Untitled design - 2020-11-25T164101.513

Bila memiliki dapur yang boleh dikatakan ruangnya terhad, maka kenalah berfikir secara kreatif bagai mana untuk menjadi ia nampak selesa. Bukan itu sahaja yang penting nak memasak pun mudah bila semuanya teratur dan mudah dicapai.

Puan Noor Hafiza Mohamad berkongsi cara efisien untuk menyusun atur ruang yang kecil menggunakan 11 jenis organizer kecil yang memudahkan kerja dapur. Wajib dimiliki oleh ibu-ibu.Alat dapur ini sangat membantu kerja ibu-ibu di dapur. Kecil saiznya, besar manfaatnya. Boleh dibeli pada harga sangat mampu milik.
Jangan risau, barang ni semua senang didapati di kedai barang rumah.Jom kita tinjau.

 

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya1.Jaring ini namanya WIRENET. Boleh dibeli di kedai DAISO. Harga setiap rangka RM5.90 boleh suai padan dengan bakul sangkut yang ada banyak pilihan dan saiz. Cara sangkut, bergantung pada permukaan tempat nak gantung dan berat beban. Boleh drill dinding atau lekat hook bersama gam gajah macam dalam gambar

Besi sangkut sudip beli di DAISO juga.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya
2.Tempat letak sudip. Cari je di Shopee tempat letak sudip.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya
3. Plastik sampah basah. Beli bakul dan plastik berasingan di kedai DAISO. RM5.90 setiap satu. Satu paket plastik ada 90 keping. Berbaloi boleh guna hampir tiga bulan. Sangat praktikal berbanding penapis jenis lain. Sisa makanan basah tuang dalam ni. Bila dah penuh, ikat dan masukkan dalam tong sampah besar.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya
4. Penghadang aluminium. Bagus untuk elak minyak terpercik merata. Boleh beli di MR DIY/DAISO atau online.

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya
5. Rak gantung IKEA BEKVAM. Ini boleh hack, gantung terbalik boleh jadi 2 fungsi. Bijakkan

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

6. Laci 3 tier. Boleh beli di kedai-kedai barangan rumah atau pun online. Macam-macam warna ada. Sesuai letak dalam kabinet yang tak ada para atau atas rak. Simpan barang-barang kecil seperti sudu/pisau/cawan dan lain-lain atau stok makanan belum buka. Container putih ada dijual di IKEA/HOMEPRO.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

7. Rak putih kecil VARIERA dari IKEA, sangat berguna untuk ruang kabinet. Boleh jimatkan ruang. Ada 2 saiz boleh pilih. Senang pasang sendiri. Online pun ada jual.
Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

IKLAN

8. Bakul plastik ini ada di kedai Eco. Sangat serbaguna.
Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

9. Bekas sabun beli di Shopee. Masukkan sabun bersama air. Lebihkan sabun. Pam 4 kali untuk sekali cuci pinggan. Jimat sabun berbanding celup span dalam bekas. Air sabun tidak kotor.Stiker SABUN freegift dari DUNIA DEKO.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

10.Rak tudung periuk. Biasa ada jenis berdiri. Cari je online. Susah sikit nak jumpa jenis gantung. Ini beli di Super Cowboy Temerloh.
Wanita Ini Kongsi Cara Nak Susun Dapur Guna Organizer Kecil. Walau Kecil Saiz, Besar Manfaatnya

IKLAN

11. Bakul gantung. Best sebab ada tempat gantung tisu. Beli je online. MR DIY dan DAISO ada jual.

Kredit : Noor Hafiza Mohamad

INGIN MEMBELI BLENDER, BARU, LIHAT DI SINI.

Popia Bergedil Cicah Sambal Kicap Berapi. Menu Minum Petang Paling Padu

Cara Buat Apam Polkadot Pelangi Berinti Strawberi. Buat Jualan Gerenti Laku Keras

DIY Bekas Rempah Ratus Guna Botol Kaca Terpakai

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI