Ads
Ads

Nak masak lauk yang buat orang ingat-ingat sampai esok? Cuba Ayam Gulai Padang ni

Ayam dipotong kecik-kecik, masuk tumisan rempah kisar yang pekat dan beraroma. Masuk serai, lengkuas, daun limau dan daun kunyit… fuhhh, harumnya satu dapur!

Lepas tu curah santan pekat, kacau sampai kuah jadi pekat berkilat. Perasakan ikut tekak, dan biar ayam masak sampai empuk sempurna.

🧂 Bahan-Bahan:
– Ayam seekor dipotong kecil
– Santan pekat (400–500ml)

Bahan kisar: bawang, halia, kunyit hidup, cili merah & cili padi
Serai, lengkuas

Bahan lain: daun limau purut, daun kunyit
Garam, gula, minyak masak

👩‍🍳 Cara Masak Ringkas:
– Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
– Masuk ayam, kacau rata.
– Tambah air sikit, masak ayam sampai separuh empuk.
– Campak serai, lengkuas, daun-daun semua.
– Tuang santan, perasakan, kacau biar kuah jadi pekat.

Siap! Hidang dengan nasi panas. Jangan lupa save resepi ni sebelum terlupa! 😉

#majalahrasa #rasashare #ingatmakaningatrasa #resipi #resepi #recipe #minitekspress #gulaiayampadang #masakanpadang

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads
SeeNI ×