badan. Sulforaphene juga mengurangkan jumlah sel yang mati kerana sinaran UV dan mengekal paras kolagen dalam kulit.
8. TOMATO
Tomato kaya dengan vitamin C ia mengandung caroteniods termasuk lycopene. Lycopene, lutein dan beta karoten diyakini dapat melindungi kulit dari kerosakan matahari. Ia juga mengelakkan kedutan.
9. KACANG SOYA
Kacang soya mengandungi isoflavones yang memberi manfaat kepada tubuh termasuklah kulit. Satu kajian yang dilakukan kepada sekumpulan wanita pertengahan umur yang diberi makan soya isoflavones setiap hari selama 8-12 minggu, menunjukkan pengurangan kedutan halus dan meningkatkan keanjalan kulit.
Di kalangan wania menopos pula, soya dapat mengurangkan kekeringan kulit dan meningkatkan kolagen yang membantu kulit menjadi halus dan ‘kuat’. Isoflavones bukan sahaja melindungi sel di dalam kulit daripada roskan tetapi juga dari radiasi UV.
10. COKLAT GELAP
Kesan koko terhadap kulit memang cukup fenomena. Selepas memakan serbuk koko yang diakui tinggi dengan anti oksidan selama 6-12 minggu terhadap wanita di dapati kulitnya menjadi lembab, licin , kurang sensitif terhadap kepanasan matahari . Peredaran darah yang lebih lancar, menyebabkan lebih nutrisi diserap oleh kulit.
Pun begitu pastikan coklat gelap yang diambil mengandungi sekurangnya 70 peratus kandungan koko dan jumlah gula yang minima bagi meningkatkan keberkesanannya terhadap kulit.
11. TEH HIJAU
Teh hijau sudah dipercayai sejak dulu boleh melindungi kulit dan kerosakan dan penuaan sebelum waktu. Kandungan catechins di dalam teh bertindak memperbaiki kesihatan kulit. Seperti juga makanan anti oksidah, teh hijau juga turut membantu melindungi kulit daripada kerosakan pancaran matahari.
Teh hijau memperbaiki kelembapan, ketebalan dan keanjalan kulit. Tetapi elakkan membancuhnya dengan susu kerana ia boleh mengurangkan impak anti oksidan yang terkandung di dalamnya.