Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

Share

Bila memiliki dapur yang boleh dikatakan ruangnya terhad, maka kenalah berfikir secara kreatif bagai mana untuk menjadi ia nampak selesa. Bukan itu sahaja yang penting nak memasak pun mudah bila semuanya teratur dan mudah dicapai.

Puan Noor Hafiza Mohamad berkongsi cara efisien untuk menyusun atur ruang yang kecil menggunakan 11 jenis organizer kecil yang memudahkan kerja dapur. Wajib dimiliki oleh ibu-ibu.Alat dapur ini sangat membantu kerja ibu-ibu di dapur. Kecil saiznya, besar manfaatnya. Boleh dibeli pada harga sangat mampu milik.
Jangan risau, barang ni semua senang didapati di kedai barang rumah.Jom kita tinjau.

 

1.Jaring ini namanya WIRENET. Boleh dibeli di kedai DAISO. Harga setiap rangka RM5.90 boleh suai padan dengan bakul sangkut yang ada banyak pilihan dan saiz. Cara sangkut, bergantung pada permukaan tempat nak gantung dan berat beban. Boleh drill dinding atau lekat hook bersama gam gajah macam dalam gambar

Besi sangkut sudip beli di DAISO juga.


2.Tempat letak sudip. Cari je di Shopee tempat letak sudip.


3. Plastik sampah basah. Beli bakul dan plastik berasingan di kedai DAISO. RM5.90 setiap satu. Satu paket plastik ada 90 keping. Berbaloi boleh guna hampir tiga bulan. Sangat praktikal berbanding penapis jenis lain. Sisa makanan basah tuang dalam ni. Bila dah penuh, ikat dan masukkan dalam tong sampah besar.


4. Penghadang aluminium. Bagus untuk elak minyak terpercik merata. Boleh beli di MR DIY/DAISO atau online.


5. Rak gantung IKEA BEKVAM. Ini boleh hack, gantung terbalik boleh jadi 2 fungsi. Bijakkan

6. Laci 3 tier. Boleh beli di kedai-kedai barangan rumah atau pun online. Macam-macam warna ada. Sesuai letak dalam kabinet yang tak ada para atau atas rak. Simpan barang-barang kecil seperti sudu/pisau/cawan dan lain-lain atau stok makanan belum buka.

Container putih ada dijual di IKEA/HOMEPRO.

7. Rak putih kecil VARIERA dari IKEA, sangat berguna untuk ruang kabinet. Boleh jimatkan ruang. Ada 2 saiz boleh pilih. Senang pasang sendiri. Online pun ada jual.

8. Bakul plastik ini ada di kedai Eco. Sangat serbaguna.

9. Bekas sabun beli di Shopee. Masukkan sabun bersama air. Lebihkan sabun. Pam 4 kali untuk sekali cuci pinggan. Jimat sabun berbanding celup span dalam bekas. Air sabun tidak kotor.Stiker SABUN freegift dari DUNIA DEKO.

10.Rak tudung periuk. Biasa ada jenis berdiri. Cari je online. Susah sikit nak jumpa jenis gantung. Ini beli di Super Cowboy Temerloh.

11. Bakul gantung. Best sebab ada tempat gantung tisu. Beli je online. MR DIY dan DAISO ada jual.

Kredit : Noor Hafiza Mohamad

INGIN MEMBELI BLENDER, BARU, LIHAT DI SINI.

IKLAN