Daun sup memang sedap jika letak dalam masakan. Baunya yang wangi memang membuka selera. Cuma masalah jika beli daun ni adalah jumlahnya yang banyak serta tak tahan lama. Guna dalam masakan pun bukannya banyak. Andai simpan di ruang penyimpanan yang biasa, daun sup tak boleh tahan lama dan pasti kecut serta lembik. Rugi jika jadi macam tu.
Namun ada petua simpan daun sup yang boleh dicuba. Guna cara ni, lebihan daun sup yang dibeli boleh tahan lebih lama malah kekal segar seperti baru dibeli. Simpan berbulan-bulan pun tak apa. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
PETUA SIMPAN DAUN SUP AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
- Daun sup
- Air masak
- Bekas kiub ais
CARA-CARA:
1. Basuh bersih daun sup dan dan racik halus seperti yang anda potong untuk masukkan dalam masakan sup.
2. Masukkan hirisan daun sup ke dalam bekas kiub ais. Isi air sampai menutupi daun-daun tadi.
3. Letakkan dalam peti sejuk dan bekukan. Setelah beku sepenuhnya, keluarkan dan simpan dalam bekas yang bertutup seperti bekas makanan.
4. Untuk menggunakannya, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan ke dalam sup yang sedang dimasak. Siap untuk dinikmati!
5. Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan lebihan hirisan bawang, cili, daun ketumbar dan sebagainya. Selamat mencuba!
Kredit petua & foto: Azyan Salamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Petua Agar Cili Segar & Tahan 2 Minggu.
Cili padi adalah antara bahan masak yang wajib ada di dapur. Memang tak boleh habis bekalan. Namun, jika beli dalam kuantiti yang banyak, cili ini mudah rosak dan busuk. Rugi pula kan? Namun ada petua yang boleh anda cuba. Cara ini dikatakan boleh menjadikan cili padi anda kekal segar sehingga lebih 2 minggu. Wow! Memang berbaloi kalau cuba. Jom lihat cara-caranya.
CARA-CARA SIMPAN CILI SUPAYA TAHAN LAMA
- Cuci bersih cili dan toskan.
- Biarkan kering. Jika nak cili kering dengan cepat, letak diatas tuala lap yang bersih.
- Masukkan cili ke dalam bekas yang telah dialas dengan tisu.
- Masukkan juga 2-3 ulas bawang putih. Jika banyak, guna 2/3 ulas. Jika cili sedikit, 1 ulas sudah memadai.
- Simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Hasilnya cili akan tahan lebih lama.
Selamat mencuba!
Kredit petua & gambar: Puan Nur Adir
Jangan Bimbang, Halia Boleh Kurangkan Selera Makan! Sesuai Untuk Yang Berdiet
Halia merupakan herba tradisi yang banyak digunakan, ia mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi dan sebagai penambah rasa dalam masakan, malah membantu membuang bau hanyir untuk masakan ayam, ikan dan daging. Sebab tu lah mak-mak kita dulu memang banyak guna halia ni bila nak masak.
Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Di musim perayaan ni, bila perut terasa sebu dan sengkak, air rebusan halia adalah antara minuman yang boleh melegakan. Memang bagus dan berkesan! Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Nak tahu? Jom semak!
KHASIAT HALIA
1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL
- Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk melancarkan aliran darah serta mengelak dari kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Malah pengambilan yang berterusan dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula serta menstabilkan tekanan darah.
2. BANTU KURANGKAN RASA SAKIT & KERADANGAN
- Halia mengandungi gingerol dan shagaol, bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.
3. MENGUBATI BATUK BERKAHAK
- Jika anda mengalami gangguan pernafasan kerana batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
4. CEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA
- Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
5. MENGURANGKAN SAKIT PERUT & BANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS
- Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.
- Halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
6. MENGUATKAN DAYA TAHAN BADAN
- Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan halia setiap hari membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
7. ANTI PENUAAN
- Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan.
8. MENURUNKAN BERAT BADAN
- Halia mengandungi banyak elemen “pembakaran”, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkang selera makan.
NIKMATI KEBAIKAN HALIA DENGAN CARA LEBIH MUDAH & CEPAT!
Rutin harian yang sibuk serta lebih mementingkan selera anak-anak adalah antara faktor yang menyukarkan anda untuk menikmati hidangan berasaskan halia dalam sajian harian. Ini kerana jika ditambah dalam masakan, anak-anak pasti kurang gemar dek kerana rasanya. Begitu juga jika nak dijadikan minuman. Prosesnya agak renyah dan mengambil masa.
Kini segalanya lebih mudah dengan GoodMorning VHalia. Kebaikan yang terkandung dalam halia boleh anda nikmati hanya dengan segelas minuman halia-bijirin yang lazat dan berkhasiat ini.
GoodMorning VHalia dihasilkan dengan 18 jenis bijirin penuh:
APA ITU BIJIRIN PENUH?
- Bijirin merupakan makanan ruji pada semua manusia.
- Bijirin penuh merangkumi keseluruhan benih tumbuhan dan juga merupakan sumber tenaga pada kehidupan.
GoodMorning VHalia juga mengandungi 9 ramuan unik yang membantu memberikan rasa selesa pada tubuh. Antara ramuan yang terkandung dalam minuman ini ialah:
- Halia Buluh – Mempunyai kandungan antioksidan yang 2 kali lebih tinggi dari halia biasa, kerana hidup di kawasan dan tanah yang tinggi yang kurang pencemaran. Ia lebih berkhasiat berbanding halia biasa.
- Quinoa Merah – Sumber protein baik, tinggi antioksida dan serat makanan yang membantu pergerakan usus.
- Fibersol-2 – Merupakan serat larut air yang membantu pergerakan usus serta melancarkan sistem pencernaan.
- Prebiotik Inulin – Sejenis serat larut air yang membantu menjaga usus, meningkatkan pembiakan bakteria baik dan menguatkan sistem imunisasi.
- ẞ-Glucan – Membantu kawal gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap kolestrol.
- Kurma – Mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan serta bagus untuk proses penghadaman.
- Lutein – Berfungsi dalam menjaga mata serta meningkatkan daya penglihatan.
- Aquamin F (Kalsium) – Membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Lesitin – Mengekalkan kesihatan saluran darah dan jantung serta meningkatkan fungsi dan perkembangan sel-sel otak.
KEISTIMEWAAN MINUMAN GOODMORNING VHALIA
Minuman GoodMorning VHalia sangat bagus kerana:
- Membantu anda kelihatan lebih muda berseri.
- Membantu meredakan sakit-sakit badan.
- Mengenyangkan, sesuai untuk yang menjaga berat badan.
- Melancarkan proses detoksifikasi dan membantu penghadaman
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.
- Membantu mengelakkan selsema.
- Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan baik untuk ibu yang mengandung dan sesiapa yang tidak boleh mengambil gula/manis secara berlebihan.
- Mengurangkan rasa loya dan muntah bagi ibu-ibu yang mengalami ‘Morning Sickness’.
- Membantu mengurangkan rasa letih & lesu
- Berkesan untuk memanaskan badan.
- Membantu memberikan ketenangan dimana aroma dari halia membantu melegakan dan menenangkan minda ibu yang menyusu badan.
GoodMorning VHalia sangat sesuai dijadikan minuman harian untuk seisi keluarga.
Hanya perlu bancuh dan nikmatinya secara suam atau sejuk! Memang terbaik!
Nak Pilih Oren Yang Manis Berjus, Tengok Di bawahnya
Macam mana nak tahu oren sunkist yg kita beli baik di pasar raya atau di kedai buah itu manis. Nampak luar buahnya memang cantic cantik tapi bila potong & makan perrghh masamnya. Cubalah petua yang dikongsikan Wan Rahimah ini.
.
Caranya : Tengok bahagian bawah oren yg kita nak beli itu. Kalau tidak berlubang seperti di dalam gambar, bermakna oren tersebut memang masam. Kalau manis pun nasib-nasiblah
Untitled design (35).
.
Nak cari yg manis, cari oren yang bontotnya berlubang seperti gambar di bawah, insyaallah limau yang anda beli memang manis. Cubalah petua ini..
Untitled design (39).
Bila beli oren timbang-timbangkan dan bezakan dengan oren lain yang mempunyai saiz yang sama., biasanya yang lebih berat adalah lebih berjus dan banyak kandungan airnya.
Dan pastikan juga oren itu berkulit nipis, mengkal dan tidak lembik bila ditekan dengan jari.
credit: Wan Rahimah
.