Sejak berkahwin pada 20 Disember 2019 lalu, aktiviti menyediakan bekal kepada suami untuk dibawa ke tempat pergi menjadi rutin wanita ini. Wan Syahirah bt Mior Lokman atau mesra dipanggil Syira, 28 tahun kini telah terbiasa menyiapkan bekal untuk suami.
“Dah hampir tiga tahun meneruskan rutin sediakan bekal untuk suami. Mula-mula nak jimat tapi lama-lama jadi minat. Dah tak rasa penat pun. Tapi ada masanya tak ada idea nak masak apa,” kata Syira.
Menurut Syira, hidangan yang disediakan bukanlah hidangan sihat kerana ada yang menggunakan bahan sejuk beku. Namun katanya, dia masak apa yang suaminya suka makan.
“Lagipun, orang kata kalau suami selalu dan suka makan masakan isteri, kasih sayang tambah erat,” ujar Syira berseloroh.
Tidak pula suaminya, Muhamad Fareez bin Murad, dijadikan bahan jenaka di pejabat kerana membawa bekal. Malah, kata Syira, ramai rakan sekerja yang suka menikmati bekalan suami. Justeru ada kala dia membekalkan lebih sedikit untuk suami bawa ke tempat kerja.
Berkongsi rezeki pun bagus juga kan?
Tip pantas menyediakan bento untuk dibawa ke tempat kerja:
1) Rancang awal apa hidangan hendak dimasak. Jadi, tidak kelam-kabut pagi esok.
2) Sediakan bahan-bahan lebih awal. Misalnya, potong bawang dan bahan-bahan lain pada waktu makan. Pagi esok, terus boleh masak.
3) Bangun tidur pada waktu yang sama supaya rutin tersebut jadi kebiasaan.
RASA tampilkan 10 idea daripada Syira sebagai bekalan untuk suami ke tempat kerja. Bolehlah kita tiru idea ni kan?
Jadi, dengan adanya idea ni, diharap semakin ramai isteri cuba membawakan bekal buat suami. Kalau bukan setiap hari, bolehlah cuba seminggu sekali. Kan?
KREDIT: Facebook Wan Syahirah
ENTRI MENARIK SETERUSNYA UNTUK ANDA!
SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/
KARIPAP REMPAH GILING FREE UNTUK IBU HAMIL
https://www.rasa.my/bos-sendiri-turun-padang-pemilik-karipap-rempah-giling-buktikan-jual-rm2-50-sebiji-tetap-diserbu-pembeli/
OKU INI JUMPA APA DALAM SEMAK?
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/
ASBAB PKP, IBU ANAK 5 NI JADI BAKER
https://www.rasa.my/pkp-punya-pasal-ibu-anak-5-ini-jadi-baker-selepas-setahun-belajar-buat-roti-secara-pjj/
RESIPI IKAN SIAKAP SOS THAI SENANG NAK BUAT
https://www.rasa.my/ikan-siakap-sos-thai-paling-senang-nak-buat-tapi-power-makan-dengan-nasi-panas-perghhhh/
CAFE DIMSUM @ PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR
https://www.rasa.my/cafe-dimsum-tawar-dimsum-halal-di-parit-sulong-kekal-konsep-tempat-lepak-santai-seisi-keluarga/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI