Ramai di kalangan kita yang mahu jadi chef segera. Hanya dengan melihat resipi-resipi dari media sosial terus ingin buat tanpa melihat bahan yang digunakan terlebih dahulu sama ada resipi biskut itu betul atau tipu. Jom belajar rahsia dan formula betul asas nak buat biskut atau kek dengan betul perkongsian Nieza Nor Hamnira atau dikenali Cikgu Kek Rugged ni.
Nak cipta resepi cookies sendiri? Nak tahu resepi cookies tu betul ke tipu?
RAHSIA ASAS COOKIES YANG JADI
Ini Kak KH nak share formula di sebalik biskut :
1, 2, 3!!!
Apa yang 1, 2, 3 tu. Ini haaa.. bahagian-bahagian nak jadikan cookies tu, asas dia cam ni :
1 : GULA (Gula putih atau brown sugar) 2 : LELEMAK (100% atau campuran) 3 : TEPUNG (Bahan kering)
Jadi contohnya asas nak buat cookies cam ini :
1 cawan gula
2 cawan mentega
3 cawan tepung
Ataupun dalam gram :
100gm gula
200gm mentega
300gm tepung
Itu basicnya. Dari situlah kita campur aduk nak jadikan cookies kita tu apa dan macamana.
Ads
Jadi kalau lah nampak resepi cookies mana-mana, cuba tengok formula 1-2-3 dia, kalau tak lebih tak kurang secara melampau jauh, kira betul la resepi tu. Boleh pakai.
Tapi kalau kat bahagian asas tu ada kurang jangan cepat salah sangka lak, tengok unsur lain yang sama kategori tu, contoh mentega 130gm, shortening 70gm. Maknanya itu dari kategori lelemak 200gm, boleh trust la tu.
Dari 3 asas ni la kita boleh pecah2kan kepada tekstur, rasa, rupa apa yg kita nak in cookies. Contoh tambah kekacang, tukar tepungnya, tambah perisa / emulco, tambah choc chip atau tukar gula pasir kepada gula perang dan sebagainya.
Penggunaan telur di dalam cookies pun subjektif. Boleh je kalau tak guna telur langsung atau guna kuning sahaja atau sebiji terus. Ia bergantung kepada tekstur cookies macamana yang kita mahu. Ada telur, biskut lebih bonding (mesra bahan), takde telur sedikit keras tapi rangup. Begitulah.
Yang penting dah tahu asasnya! 1-2-3!
Selamat faham tentang asas buat cookies!
Ads
PETUA BUAT BISKUT – HAL LELEMAK
Nak guna apa yang ‘paling win’ untuk biskut kita. Pure butter ke bagus, marjerin ke bagus, lepa susu ke bagus, shortening tu apa pulak?
Sebelum tu jom kaji fungsi sesuatu lelemak dalam hasil baking di antara:
MENTEGA : MINYAK : MARJERIN : SHORTENING : LEPA SUSU
Sifat setiap satunya:
Ads
Mentega – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap Minyak – kelembapan tapi bukan semua biskut perlu lembap Shortening – pengudaraan tapi tak menyumbang dari segi rasa Lepa susu – kombinasi sifat kesemuanya tapi rasa takboleh lawan butter
(nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)
Ingatkan sifat-sifat utama ke setiap satunya. Sekarang fahamkan biskut apa yang kita nak buat.
Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa. Tart perlukan tekstur yang macamana? Samperit nak tekstur yang macamana? Cookies biasa kita suka yang macamana? Dah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh decide nak guna yang mana.
Nak combine boleh ke? Eh tentulah boleh. Mak kata, ..alah kita buat dia! Cam ni, tengok lah part apa yang kita nak ketengahkan biskut kita tu. Contoh nak buat tart yang sedap tapi stabil tak rapuh di tangan, macamana? Kena tahu ni, kebiasaannya tart yang guna 100% pure butter dia jadi rapuh yakmat, nak susun je dah susah, rasa sedap dan melekat-lekat kat gigi (ya ke idok?). Sebaiknya, campur sikit dengan unsur yang lain tu untuk kestabilan rupa paras juga rasa yang meletop. Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak ‘highlight’kan. Rasa sedap then peratus butter majoriti lah. Eh cam pilihanraya pulak.
Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh.
Jadi ikutlah nak guna yang mana. Kakak cuma nak kasi faham je ‘di sebalik tabir’ pembuatan biskut.
Kalau dengan kek coklat kukus ni, takde sapa yang menolak. Kek ni sangat ringkas , lembut dan sedap. Pasti berebut nanti.Jom kita buat.
Kek coklat kukus 2 cawan serbuk koko 2 cawan gula 2 cawan minyak masak 1 tin susu cair 1 tin susu pekat dikisar hingga sebati, ketepikan.
8 biji telur dikisar dan ketepikan.
2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 2 sudu kecil baking powder ketiga bahan ini diayak.
Cara membuat:
1.Dalam mangkuk, masukkan bahan yang dikira berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu.Nak mudah kisar semua bagi sebati. 2.Sapu planta dekat loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang dikisar. 3.Panaskan air kukusan terlebih dahulu. 4.Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
topping coklat Coklat masakan Sedikit Planta Masak secara double boile.
Selamat mencuba.
Kredit : Noriza Awang Hamat
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MEMASAK SUP DAN TULANG , JOM KLIK DI SINI.
Ruang pantri di dapur sememangnya sangat penting untuk menyimpan stok bahan makanan agar dapur sentiasa teratur dan tidak berselerak. Sama ada dapur kecil atau besar, pantri dapur tetap perlu ada untuk memudahkan kerja harian.
Idea Pantri Dapur Jimat Dari Nur Amani Abd Rani
Bagi yang mempunyai ruang dapur terhad, idea kreatif daripada Nur Amani Abd Rani boleh dijadikan inspirasi. Beliau membina pantri dapur sendiri menggunakan hanya dua buah rak dan beberapa bekas simpanan yang mudah didapati di pasaran.
Buat Sendiri Pantri Dapur Guna Dua Rak Ikea
Menurut Nur Amani, “Idea pantri menggunakan rak Ikea saja. Jimat sangat. Pantri ni kecil saja tapi saya happy. Saya suka susun barang, tak tidur pun tak mengapa,” katanya sambil berkongsi panduan membina pantri dapur ringkas tetapi kemas ini.
Cara Buat Pantri Dapur Dengan Rak Ikea
Gunakan dua rak Ikea yang sesuai dengan keluasan ruang dapur.
Sediakan bekas, balang dan raga untuk meletakkan stok bahan makanan seperti rempah, tepung, gula dan pasta.
Susun mengikut citarasa dan kategori bahan.
Apabila semua bahan sudah diletakkan dalam bekas, hasilnya akan nampak lebih kemas dan praktikal. Siap!
Tip Pantri Dapur Kemas & Praktikal
Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, tepung, gula, pasta dan sebagainya.
Gunakan bekas yang seragam supaya kelihatan lebih teratur dan menarik.
Pastikan setiap barang dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
Dengan cara ini, walaupun pantri dapur dibuat sendiri dan bersaiz kecil, ia tetap kelihatan kemas serta mudah diurus. Pendek kata, ruang dapur yang terhad bukan penghalang untuk memiliki pantri impian yang tersusun rapi dan sedap mata memandang.
Macam mana tu rebus kerang tanpa air? Selalunya bila kita hendak masak kerang, kita akan rebus guna air bukan? Sebenarnya kita boleh sahaja dan hasilnya isi kerang lebih lembut, tak liat dan tidak berair.
Tidak perlu guna air, sebab apabila dipanaskan, kerang akan keluarkan air sendiri. Air itulah jadi air rebusan.
Cara hendak rebus kerang pun senang sahaja. Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara merebus kerang tanpa menggunakan air. Selamat mencuba!
1. Panaskan kuali dan masukkan serai yang dititik. Tak perlu air ye. Api wajib kecil. Jangan guna api besar.
2. Apabila air kuali tu kering, masukkan kerang.
3. Nampak berasap macam ni sebab tak ada air.
4. Seketika kemudian, air dari kerang mulai keluar. Mendidih.
5. Air makin banyak keluar dan kulit kerang mulai terbuka.
6. Tak perlu tunggu semua kerang terbuka ye. Boleh hidangkan.
7. Kerang rebus ini sedap dimakan bersama mi kari dan selebihnya makan colek.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!