Pandemik Covid-19 kini hampir dua tahun, ramai yang terkesan dengannya malah ada yang hilang pekerjaan. Begitu juga kisahnya Izzuddin Zafarull, seorang bekas juruterbang bagi syarikat penerbangan Malindo Airways yang telah hilang pekerjaan pada tahun 2020.
Saya telah terbang selama hampir 10 tahun dan pandemik ini saya telah hilang punca pendapatan, jadi saya pilih untuk keluar dari ‘comfort zone’, mulakan perniagaan ini Pada PKP pertama, saya duduk di rumah setiap hari order grabfood.Selepas sebulan saya sedar yang food industry ni penting dan tak pernah cukup. Jadi saya terfikir untuk mula jual frozen grass-fed meat dengan beberapa rakan-rakan juruterbang yang turut hilang pekerjaan seperti saya. Produk yang kami jual adalah mampu milik kena dengan slogan kami, ‘Makanan Kayangan, Harga Jalanan’. Sehingga hari ini memang kami berniat untuk bantu siapa-siapa yang terkesan dengan covid untuk mencari pendapatan ekstra dengan menjadi agen atau stokis kami.
Jenama mampu milik
Thawbaek menjual daging lembu dan kambing serta salmon sejuk beku Halal dari New Zealand dan Australia, termasuk Angus Steak dan Wagyu Steak.Antara best seller daging sejuk beku Thawbaek ialah striploin, ribeye, tenderloin, baby tomahawk dan wagyu steak.
IKLAN
Jenama Thawbaek ini mula berada di pasaran sejak bulan Mac 2021. Sebelum ni menggunakan jenama lain.Cawangan dan produksi kini berada di One City USJ. Langkah ini diambil atas sebab keselesaan demi memenuhi permintaan yang positif dari agen dan stokis.
Buat masa ini stokis terdapat di seluruh semenanjung iaitu Kuantan, Pahang,Kuala Terengganu, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Johor Bahru . Kini sudah mempunyai lebih 100 agen dan stokis di Semenanjung Malaysia. Niat kami ialah untuk membuka peluang bagi rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik untuk mencari rezeki lebih.
Pelanggan kami datang dari segenap peringkat masyarakat. Tak kira pangkat. Niat kami nak buat semua lapisan masyarakat mampu beli dan nikmati daging halal berkualiti dari New Zealand dan Australia. Kalau nak bawa isi rumah lima beranak makan dekat restoran western, paling kurang seorang RM40 dengan air. Beli di thawbaek, RM100 makan 5 orang, masak di rumah. Waktu Covid ni, eloklah kita berjimat.
IKLAN
Untuk salah satu produk kami yang paling laku ‘Baby Tomahawk’ .Masak produk ini lebih bagus kalau ada oven di rumah.Boleh diperap hanya dengan garam, lada hitam, serbuk bawang putih dan minyak zaitun. Panaskan oven 180 darjah celcius, selama 10 minit. Masukkan Baby Tomahawk, masak pada 180 darjah celcius selama 25-30 minit mengikut tahap ‘doneness’. Setelah keluar oven, panaskan kuali, letak butter dan panggangkan Baby Tomahawk tadi satu minit setiap belah pada api kadar sederhana.
Tengok dari bahan ramuan boleh tahu kelazatan kek coklat karamel ni. Lapisan atasnya karamel, lapisan tengah puding kastad dan di bawah sekali lapisan kek coklat bersusu.
Makan sejuk memang nyaman aje lalu kat tekak, nikmat tak terkata lah.
KEK COKLAT KARAMEL
BAHAN-BAHAN :
Bahan karamel: 2 sudu besar gula dijadikan karamel 1 sudu besar air
* Masak atas api hingga perang dan tuangkan ke dalam loyang, biarkan ia keras dan ketepikan
Bahan Puding: 2 sudu besar tepung kastad 1 cawan susu cair 3 biji telur 1 sudu besar esen vanilla
*Semua bahan di atas dipukul lembut, toskan dan tuang dalam loyang karamel *Kukus selama 20 minit, angkat dan cakar di atas permukaan puding dengan garfu
BAHAN KEK :
Bahan A: 1 cawan gula 3 sudu besar serbuk koko 1/2 cawan susu pekat 1/2 cawan susu cair 1 cawan minyak 3 biji telur 1 sudu kecil esen Vanilla
Bahan B: 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil banking soda 2 sudu sudu kecil baking powder *Semua bahan di atas diayak terlebih dahulu..
Cara memasak: 1. Satukan bahan-bahan A ,kacau hingga larut sebati. 2. Masukkan bahan B ke dalam bahan ke dalam bahan A, kacau sebati menggunakan sudip aje 3. Tuangkan adunan kek ke dalam puding yang telah disejukkan tadi dan kukus selama lebih kurang 50 minit. 4. Tunggu sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Anda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.
1.Tulang Rusuk Lembu Masak Hitam
BAHAN-BAHAN :
4 kg tulang rusuk/siap direbus dengan air selama 3 jam
250 ml ml air rebusan daging
300 gm bawang besar /dikisar
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan jintan putih
50 gm kicap pekat
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml. 4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan. 5. Masukkan asam keping dan kicap pekat 6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. 7. Biarkan daging betul-betul empuk 8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.
2.Mousakka Kambing
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato. 2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi. 3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk. 4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu. 5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap) 6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang 7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu 8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi 9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
3.Gulai Kawah Betis Kambing (Lamb Shank)
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya. 2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging 4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan 5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit 6. Biarkan daging empuk 7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
4.Rendang Daging Shepherd Pie
BAHAN-BAHAN:
4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
300 gm bawang besar /dikisar
7 ulas bawang putih/dikisar
5 sm halia /dikisar
2 sm lengkuas/ dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
4 sudu makan serbuk cili
4 batang serai /diketuk
200 gm kerisek
2 keping asam keping
1 biji santan kelapa
Bahan B:
5 biji kentang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau. 3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. 4. Kemudian masukkan daging dan didihkan 5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam. 6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil. 7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi 8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek 9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi 10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius 11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Reneh dan bakar Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.
5. Ayam Panggang Gulung Madu & Sos Percik Berkeju
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
4 keping paha ayam tanpa tulang (chicken chop)
1 ketul dada ayam /dicincang
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 sudu makan madu
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
2 biji bawang besar India
1 sm hali
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sm kunyit hidup
1/2 biji kelapa (santannya)
50 gm keju mozzarella @ keju cheddar
CARA MEMASAK : Cara membuat ayam gulung : 1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam. 2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati. 3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’. 4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap Cara membuat kuah percik : 5. Kisar semua bahan B 6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar. 7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi 8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika. 9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa 10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut. 11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu. 12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi 13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Siapa peminat air Coolblog dekat sini? Genglah dengan admin! Dahlah murah, banyak pilihan pula tu! Admin selalu beli perisa yang blue coral tu kadang-kadang minta campur dengan perisa lain hihi. Kalini admin cuba pula siri O-Riuh pula sebab ada satu perisa tu bagi admin memang lain dari yang lain iaitu Ultimate Mint. Lagi dua perisa Ultimate Chocolate dan Ultimate Strawberry.
Admin nak kongsi komen jujur tentang siri minuman ni. Admin nak mulakan dulu dengan Ultimate Chocolate. Kalau siapa yang selalu order perisa chocolate dekat Coolblog korang mesti tahu rasa original chocolate tu macam mana. Bagi yang baru pertama kali nak cuba Coolblog, admin nak bagitahu ni yang rasa coklat dia memang penuh rasa ya! Tak ada rasa coklat tiruan ke apa. Kalau korang order Ultimate Chocolate ni lagilah padu pergi dia sebab ada kisaran biskut oreo yang dihancurkan dengan lembut sebati pula dengan perisa coklat tu pehhh memang tak terkata dalam sekali sedutan!
Kalau tak suka coklat, boleh order Ultimate Strawberry pula tau! Yang perisa ni pun sedap sebab ada rasa masam strawberry tu sikit lepastu ada rasa susu lemak berkrim dan kisaran biskut oreo yang banyak! Dalam sekali sedutan tu korang boleh rasa campuran strawberry dengan oreo yang sebati gerenti nak lagi!
Ultimate Mint ni pula memang lain macam sikit rasanya. Lain macam yang sedap tau! Bayangkan rasa oreo tu ada pahit coklat sikit lepastu ada rasa mint tapi bersusu juga. Memang lain dari yang lain perisa ni sebab tak terlalu manis tapi dalam masa yang sama ada rasa lemak susu yang padu! Kalau tak percaya boleh cuba beli sekarang. Ni perisa pilihan hati admin!
Jangan berlengah lagi untuk cuba siri O-Riuh ni sebab hari terakhir menu ni ada dekat Coolblog sehingga 22 April 2022 sahaja tau. Boleh ke instagram Coolblog Malaysia untuk maklumat lanjut.